L'amore e'oro: 20

5.5K 302 40
                                    

     Tangannya laju saja menekan keyboard yang ada di hadapannya

Oups ! Cette image n'est pas conforme à nos directives de contenu. Afin de continuer la publication, veuillez la retirer ou télécharger une autre image.

Tangannya laju saja menekan keyboard yang ada di hadapannya. Skrin komputer yang begitu besar itu jelas memaparkan keadaan Agent Wyyat yang baru keluar dari apartment miliknya.

Sudah beberapa hari hal ini terjadi. Firash Muhammad Lancaster sentiasa menjadi tumpuannya.

Dia sudah tidak waras sehingga merancang untuk membunuh jejaka itu apabila identitinya terdedah.

Untuk dapatkan target sebenarnya, Agent Rose, dia perlu bunuh orang yang terlebih dahulu mengetahui tentang kewujudannya.

"Say bye bye Agent Wyyat.." ujarnya dengan suara garau yang diselaputi topeng yang mengubah suaranya.

The E's Mansion Island...

Edwis yang baru saja keluar dari bilik mandi menuju ke dapur apabila tekak terasa haus.

Dia hanya sempat mengenakan seluar tidur bewarna kelabu dan tiada seurat benang pun di badan sasa nya.

Tegap dan sasa tubuh itu.. cukup menggoda bagi setiap wanita.

Tuala kecil berwarna putih dibawa sama untuk mengeringkan rambutnya yang masih basah.

Helaian helaian rambut yang jatuh ke dahi itu sangat sempurna dengan gayanya.

Gelas diambil, air di dalam jug kaca yang ada di dalam peti ais diambil dan dituangkan ke dalam gelas kacanya.

Baru saja seteguk, kedengaran tapak kaki seseorang mula muncul dari belakang menyebabkan dia memalingkan wajahnya ke belakang.

Rasanya kalau dia masih meneguk air tadi, mahu tersembur air itu dari mulutnya.

"Hai.." ujar sang isteri dengan nada suara yang berbeza. Nada suara yang cukup lembut dan menggoda.

Bagaikan gugur imannya melihat gaya pemakaian Qiura yang berdiri di hadapannya ketika ini.

Pajama tidur satin berwarna merah jambu yang butangnya tidak dikenakan.

Jelas terdedah badannya yang begitu cantik dan ramping..

Hanya ditutupi dengan anak baju putih..

Semakin berkerut dahinya apabila sang isteri itu mendekati.

Terus pula lengan mulus Qiura melingkari leher Edwis.

Posisi mereka ketika ini rapat sangat rapat.

Hampir hampir bibir tercantum..

Terus laju Edwis menolak tubuh isterinya itu.

Laju juga tangan membutang pajama yang tidak terbutang itu.

Qiura cuba melarang, sehinggalah, pinggang rampingnya ditarik oleh Edwis.

"Let me go!" Arah Qiura. Suaranya mula berubah kasar.

L'AMORE E'ORO ✓Où les histoires vivent. Découvrez maintenant