L'amore e'oro: 51

5.6K 349 95
                                    

Beberapa minggu kemudian,

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

Beberapa minggu kemudian,

Istanbul, Turki.

"Qaseh tak setuju!" Bentak Qaseh dengan nada yang meninggi.

      "Why Qaseh? Inilah peluang Qaseh kahwin dengan Edwis.. dah lama kan Qaseh nak Edwis jadi suami Qaseh?" Kata Puan Marsya.

        "Mommy, daddy... Edwis tu dah jadi menantu mommy dengan daddy pun.. dia suami Qiura!" Tutur Qaseh. Makin meninggi suaranya.

        "I only have one daughter.. and her name is Qaseh Miranda!" Tuan Qiyran pula berkata.
  
      "You both are actually crazy!"  Terus Qaseh menghayun langkah pergi dari ruang tamu rumah milik daddy nya itu.

     Dia bermundar mandir di dalam bilik. Kejap tangan disilangkan ke paras dada, kejap pula dia melabuhkan punggung di birai katil.

     Dan kini dia kembali bangun.

      Kenapa dia rasa berbelah bahagi ini?

    Kenapa dia rasa apa yang dikatakan keluarganya sebentar tadi betul?

      Edwis? Berpura menipu diri tentang hati dan perasaan tidak akan memberi apa apa faedah buat diri sendiri.

         Dia tahu Edwis suami kakaknya.. tetapi sebelum itu, Edwis rasmi sebagai tunangnya.

    Dalam situasi ini, jikalau Edwis melafazkan talak kepada kakaknya itu, bila bila masa saja dia berkemungkinan mengahwini jejaka yang lama dicintainya itu.

       Ting!

      Notifikasi Whatsapp dari seseorang menyebabkan dia yang tadinya hanyut dengan lamunan, kini kembali ke realiti.

   Notifikasi Whatsapp itu menyebabkan dia bergegas mengambil beg tangannya yang terletak di atas meja alat solek.

        Dia membuka pintu bilik, lalu terus dia keluar. Sempat dia mengambil tudung shawl nya dan digayakan dengan simple sahaja.

         Apabila kereta mewah milik Qaseh dipakir cantik di kawasan tempat letak kereta penjara kakaknya ditempatkan itu, dia turun.

      Hendak sampai ke sini punya lah payahnya. Puan Marsya dan Tuan Qiyran beria ria memesan jangan sesekali jejakkan kaki di penjara Qiura.

      Bukan sekali dua.. setiap kali dia ingin keluar mereka akan kata begitu. Benci betul mereka dengan Qiura.

    Yalah. Sejak kes Qiura, projek Syarikat Pattenson di Turki yang diambil alih oleh Tuan Qiyran merosot.

    Semua syarikat yang menjalinkan hubungan dengan Syarikat Pattenson itu, semuanya tidak ingin melabur lagi setelah mendengar yang anak sulung Tan Sri Danish mempunyai rekod pembunuhan.

        Apakan daya, syarikat lebih penting dari anak sendiri bukan?

       Qaseh yang masih mengorak langkah menuju ke pintu masuk penjara itu, memberhentikan langkah kemasnya.

L'AMORE E'ORO ✓Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang