L'amore e'oro: 69

5.8K 316 30
                                    

     Edwis melangkah masuk ke dalam rumahnya dengan wajah yang merah padam menahan marah dan sakit di hati

Deze afbeelding leeft onze inhoudsrichtlijnen niet na. Verwijder de afbeelding of upload een andere om verder te gaan met publiceren.

     Edwis melangkah masuk ke dalam rumahnya dengan wajah yang merah padam menahan marah dan sakit di hati.

          Sekali gus, aliran air jernih yang jatuh membasahi pipi putihnya tidak henti mengalir.

        "Ahh!" Dia menjerit dengan kasar.

    Prang!

        Cermin besar yang ada menjadi hiasan dinding ruang tamu rumah agam itu pecah ditumbuknya.

          "Astaghfirullahalazim, Edwis.." Puan Sri Emelda yang baru melangkah masuk ke dalam rumah itu, terkejut dengan tindakan anak sulungnya.

          Namun Edwis sebaliknya, kekal menumbuk cermin yang masih tersisa di dinding itu.

'Kau bodoh Edwis...'

       'Sebabkan kau, Qiura dengan anak anak kau dalam bahaya..'

       'Sebabkan sikap ego kau, pentingkan diri kau, Qiura tinggalkan kau!'

       'Kau bodoh! Kau patut mati je Edwis!'

Apabila makin banyak suara itu kedengaran di telinganya, dia makin tidak keruan.

          Prang! Prang!

     Memancut mancut darah keluar dari buku lima tangannya. Celahan celahan jari juga sudah mula menitiskan sisa cecair pekat berwarna merah itu.

         Mendengar itu, Eric dan Airis yang berada di tingkat atas, laju turun ke bawah.

          Mereka terkejut melihat keadaan ruang tamu yang sudah dipenuhi dengan sisa serpihan kaca yang berkecai juga darah yang menitis mengotori lantai.

         "Astaghfirullahalazim, Ya Allah, Edwis! Kau dah kenapa?" Eric kedengaran begitu terkejut melihat abangnya.

    Malah, Edwis tidak sikit pun menghiraukan suara ahli keluarga yang melarangnya.

          Apabila kaca itu sudah habis pecah semuanya, tumbukan kuatnya teralih pula pada dinding putih itu.

      Bertukar merah dinding itu apabila ditumbuk kerana darah masih terlalu banyak mengalir dari tangan Edwis.

    Edwis menapak selangkah kebelakang sebelum dia kembali memberi tumbukan pada dinding putih itu.

     Namun, tersilap langkah menyebabkan dia terpijak beberapa serpihan kaca yang pecah berderai jatuh ke lantai tadi.

      "Ahh!" Dia menjerit sakit, terus dia terduduk di lantai yang masih bertabur nya serpihan kaca itu.

          "Astaghfirullahalazim Abang Ed.." Airis yang melihat keadaan abang iparnya itu, mula luluh hati.

        Lagi lagi dia tahu ini angkara hubungan Edwis dan Qiura.

        Dia ingin mendekati, tetapi, tangannya terlebih dahulu ditarik oleh Eric.

L'AMORE E'ORO ✓Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu