18 | Bottles

32 8 18
                                    

"Three may keep a secret, if two of them are dead." -Benjamin Franklin

       Bunyi tembakan sayup kedengaran dihujung tangkapan pendengaran. Tetapi tidak sedikit pun menjejaskan aktiviti mereka ketika ini yang sangat galak bersuka-ria.

"Kejar Wadi, Mi! Kejar!!!" jerit Khai tatkala jetski yang ditunggang Nami hampir dekat dengan jetski tunggangan Wadi dan Dreeb.

"NO!!" Wadi melajukan lagi jetskinya apabila dia menampak kelibat Nami dan Khai dibelakangnya. Dreeb dibelakang sudah ketawa suka.

       Laura, Vina, Fyra dan Miya sedang bermain air di bibir laut. Cengkerang kecil berwarna-warni dibelek dan dikutip satu persatu. Sesekali air laut membasahi kaki mereka.

"Ni weh! Ni!" Jerit Laura.

"Cantik siut..." Membulat mata Fyra melihat cengkerang sebesar penumbuk yang berada di tangan Laura.

"Mana? Mana?!" Miya datang dekat berhampiran mereka.

Bang...

Sayup kedengaran bunyi tembakan.

"Apa tu?" soal Miya.

"Orang tumbuk punch bag kot," jawab Fyra.

"Banyaklah kau." pantas Miya menolak si Fyra perlahan.

"Aku ada satu je," mukanya dicemberutkan.

"Diamlah."

Laura dan Vina hanya menggeleng.

"Period first day lah tu..." omel Fyra sendiri.

Bang. Bang. Bang.

"Okay kali ni kau nak kata ni apa?"

"Orang bertukang? Boleh jadi kabinet tiba-tiba tercabut. Lepastu dia betulkan." jawab Fyra mudah.

"Ghisau lah. Makin kuban-kuban je dia cakap ni." kepala digeleng. "Sihat tak dik?" Belakang tapak tangannya ditekap ke atas dahi Fyra. "Emak mana?" Dia berpura-pura seperti mencari seseorang.

"Gila dah kau ni."

"Eleh..."

"Korang rasa bunyi apa?" tanya Laura.

"Make sense jugak apa Fyra kata tadi. Bunyi orang betulkan perabot?" Vina menjawab.

"See?" Berbangga dia dengan jawapannya.

"I see for ever in your eyes~" Miya bernyanyi kecil mengendahkan Fyra dan sambung mencari cengkerang laut.

"Kau dengar suara lembu tak Laura?"

"Hah? Lembu?" sekeliling dipandang mencari haiwan itu. "Miya kau bau lembu lah," Miya didekati. Hidungnya menyedut udara.

"Hahaha!" Fyra dan Vina bantai ketawa.

"Baru 2 jam lepas aku mandi kot!" mukanya dimasamkan. Mata dikecilkan memandang mereka bertiga.

Masing-masing ketawa.

Jetski yang ditunggang Wadi dan Nami tiba di darat. Percikan air laut tempias terkena mereka yang lain.

"Weh!" jerit mereka serentak.

"Hahahahaha!"

***

      "Anak kambing makan apa?" soal Khai sambil bernyanyi lagu iklan susu kanak-kanak. Sepatutnya 'anak kucing makan apa?'. Main kutip je kambing mana tah

Dan ketika ini, mereka semua sedang dipayungi pokok ru besar. Batu-batu besar menjadi tempat duduk mereka. Ada gazebo mewah, satu set meja dan kerusi, beach chair pun taknak duduk.

HEARNE CYRENEWhere stories live. Discover now