Bersama atau berpisah? : Finale

Começar do início
                                    

"Eh, awak tak balik ke Reutus?" Mulutnya dicepuk perlahan. Kenapa bodoh pergi soal pasal tu?

Aduh mulut.

"Kau nak halau aku?" Suara garau itu bersuara rendah. Kedengaran seperti berkecil hati.

Laura sedikit gelabah apabila wajah lelaki itu berubah tegang. Tadi tenang je muka maskulin tu.

"M-maaf saya tak sengaja. Saja tanya. Kan awak pengganti ayah awak? Dengarnya uncle Venom dah bersara?" Gugup dia membalas apabila bertentangan mata dengan mata helang itu.

Haish renungan dia kan. Geram nak cucuk dengan dahan pokok. Buat orang gerun jelah!

" Aku dah serahkan sepenuhnya pada budak-budak aku. Aku cuma jadi pemantau saja. Sekarang aku nak cari kebahagiaan aku. Buat apa aku kat planet sana, tapi kesayangan aku di sini."

"Untung perempuan tu kan." Ada rasa sakit di dada namun ditutup dengan senyuman hambar.

Laju pula bibirnya menjawab. Tadi bukan main liat!

"Ya, sangat beruntung."

Laura membulatkan mata apabila lelaki itu sudah berada betul dihadapannya.  Dadanya bagai mahu tercabut dari tangkainya. Muka boleh tahan serius Vens ni.

Lelaki tu marah dia ke sebab dia menyibuk nak bertanya mengenai buah hatinya itu?

Habislah dia. Kalau tak kerana tubuh kecilnya sudah terkunci oleh tubuh sasa lelaki itu, memang dia dah lari rasanya.

Tangan halusnya digapai lembut dan diletakkan di atas dada sasa lelaki itu.

"Kalau kau nak tau, perempuan tu ada depan aku sekarang ni. Perempuan yang selalu ada dalam hati aku sampai akhir hayat aku."

Laura yang terkejut lantas mendongak melihat wajah maskulin itu. Kepalanya hanya paras dada lelaki itu. Comel kan!

"Tipu...Pleaselah jangan tipu saya. Saya dah penat dengan semua ni."

"No, aku tak tipu." Lelaki itu bersuara yakin.

"Saya tak percaya!" Gadis itu menjeling tajam wajah tampan itu. Ingat hensem sangatlah muka serius macam tu?

"Sweetheart, kau tanyalah aku apa yang kau nak tau sangat tu. Aku janji aku jawab dengan jujur. Nak denda aku lepas ni pun aku sanggup."

"Semua orang tak beritahu saya yang awak masih hidup. Kenapa?"

Venus bangun dan menyandar di beranda. Wajah gadis itu ditenung lembut.

"Kematian aku sengaja dipalsukan. Papa aku sengaja rahsiakan untuk tujuan keselamatan kami. Khuatir muncul ancaman lain. Ben dan Katerina pun dapat tahu agak lambat. Masa tu aku dah sihat sikit."

"Apa yang dah jadi hari tu? Siapa yang letupkan kereta dekat dewan? Kenapa awak tinggal saya lepas muncul tiba-tiba? Geram tau tak! Saya bangun dari pengsan, Adam saja yang ada. Awak mana?"

Lelaki itu tergelak kecil mendengar bebelan panjang gadis itu. Geram nak cubit mulut tu. Kalau marah comel je.

" Sabar sayang.. Banyaknya soalan. Satu-satu ya. Aku akan terangkan ya."

Gadis itu menjelingnya tajam. Apa sayang-sayang. Dia geram nak tumbuk-tumbuk je bahu lelaki itu.

Geram!

"Soalan pertama, itu angkara makhluk kuasa api. Benda tu dah lama dendam dengan papa aku. Mereka pernah berlawan semasa papa muda dulu. Benda tu cedera parah dan balik dengan perasaan dendam dan marah."

Gadis itu hanya mengangguk.

"Eei mesti makhluk tu seram kan!"

"Yup. Makhluk tu besar, berduri, mata merah dan makan gadis cantik macam kau! Warghh!"

Lagenda Kerajaan Reutus Onde histórias criam vida. Descubra agora