Ting!

Iphone miliknya yang berada di atas meja dicapai lalu aplikasi WhatsApp dibuka. Wajahnya sayu melihat nama yang tertera.

' Abi '

Tangannya menggigil sebelum skrin telefon itu ditekan. Segala kekuatan yang ada, dia membaca mesej yang dihantar.

Abi nak along datang rumah abi esok.
Jangan nak kata tidak atau nak menolak.

Amsyar melepaskan keluhan kecil. Satu demi satu masalah yang datang. Penat… dia sangat penat…













━━━━━━














      Buku kerja Biologi dibiarkan terbuka. Mejanya berselerak dengan pelbagai jenis buku rujukan dan buku latihan. Namun fikirannya melayang entah ke mana…

" Adiratna… " berulang-ulang kali ayat itu disebut

" Cikgu Amsyar… " nama itu pula terlepas dari bibir merah sang gadis

Kepalanya digelengkan berkali-kali sebum pen di tangan digenggam dengan erat.

" Fokus Aalya! Fokus! " Marahnya lalu matanya kembali menatap buku yang tebal itu sebelum fikirannya melayang lagi.

' Mata coklat… '

' Badan tegap… '

' Suara garau, tapi sedap didengar. '

' Redup mata dia membuatkan aku tak sanggup nak alihkan pandangan… '

Bait demi bait perkataan muncul di benak fikirannya.

' Sampai kita berjumpa lagi…Adiratna. Assalamualaikum. '

Aalya cepat-cepat mengambil telefon pintarnya lalu Google search ditekan. Tangannya menaip 'Adiratna' si bahagian ruang cari dan tertera segala jawapan yang diingini.

Adiratna ( Permata yang mula ) ( Perempuan yang cantik )

Memerah terus pipi gebu milik gadis itu. Kakinya ditendang-tendang. Sekali pandang, nampak normal. Dua kali pandang, nampak gila.

Jantung yang berdegup kencang membuatkan gadis itu tidak mampu untuk bersabar lagi. Dia bingkas bangun lalu keluar dari biliknya menuju ke bilik Aayan yang berada di tingkat yang sama yang hanya berada di hujung banglo tiga tingkat itu.

Tok Tok Tok

" Siapa!? " Jerit Aayan dari dalam

Aalya tidak menjawab namun tombol pintu dipulas dan pintu itu terbuka.

" Ada apa-apa yang mama nak? Yan tengah main game. " Kata Aayan tanpa melihat gerangan siapa yang masuk ke biliknya

" Yan… " panggil Aalya lalu berdiri di tepi gaming chair mahal, milik Aayan

" Ye ma? " Balas Aayan yang masih menatap skrin komputernya

" Aayan… " panggil Aalya lagi namun Aayan masih sama

" Aayan Shafiq… " panggilnya sekali lagi namun Aayan tidak sedikit pun mahu menoleh

Muka itu kian merah sebelum suis yang menghubungkan semua alat peranti milik Aayan dimatikan.

" Ma! Aayan tak buat apa-apa pun! Apa ni! " Katanya lalu headphone yang dipakai ditanggalkan

Mata Aayan tercantap pada wajah si kakak yang kian berang.

" Kak… aku ingatkan mama tadi… " katanya lalu tersengih

" Lain kali, tengok bukan buat tak tahu. " Marah Aalya lalu duduk di atas katil milik Aayan

Pintu bilik itu dibiarkan terbuka. Walaupun mereka adik-beradik, kini masing-masing sudah ingin melangkah ke alam dewasa. Ada beberapa peraturan yang ditetapkan oleh Encik Syauqi dan Puan Amanina.

" Kau nak apa? " Tanya Aayan memandang wajah kakaknya yang tersenyum lebar

Gerun…

" Kau tak payah senyum macam tu boleh tak? Dah macam character Poppy playtime. " Kata Aayan dengan muka acah-acah takut

" Aku nak tanya pasal Cikgu Amsyar dengan Cikgu Farhan tu. " Kata Aalya dengan teruja

Senyuman terukir di bibir Aayan. Bukan dia tidak tahu, sejak lawatan ke Kolej kakaknya tempoh hari, Aalya tidak dapat berhenti menanyakan kepada Encik Syauqi mengenai dua jejaka itu.

" Kau nak tahu pasal siapa? Cikgu Amsyar ke, Cikgu Farhan? " Tanya Aayan

" Cikgu Amsyar dulu lah! " kata Aalya, teruja

" Suspicious… " kata Aayan dengan mata yang dikecilkan

Aalya memukul lengan adiknya. Orang tengah serius dia boleh main-main pula

" Tak reti sabar lah kau! Nanti aku tak bagitahu apa-apa baru kau tahu! " Marah Aayan. Berbisa jugalah pukulan maut kakaknya itu tadi

" Aku tak pandai nak bezakan antara Cikgu Amsyar dengan Cikgu Farhan. " Kata Aalya

" Easy. Kau tengok personaliti. " Kata Aayan

Berkerut dahi Aalya.

" Maksud kau? "

" Cikgu Amsyar dia pendiam, memang tak banyak cakap. Semua murid takut dengan dia tapi dia baik dengan semua orang. " Cerita Aayan

" Cikgu Farhan dis ramah, tapi kalau waktu pertama kali kenal, dia pendiam jugak lah. Dia jenis yang tegas, tapi murid-murid tak pernah takut dengan dia " Kata Aayan lagi

Aalya terdiam. Macam tak ada beza je…

" Macam tak membantu je kau ni… " kata Aalya

" Kau nak tahu, kakak cari sendiri lah. Jangan kacau aku. Syuh sana. " Halau Aayan








-ℕ 𝔸 ℤ ℝ 𝕀 ℕ 𝔸 𝕄 𝕊 𝕐 𝔸 ℝ-

━━━━━━ ❝ someone in love guys… jom kita tengok, sejauh mana Aalya boleh pergi MUAHAHAHAHAHAHA ❞


nazrin amsyar : his another half ꒰ H ꒱Where stories live. Discover now