41 | Wrote

24 5 2
                                    

Semua pasang mata memandang ke arah Laura yang sedang mengelamun. Apa yang baru saja dia pinta tadi amat merunsingkan mereka. Lebih-lebih lagi si Ash. Baru saja remaja itu mahu mengenal Laura secara mendalam dan mahu menjadi kawan barunya, tetapi kini dia berasa harapannya itu telah dikambus oleh tanah.

"Please, Laura? Janganlah pergi." rayu Ash.

"Tak ada option lain ke, Laura? You baru seminggu rehat, tak akan you dah nak pergi?" soal Karl kepada Laura.

"At least perempuan yang nak Laura tu tak tahu yang Laura dekat situ. Dia tak akan tahu, percayalah," kata Laura yakin.

Fikiran Adriel jauh menerawang bagi mencari jawapan. Joxan pula tenang memikirkan keputusan muktamad kerana hanya dia berkuasa memberi kata titik.

"You boleh duduk kampung sorang-sorang? Just by yourself? Berdikari like cari ulam belakang rumah, makan sambal belacan every single day, tangkap ikan untuk lauk makan, and the worst part is basuh baju guna tangan? How about masak? You reti masak? Nanti you kebulur macam mana?" soal Karl dengan pelbagai andaiannya. Langsung itu semua memandang Adriel. Haha. Semua makhluk tahu yang dia seorang saja tidak tahu memasak. Kemudian semua menumpukan perhatian semula.

Karl ditenung tajam, lama. "Dah habis?" Laura menghembus nafas lalu dilepaskan. "Masak? Laura reti je masak." Dia hanya menjawab soalan terakhir.

"Like seriously, you?"

"Muka Laura ada nampak macam tengah main cak-cak ke?"

"What the heck is cak-cak? Do you mean cicak?" soal Karl pelik.

Laura mengeluh kasar.

"Stop it." Joxan memberhentikan Karl dari terus bersuara. "Jo tanya Laura for the sake of last time, betul Laura bersama keputusan muktamad yang Laura dah pilih ni?" tanya Joxan serius. Tiada secalit riak pun dipasangkan kini. Lebih kepada mengawal emosi.

"Yeah. Laura rasa perkara ni paling terbaik. Kalau ada apa-apa jadi sekalipun, korang semua ada kan?" satu persatu mata mereka dilihat secara bergilir ingin memperoleh kepercayaan.

Semua terdiam.

"Family kau? Hari tu beria sangat rindu lah apalah siap nangis bagai," kata Adriel sambil menyilang tangannya ke dada.

"Entah lah bila difikirkan balik, Laura tak boleh selfish. Rindu sangat dekat mereka itu tak akan terpadam. Laura tahu mereka pun tengah rindu Laura. Dah hidup Laura tertulis macam ni, like I can't do anything anymore. Ada jodoh, Laura berjumpa semula kan dengan mereka? Dah 16 tahun Laura berkepit dengan mereka. Mungkin ini masanya Laura kena pandai berdikari dan terima hakikat siapa diri Laura Navley Denver atau Laura Marlin. Dua nama atas satu jasad. Dari darah keturunan yang berbeza." terang Laura panjang lebar. Satu hembusan nafas panjang dilepaskan. Dia tertunduk.

Mereka mendengar tanpa respon. Mereka juga tahu bertapa rumitnya hidup Laura ini. Bukan dalam drama yang biasa-biasa. Terlalu rumit dan padat.

"But at least Laura ada dua campuran darah yang mahal. Kan, kan?" kata Laura bangga, seraya mengubah suasana tegang.

Semua tergelak kecil.

"Yup. I setuju. Bukan calang-calang orang boleh ada benda hebat macam tu." tambah Karl.

"Untunglah nanti dapat banyak harta. Silap-silap lagi kaya dari Joxan. Pergh..." gurau Adriel pula.

"Nanti dah kaya jangan lupa aku tau Laura." ujar Ash.

"Kau ada nampak dia miskin ke?" soal Adriel pada Ash. Potong mood jantan ni.

"Dah-dah." Joxan memutuskan perkelahian yang bakal tercetus. "Okay, fine. Jo benarkan Laura pergi. But remember, anything what you did, update pada kami. Ingat, we are always watching you. Jangan ingat Laura jatuh parit pun kami tak tahu, faham?"

Membulat mata gadis itu apabila Joxan membenarkannya. Dia mengangguk laju.

"And I think one person dari kalangan kita should teman Laura sepanjang dekat sana," ujar Joxan.

"Hah?" soal mereka serentak.

"Baguslah! Boleh cari ulam sama-sama!" kata Laura lalu mengekek gelak.

"Aku nak." kata Adriel pantas.

Laura berkerut memandang Adriel. Eee tak nak! Nanti asyik kena marah!

"Aku, Jo." Karl pula mencuba nasib. "I sanggup cari ulam dengan you ehee..."

Dia beralih pula pada Karl. Eee nanti semua kerja dia buat! Tak nak! Mana boleh berdikari nanti!

"None two of you. But Ash will do. Aku nak kau ada dengan Laura. Dengan Freen, gurdian Laura tu sekali."

"What?" soal mereka serentak.

"As usual, rumah, makan, peralatan dapur, semua sekali akan disiapkan. Freen akan buat kerja bahagian rumah, dan kau Ash. Aku nak kau teman Laura wherever she go. Sekolah pun sekali. Senang. Memandangkan kau tua setahun dengan Laura."

Semua memdengar tidak percaya.

"But Laura kena berdikari. I don't need it," kata Laura bersungguh.

"No need to berdikari bagai. Menyusahkan diri, faham?" kata Joxan sedikit tegas.

Laura akur. Tak apalah, at least dia ada kawan.

"Bila boleh gerak?" soal Ash pula.

"Wah sukalah kau ya?" kata Adriel bersama pandangan serongnya.

Dia mengendahkan Adriel.

"Nanti aku bagitahu,"

"I think dah cukup jelas, right? Kalau ada penambahan aku inform. Bersurai semua." Joxan menghabisi perbincangan mereka segera lalu di keluar dari bilik meeting.

***

Zafran membuka lembaran buku yang seterusnya. Pen diambil lalu segala coretan batinnya mula dikeluarkan pada helaian kertas buku itu. Mulai hari ini, naskah ini menjadi corakkan tulisan hidupnya.

Mak bapak aku dah mati. Abang aku penagih. Aku pembuli.

Persoalannya sekarang ni, kenapa aku masih hidup?

Kenapa orang macam aku ni hidup?

Aku tak layak ada dekat dunia ni, tapi kenapa aku masih boleh bernafas?

Aku yang tak nak hidup ni, dapat hirup udara segar setiap hari tanpa penghalang. Tapi orang yang mahu hidup, terpaksa sakit untuk bernafas.

Tapi aku?

Aku nak mati.

Aku nak tamat kisah hidup aku ni secepat yang boleh.

Aku nak pengakhirannya.

Tolonglah...

Bermacam cara sudah aku buat.

Merokok.

Membuli.

Mencuri.

Meragut.

Banyak lagi.

Dan aku selalu dihukum. Tapi tidak pula mati.

Cuma satu aku minta.

Aku nak mati.

Itu saja.

Nafas ditarik sedalam mungkin. Ya, udara inilah yang dia tidak mahu untuk hirup. Tetapi apakan daya, sisa imannya masih mampu menegah dia untuk tidak mengambil nyawanya sendiri.

"Umi, Zaf takut,"

HEARNE CYRENEWhere stories live. Discover now