amsyar's || 008

Beginne am Anfang
                                    

Dia bukan tidak tahu perangai setiap seorang ahli pasukan PPIM. Sudah lima tahun dia menjadi ahli pasukan ini dulu dan setiap tahun perlu dipaksa menyertai kawad kaki.

Aalya yang gemar dengan aktiviti lasak, dia sendiri dilantik menjadi komander sejak dia di tingkatan tiga, dan beberapa anak-anak asuhannya kini, masih menerapkan ilmu yang sama. Menjadi pelapisnya.

" Sementara tunggu komander korang, akak nak perkenalkan diri dulu lah. Macam kurang ajar je main marah-marah korang tadi. " Kata Aalya dan senyuman manis diberikan

Terpancar wajah lega di setiap seorang pelajar yang berada di depannya. Mata helang yang memerhati sudah di ambil alih oleh mata bulat yang tampak ramah dan ceria.

" Nama akak, Aalya Syahmina Syauqi Adam. Alumni sekolah ni dua tahun lepas. Akak komander dan pengerusi waktu di tingkatan lima. Sekarang, akak ditugaskan untuk ajar awak semua kawad. Nampaknya, dah tak ada sesiapa jadi pelapis lepas akak graduate… " kata Aalya

" Memang tak ada pun kak, dah dua tahun kami tak sertai kawad. " Kata Zahra dan Aalya hanya mengangguk

Tengok muka pun, dia dah tahu ada yang terpaksa…

Aalya memandang ke arah dataran yang dipenuhi dengan pasukan lain seperti Polis, Bomba, Pengakap dan Kadet Remaja Sekolah (KRS). Tidak dapat disangkal lagi, badan-badan beruniform yang disebutkan tadi memang memberikan 100 peratus karisma dan minat dalam aktiviti seperti ini.

" My ground, my rules, and please do obey my it while I'm here, teaching you. " Kata Aalya kembali dengan nada serious

" Peraturan akak tak susah pun. Waktu kita main, kita main. Waktu kita serius, kita serius. Faham? " Tanya Aalya dan mereka mengangguk

Itulah diri Aalya, terserlah ketegasan dalam kelembutan…

Tap Tap Tap Tap

Aalya menoleh kepalanya ke tepi dan dia melihat susuk tubuh dua orang perempuan berdiri di sebelahnya.

" Ya saya, boleh saya bantu? " Tanya Aalya

Mereka berdua hanya mampu mendiamkan diri. Aalya memerhati mereka dari atas, sehingga bawah.

' Aku tak pernah nampak budak ni. Budak baru ke? ' katanya

" Tu Amira, komander kawad. " Ujar Zahra

Aalya sekadar tersenyum melihat gadis yang berpakaian baju sekolah itu.

" Oh awaklah komander? Pergi mana tadi? " Tanya Aalya

" Maaf kak, tak tahu pula akak akan datang. " Balasnya

Aalya meredakan kemarahan, dia tidak mahu berikan ekspresi yang buruk kepada mereka. Tambahan pula, ini kali pertamanya datang mengajar junior di sekolah ini.

" Awak ni, persatuan PPIM ke? " Tanya Aalya kepada kawan Amira yang berada di sebelahnya sejak tadi

" Saya, pasukan pengakap. " Balasnya

" Awak lari dari latihan kawad kaki? Tak nampak, pasukan awak tengah bertungkus Lumus berkawad dekat tengah panas tu? Tak rasa bersalah? " Tanya Aalya bertubi-tubi

Gadis itu mulai mengambil begnya lalu beredar meninggalkan Amira berhadapan dengan Aalya. Boleh menangis dibuatnya sekiranya dia masih berada di situ.

" Jom, kita mulakan. Basic by basic. " Kata Aalya dan mereka bingkas bangun dari duduk lalu menuju ke arah dataran yang terbuka luas.







━━━━━━








   " Skuad! Bergerak ke kanan, kanan pusing! " Bergema suaranya memberi arahan kepada pasukan kawad yang kini mencukupi 18 orang untuk pertandingan yang akan datang

nazrin amsyar : his another half ꒰ H ꒱Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt