L'amore e'oro: 52

5.8K 351 95
                                    

       Tunduk hormat menjadi kelakuan pertama semua pekerja yang berbaris kemas di lorong peribadi yang menuju ke penthouse milik anak buahnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

       Tunduk hormat menjadi kelakuan pertama semua pekerja yang berbaris kemas di lorong peribadi yang menuju ke penthouse milik anak buahnya.

      Tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu, Edwis dengan bersahaja menguak daun pintu penthouse milik Alexo.

            Langkah galah itu kemas diatur menuju ke ruang tamu apabila mendengar suara rengekan bayi menangis.

       Langkah nya tergendala tatkala pandangan mata dihiasi dengan susuk tubuh kecil dua orang bayi yang sedang menangis dan merengek di atas sofa besar rumah Alexo itu.

      Manakala Alexo pula di dapur. Kelihatan jejaka itu kelam kabut dengan kotak susu yang baru hendak dibukanya.
     
        Apabila dia mula mendekati kedua bayi kecil itu, tersentuh tangkal hatinya melihat bertapa miripnya wajah bayi bayi kecil itu dengannya juga isterinya.

    Lagi lagi, dia tidak sangka anak yang dianugerahkan padanya sepasang kembar.

      Bayi yang dibedung dengan selimut bewarna putih yang ada di sebelah kiri, wajahnya mirip Qiura. Putih putih kepucatan, mancung hidung juga tiada beza.

        Mata yang masih terpejam, tetapi tatkala mata itu dibuka sekali sekala, jelas kelihatan coklat warnanya juga mirip isterinya itu. Begitu mengingatkan dia kepada isterinya.

    Namun, masih tiada sikit pun rasa kasihan pada isterinya yang berada entah di mana.

      Dia tidak pernah mengambil tahu lagi tentang Qiura sejak apa terjadi.

          Qiura sebenarnya dimana pun dia tidak tahu.

      Kalau bukan kerana panggilan telefon dari pihak penjara menyatakan isterinya sudah selamat bersalin, memang dia tidak akan ambil tahu langsung.

        Anak anaknya itu? Entahlah mengapa hati ingin juga mengambil mereka dari Qiura.

     Dia bukanlah inginkan pun anak anak yang dilahirkan oleh isterinya itu, tapi, bila difikirkan balik, anak anak itu darah dagingnya.

    Datang mereka dari benihnya juga. Kalau bukan mereka, siapa lagi yang akan mengganti legasi nya nanti?

    Jadi atas sebab itu, dia tetapkan hati untuk mengambil anak anaknya itu.

    Qiura? 'Lantak lah perempuan tu'

    Hati mula berbisik perlahan.

    Mata dialihkan pula kepada anaknya yang seorang lagi.

         Dia teka yang ini perempuan, dari bulu mata, dia sudah boleh mengagak. Lentik. Begitu lentik.

     Juga itu persis Qiura dia akui, cantik.

        Pandangan dijatuhkan pula ke pipi, gebu dan sedikit merah.

        Kulit anaknya yang ini tidak seperti yang lelaki disebelah.

L'AMORE E'ORO ✓Where stories live. Discover now