26 | Attend

27 6 13
                                    

Dua minggu kemudian,

Laura bernyanyi kecil sambil menyiram pokok bunga kegemarannya yang kian mekar cantik. Nak tahu bunga apa?

Semestinya bunga....

Mawar!

Ada kuning dan merah. Siapa lagi kalau bukan Khai yang bagi.

Matanya tertancap pada robot kecil yang kelihatan berlegar di kawasan hadapan rumah agam itu.

Butang hijau yang terdapat pada bahagian perut robot itu menandakan ada surat baru telah tiba. Menggunakan sistem robot ini privasi mereka lebih terjamin.

Kaki melangkah ke arah robot itu.

"Y a-t-il une lettre pour moi ?" (Ada surat untuk saya?) tanya Laura. Pantang saja Laura apabila melihat robot ini mesti dia akan tanya kerana sejak kebelakangan ini Khai rajin menghantar surat kepadanya. Alasan dia sebab Laura tidak mahu membuka telefon pintarnya.

2 saat robot itu berdiam kemudian bersuara. "Oui," (Ya)

Robot itu mengeluarkan surat yang tertulis namanya.

Tanpa berfikir banyak, dia membuka sampul surat itu lalu membacanya. Dahinya berkerut hairan.

Hello our princess Laura Navley,

You are invited to attend a big family gathering. Denvers presence is very necessary, young lady. Here is more information:

Date: June 20th.

Place: Sennivess Hall

Hope you can get ready for the special ceremony!

Laura melonjak gembira.

Dah lama tak buat family gathering ni.

"Ce qui te rends heureux?" (apa yang membuatkan anda gembira?) tanya robot kecil itu.

"Rien." (Nothing.) katanya lalu beredar masuk ke dalam rumah.

Tangan mencapai telefonnya di atas meja. Lantas mendail nombor seseorang.

"Abang Ayish dapat surat undangan tu?" tanya Laura sebaik sahaja panggilan bersambung.

"Salam mana, sayang?" tegur Qayish. Sebelah tangannya sibuk membelek fail hitam.

"Oh hehe. Assalamualaikum,"

"Waalaikumussalam. Hmm dapat. Kenapa?"

"Tak excited ke?" suaranya mengendur. Aku je ke excited?

"Sangat. Sangat teruja." keningnya bertaut rapat. Urat dilehernya semakin mengejang membuatkan ia timbul dengan jelas pada pelipis.

What the hell is wrong with you, Jave Matthew?

"Kenapa macam tak je Laura dengar?" kuku jarinya digigit dan mulut pula dimuncunglan sedepa.

"Penat sikit hari ni. Nanti Abang Ayish balik, kita lompat-lompat!" suaranya bertukar riang, tidak seperti pada awal tadi. Fail itu pula ditolak kasar.

"Hehe.. macam tu adik nak dengar," tersenyum sumbing dia dihujung talian.

"Nak lompat dekat sini tak ada geng. Kalau ada adik ni, dah lama kita macam chimpanzee terlepas dari zoo dah. Lepastu bonda marah hmm," suaranya dibuat-buat sedih. Tetapi berbeza pula dengan perasaannya kini. Sakit hati ditipu.

Terlepas tawa Laura.

"Dah, jangan gelak banyak-banyak. Nanti nyanyuk. Okay lah. Abang ada kerja sikit ni. Bye sayang. Jangan lupa makan tau,"

HEARNE CYRENEWhere stories live. Discover now