L'amore e'oro: 64

7.3K 347 50
                                    

Keesokan harinya

Ups! Ten obraz nie jest zgodny z naszymi wytycznymi. Aby kontynuować, spróbuj go usunąć lub użyć innego.

Keesokan harinya...

        "Nenek, nenek.. mana mama ni?" Rengek Daisy yang sedang memegang erat tangan Puan Sri Emelda.

       Dia sudah sehari suntuk tidak makan, asyik menangis di dalam bilik kerana mama dan adiknya tiada.

       Apabila Edwis balik rumah untuk memujuk, lagi teruk dia menangis kerana tidak mahu Edwis dekat dengannya.

         Entahlah, Daisy memang tidak mahu papanya dekat dengannya lagi.

            "Kita nak pergi dekat mama lah ni.. nanti kejap ye.." pujuk Puan Sri Emelda.

        Apabila mereka tiba di ruangan menunggu wad VVIP Qiura, terus Puan Sri Emelda membawa cucunya itu masuk ke dalam.

           Kelihatan Qiura sedang baring berhadapan pintu. Dia sengaja membelakangi suaminya yang duduk di kerusi pelawat.

      Begitulah dia sejak beberapa jam yang lalu. Kekal tidak menghiraukan langsung suaminya yang ada di sebelah sana.

          Melihat anaknya masuk bersama ibu mertuanya, dia laju duduk.

        "Daisy.." panggilnya dengan suara lemah.

       Terus anak gadisnya itu berlari memeluk dia.

        "Ahh.." dia mendesis sakit perlahan apabila anaknya memeluknya dengan begitu erat. Namun, pelukan gadis kecil itu tetap dibalas.

      Edwis perasankan itu, dia menegur.

    "Daisy.. mama sakit kan? Jangan peluk mama kuat kuat macam tu.."

       Namun, Daisy mula memandang ayahnya dengan wajah ingin menangis.

         Hampir hampir air matanya terkeluar, apabila ditegur sebegitu, terus dia meleraikan pelukan dengan mamanya.

         Dia menjauhi Qiura dan kembali rapat dengan neneknya.

         Apabila melihat tingkah laku anaknya yang seperti ingin menangis, Qiura ingin turun dari katil...

        Cepat cepat Edwis ingin membantu, namun, Qiura lekas menepis tangan Edwis yang mula menyentuh bahunya.

     Setelah itu, Edwis berdiam diri. Sebelum Qiura marah dia, lebih baik dia berhenti.

                Qiura kemudian dengan lemahnya terus turun dari katil hospital itu.

          Dia mendekati anaknya.

        Dia mendesis kesakitan sekali sekala saat lukanya terasa pedih semasa berjalan.

        "Daisy.. sayang.. it's ok.. come.." ujar Qiura.

      Apabila mamanya berkata sebegitu, dia menuruti. Mamanya dipeluk lagi untuk kali kedua. Namun kali ini agak longgar pelukan itu.

L'AMORE E'ORO ✓Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz