31 | Harsh

30 6 13
                                    

           Jauh Laura termenung, memutarkan kembali memori yang terlayar di fikirannya. Lepas satu, satu perkara demi perkara pedih perlu dia terima sejak insiden di Pulau Gennie itu.

Selepas ini apa pula? Bagaimana jika ahli keluarga Denver yang lain tahu? Dia akan dibuang keluarga?

Mengapa baru sekarang?

"We loves you,"

Keluhan kecil terbit dibibirnya. Tiga perkataan itulah yang selalu diucap oleh bonda dan daddy. Mereka berdua tidak mahu Laura terasa asing.

Briefcase yang diberi Grandpa pada hari itu dipandang sekilas sebelum dia mencapai lalu dibukanya. Kaset serta beberapa keping CD dikeluarkan. Bilik movie ditingkat atas dituju.

"Adik nak pergi mana?" soal Dayyin sewaktu bertembung dengan Laura. Matanya jatuh pada tangan Laura yang memegang kaset dan CD itu.

"Atas."

"Oh okay..." jawabnya kekok. "Nak abang teman-"

"It's okay," terus saja dia pergi ke tingkat atas.

Dayyin hanya menghantar pemergian Laura sebelum dia masuk ke dalam kamar tidurnya.

External DVD dibuka lalu dimasukkan salah satu CD kedalamnya. Setelah siap, dia mengambil tempat pada kerusi paling tengah. Skrin besar itu menayangkan beberapa detikan sebelum skrin itu hitam sepenuhnya.

"Hari ini 13 Mei. Kita nak buat surprise..." suara lelaki yang di dalam rakaman CD itu seakan berbisik. Laura berkerut dahi sebelum dia bangun dan mengetuk sedikit external DVD itu. Rosak?

Dia mendongak memandang skrin yang tiba-tiba berwarna itu.

Di situlah, buat pertama kalinya dia melihat satu senyuman terukir manis di wajah seorang lelaki lewat 20-an yang dikenali sebagai...

papa.

Dia menggeleng menidakkan ia. Mana mungkin itu papanya. Bukan, bukan.

"So, sekarang 2pm. We have another 6 hours before the surprise begin.." katanya dengan senyuman lebarnya. Mata biru milik lelaki itu jelas menggambarkan bertapa gembiranya dia pada hari itu.

Laura boleh menyimpulkan bahawa ini adalah sebuah vlog. Dia pergi semula ke tempat duduknya. Skrin layar itu kembali gelap sebelum seorang wanita yang juga lewat 20-an terpampang diskrin itu.

"Dean, bagaimana perasaan anda untuk hari ini?" soal lelaki itu. Kamera difokuskan pada wanita yang duduk dihadapan meja soleknya. Perut dia yang memboyot besar itu diusap.

Wanita itu tergelak kecil.

"Please stop it," wanita itu sambung gelak kecilnya.

"Why?"

"Awak tu dah nak ada anak dah, sayang. Tapi saya tak nampak pun Ryan Arash ni macam bakal ayah orang," sakatnya.

Lelaki di dalam rakaman itu tertawa.

"Okay, but nanti I nak sambung record you."

"Tak boleh."

"Nak jugak,"

Skrin besar itu bertukar gelap sepenuhnya kembali. Rakaman video yang berdurasi hanya beberapa minit cukup menyatakan bertapa bahagianya pasangan itu. Aura kasih dan sayang antara mereka berdua terasa pada akan diri Laura.

Tu bukan nama papa ke?

Laura termenung seketika. Jadinya tu mama? Dalam perut mama tu... aku?

"Laura?" pada muka pintu bilik movie itu, terdapat Qayish di situ.

Laura memusing badannya secara refleks. Berapa lama abangnya di situ?

HEARNE CYRENEOù les histoires vivent. Découvrez maintenant