L'amore e'oro: 30

6.2K 329 17
                                    

      Rambut coklat cair yang cantik warnanya itu diusap lembut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

      Rambut coklat cair yang cantik warnanya itu diusap lembut.. sudah masuk tiga jam Edwis lena dibuai mimpi.

       Semasa di bilik boxing beberapa jam yang lalu, disaat Qiura mengamuk teruk kerana melihat kecederaan yang begitu parah pada suaminya,

          Edwis tiba tiba jatuh pengsan, keadaannya pada ketika ini sangat meresahkan hati dan jiwa Qiura.

                Tidak pernah dia melihat wajah kacak suaminya itu sepucat ini.

             Airis yang baru memeriksa menyatakan Edwis memerlukan rehat yang secukupnya.

       Dan sejak tadi, Qiura tidak sikit pun ingin berenggang dengan suaminya itu.

       Mereka kini berada di bilik tidur. Bilik tidur tingkat tiga. Bilik yang begitu luas dan selesa.

      Mereka tidak menggunakan bilik Edwis yang berada di tingkat dua sejak bilik itu dipecah masuk tempoh hari.

      Bilik yang mempunyai sebuah katil king besar berwarna putih.. terdapat tingkap balkoni yang memaparkan permandangan lautan biru yang begitu luas.

            Bilik yang tersusun cantik setiap barangan antik nya. Begitu menarik.

           Qiura kini berada betul betul bersebelahan Edwis.. dia menirap sambil tangan menongkat dagu.

      Wajah penuh kerisauan jelas terpapar pada wajah cantiknya.

           Tidak lama kemudian, mata coklat kekuningan yang cukup menawan itu mula celik.

              Sudah tentu wajah anggun jelita milik sang isteri yang menjadi penghias mata utama sebaik matanya terbuka.

             Terus Qiura menegur.

       "Edwis, kau ok?" Soalan itu kedengaran sebak.

                   Edwis mengukir senyuman bahagia di bibir apabila melihat isterinya setia menunggu di sebelah.

            Tangannya yang berbalut dengan pembalut luka berwarna putih itu mula naik mengusap rambut lembut isterinya.

      Ya, cuma Edwis yang boleh menyentuh rambutnya tanpa perasaan trauma akan kembali.

     Qiura pula terus membawa tangannya menggenggam tangan kiri Edwis.

             Dia mencium tangan sasa itu.

        "Kenapa tak bagitahu aku kau nak cari dia semalam? Kalau apa apa jadi dekat kau, macam mana? Kalau kau mati? Aku macam mana?"

       Suara Qiura mula kedengaran bergetar menahan tangis.

             Edwis masih dengan senyumannya.

           Dia terus mengusap lembut rambut isterinya.

L'AMORE E'ORO ✓Where stories live. Discover now