L'amore e'oro: 23

5.3K 304 32
                                    

         Kedengaran bunyi tapak kaki menapak ke dapur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

         Kedengaran bunyi tapak kaki menapak ke dapur...

       Ternyata itu Eric yang hendak membasahkan tekaknya dengan air yang ada di dalam peti ais.

             Apabila kedengaran bunyi si abang sulung berada di dapur, dia menjenguk.

             "Ehem.. masak apa? For who?" Soal Eric sambil bahunya disandarkan pada dinding yang ada bersebelahannya.

        Edwis yang masih sibuk memasak hanya diam. Dia sengaja membiarkan adiknya itu.

      Malas hendak mengaku makanan yang dimasak itu untuk Qiura.

                "Wah.. sup ayam.. lama kau tak masak.. tiba tiba masuk dapur, untuk isteri ke?" Soal Eric lagi.

              "Just... Shh.. ok?" Balas Edwis dengan jari telunjuknya dibawa ke bibir tanda menyuruh adiknya itu senyap.

       Eric tergelak kecil.

          "Ok, tak nak kacau orang baru kahwin.." ujarnya pula seraya badan dipusingkan ke belakang tanda hendak pergi dari situ.

             "Eric.." baru saja adiknya itu hendak berjalan panggilan darinya menghentikan langkah Eric.

         "You don't seem mad like the others.. why?" Soalan itu dikemukakan sebaik api ditutup.

        "Aku tak marah kakak ipar aku, aku cuma marah pembunuh princess.. kalau Qiura Mariean yang jadi isteri kau sekarang ni berbeza dengan pembunuh yang dulu.. aku tak ada masalah untuk terima dia.."

        Penjelasan yang cukup matang dari si adik.

          Edwis diam seketika. Eric jelas lebih muda darinya. Tapi mengapa pemikiran dia tidak boleh sematang Eric?

           "Ed, perempuan ni hati diorang cepat cair.. lembut.. kalau sekali dia tawar hati nanti, hati dia lagi keras dari batu.."

        "Masa tu, kau melutut merayu pun, dia dah tak pandang.. so, better treat her right.."

            Mungkin ada betulnya juga nasihat Eric itu.

       Sudah hampir dua tahun dia berkahwin, jadi hal ehwal hati wanita mesti dia dah selalu hadap.

             Edwis diam sejenak.. sehinggalah dia teringatkan tentang sup ayam yang dimasaknya.

      Terus mangkuk diambil untuk menghidang sup itu kepada isterinya di bilik.

Eric yang menyaksikan tingkah laku abangnya itu, hanya menggeleng kepala disertai tawa.

        "You never gonna throw your ego right?" Ujar Eric dalam hatinya.

           Plak!

      Pintu bilik isterinya itu dibuka perlahan.. sangat perlahan kerana tidak ingin mengganggu Qiura yang masih tidur.

L'AMORE E'ORO ✓Where stories live. Discover now