L'amore e'oro: 33

4.8K 295 17
                                    

       Malam yang dinanti nantikan oleh kesemua keluarga Pattenson kian menjelma

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

       Malam yang dinanti nantikan oleh kesemua keluarga Pattenson kian menjelma.

         Malam Anniversary Pattenson Family Group Company yang ke-25.

       Sebut sahaja Family Pattenson, siapa yang tidak kenal mereka di negara Itali ini?

        Cawangan Syarikat yang pelbagai serta hampir ditubuhkan di seluruh pelusuk dunia. Satu kata, keluarga ini bukan calang-calang ahli nya.

                Disaat kaki panjangnya turun dari tangga rumah agam itu, ada mata cantik memerhati.

    Gadis bertudung ayu dengan gaun cantiknya setia menunggu di tingkat bawah.

              Sekilas melihat si tunang yang sebenarnya sudah bergelar adik ipar, hati Edwis bagaikan bersalah mengingati Qiura.

            Satu yang Edwis agak pelik. Memang tiada sesiapa dalam keluarga isterinya ini peduli tentangnya ke?

     Kesemua mereka bagaikan tidak sikit pun menyentuh hal Qiura.

      Sudah dua bulan Qiura hilang kalau ikutkan. Namun tiada sesiapa membicarakan hal itu. Sebaliknya, mereka kelihatan biasa saja.

          "Abang dah siap?" Suara lembut Qaseh menyoal menyebabkan Edwis terhenti dari lamunannya.

      Dia mengangguk.

      "Kalau macam tu, kita gerak pergi Pattenson's Gathered Mansion dulu.. Event dekat hotel.. kita pergi sekali dengan yang lain.." kata Qaseh.

        Edwis hanya menurut.

    Entah kenapa pulak dia tiba tiba tidak sedap hati. Tiba tiba fikiran memikirkan sang isteri yang berada jauh di Pulau Hawaii sana.

      Risau semacam dia.

        "Abang.. abang dengar tak Qaseh tanya ni?" Soal si cik tunang.

      Barulah dia sekali lagi kembali ke realiti.

      "Hmm? Kau cakap apa?" Soalnya pula.

      "Qaseh tanya abang nak guna kereta Qaseh ke kereta abang?" Soal Qaseh buat kali kedua.

          "Ha, guna kereta aku jelah.." balas Edwis.

      Setelah itu mereka menuju ke luar.

      "Tuan, tuan drive kereta ke?" Soal Alexis sebaik melihat tuannya berjalan menuju ke kereta yang dipakir di garaj depan.

         "Hmm.. kau tak payah pergi lah event ni.. stay here.. call Ryan.. tanya dia Qiura ok ke tak.." sempat dia berbisik pada bodyguard nya itu.

      Alexo mengangguk..

      Apabila tuannya terlebih dahulu masuk ke dalam kereta, tinggallah dia dan Qaseh.

L'AMORE E'ORO ✓Where stories live. Discover now