L'amore e'oro: 39

5.2K 264 20
                                    

Beberapa bulan kemudian,

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

Beberapa bulan kemudian,

      Qiura kelam kabut ketika ini. Semua pakaian dalam wardrobe nya terasa begitu tidak kena di mata.

    Sudah berjam jam dia mengena dan kembali menukar baju lain.

      Entah kenapa setiap baju kelihatan tidak kena di mata.

     Tok! Tok! Tok!

    Sengaja pintu bilik wardrobe miliknya yang luas terbuka itu diketuk saat melihat kelibat sang isteri masih lagi berada di dalam sejak tadi.

       Edwis dengan baju kemejanya yang dipakai gaya santai tanpa tali leher, menyandarkan bahu ke sisi dinding dengan tangan serta kaki disilangkan.

            Mata masih tidak lepas memerhati wajah cantik isterinya.

      "Sayang, lama lagi ke? Kita nak gerak dah ni." Tegurnya.

      Saat si suami menegur, Qiura berpaling ke arah Edwis dengan tangannya memegang baju yang masih tergantung di hanger.

      Di sebelah kiri baju blouse berwarna merah hati, manakala di sebelah kanan pula baju knitwear lengan panjang berwarna coklat.

         "Abang.. ni ke yang ni?" Soalnya sambil tangan kiri dan kanan bersilih ganti bergerak ke depan.

        Edwis melepaskan tawa hambarnya. Tidak tahan dengan perangai Qiura ketika ini.

     Selalunya Qiura tidak pernah cerewet tentang pakaian atau perhiasan.

     Tetapi apabila Edwis bagitahu yang dia mahu bawa isterinya itu ke rumah keluarganya petang ini, kelam kabut Qiura sejak tadi.

       "Sayang.. abang dah cakap kan, mama dengan papa tak ada sekarang.. papa ada meeting dekat Bursa. Diorang tak ada dekat Istanbul.. jangan lah risau sangat.."

         "Pakai je apa apa.." kata Edwis lagi.

     Qiura mengeluh.. setelah itu, terus dia duduk di lantai dengan posisi bersila dan mata kembali memandang almari baju yang tinggi dihadapannya itu.

       Sekali lagi Edwis ketawa hambar, cuma kali ini, gelengan kepala disertai sama.

          Dia mendekati almari besar yang menempatkan semua pakaian isterinya.

        Dua tiga helai pakaian dibelek, sehinggalah tangannya berhenti di sehelai baju berwarna ungu tua.

          Baju itu dibawa keluar.
        
              Ianya sebuah gaun labuh yang begitu simple.

       Berkerut dahi Qiura melihat pakaian yang Edwis keluarkan.

        Dia terus berdiri.

          "Sayang pakai ni lah.." kata Edwis.

       Qiura memandang gaun di tangan suaminya.

L'AMORE E'ORO ✓Donde viven las historias. Descúbrelo ahora