L'amore e'oro: 11

4.9K 279 14
                                    

          "Makanlah

Ops! Esta imagem não segue nossas diretrizes de conteúdo. Para continuar a publicação, tente removê-la ou carregar outra.

          "Makanlah.. takkan nak tenung je bubur tu? Ke kau nak aku suapkan pulak?" Edwis menegur isterinya yang sedari tadi hanya termenung melihat bubur nasi di dalam mangkuk yang ada berhadapannya.

                "Kau tak nak bubur? Habis kau nak makan apa? Nasi? Tunggu sini aku ambil pinggan.." baru saja Edwis hendak bangun,

           Qiura menarik tangan sasa suaminya itu.

                   Edwis tidak menyoal, dia cuma menoleh ke belakang.

        "Aku merayu, lepaskan aku.. aku minta maaf.." ujar Qiura dengan suara yang mula bergetar.

                 Edwis menepis tangan Qiura.

    "Lepaskan kau? No! Unless lepaskan kau dekat polis.. tapi, kau yang pilih untuk kahwin dengan aku, hadaplah.." kata Edwis dengan sinis.

                 "Kau janji kau kahwin dengan aku sebab nak harta aku je.. kau janji kau akan lepaskan aku.. kenapa kau tipu aku?" Qiura menangis.

            "Aku nak kau merana je.. baru aku puas.." kata kata itu sangat kejam kedengaran di telinga Qiura..

           "Aku tak minta benda lain Edwis, aku nak keluar dari sini.. please.." rayuan isterinya itu bagaikan tidak sikit pun dihiraukan nya.

            Dia kemudian berjalan ke belakang kerusi yang sedang diduduk isterinya itu.

                      Bahu kerusi itu dipegang dari belakang.

       Dia merapatkan bibir ke telinga Qiura.

            "You have until midnight... Stand up Agent Rose.." kata kata itu tidak sikit pun difahami Qiura.

                  Apabila diarahkan bangun, Qiura entah kenapa menuruti pula.

          "Aku lepaskan kau sampai tengah malam ni.. kalau kau berjaya hilang dari radar aku sebelum tengah malam, aku akan cerai dan lepaskan kau Qiura.." kata Edwis sinis.

             "But.." ayat itu sengaja digantung seketika sebelum dia kembali menyambung..

        Edwis kemudian berjalan pula ke arah hadapan isterinya yang berdiri kaku.

            "Kalau kau masih dalam radar aku selepas tengah malam, you'll stuck in this island with me forever.." penuh kebencian ayat itu diucapkan.

          Qiura bagaikan mati kata dan terus diam membeku.

          "Kalau aku berjaya keluar, betul kau akan lepaskan aku?" Soal Qiura pada suaminya mencari kepastian.

              Edwis mengangguk yakin. Jika diperhatikan setiap tingkah laku dan tutur kata suaminya itu dia tidak menipu.. serius. Itulah keadaannya ketika ini.

L'AMORE E'ORO ✓Onde histórias criam vida. Descubra agora