6 | Ivanna

59 22 7
                                    

Baju kemeja merah hati tersarung elok ditubuh tegapnya. Kot dikemaskan. Tali leher hitam dibetulkan. Rambut yang terjuntai mencecah kening dirapikan. Mata kelabu gelap itu ralit memandang tubuhnya yang dipantul cermin. Wangian disembur kelilingnya lalu badannya dipusingkan. Bibirnya terukir senyuman.

Perfecto!

Setelah puas menilik diri sendiri di cermin, kakinya pantas menuju ke shoe room bersebelahan pintu utama rumah agam itu.

Kasut kulit Modern Derby berjenama Hugo Boss itu disarung. Cermin dibahagian bawah yang hanya menampakkan kasutnya itu digayakan.

Parfait!

"Tuan, ini begnya." pembantu rumah itu menghulurkan beg kerjanya.

"Terima kasih," segaris senyuman terbentuk.

Terus dia keluar dari rumah agam itu.

Sebuah Lomborghini Reventon telah siap disediakan oleh pengawal. Dia kemudian masuk ke dalam perut kereta lalu memandu laju meninggalkan perkarangan rumah agam.

Dia melangkah masuk ke dalam bangunan tinggi tersergam indah itu. Keretanya sudah pun diuruskan pekerja disitu untuk parking.

Qayish Harley Denver, COO kepada salah satu syarikat keluarganya iaitu Denveries Holding. Sebuah syarikat kepunyaan bapanya. Qayish menjadi COO pada usia muda iaitu setahun yang lepas atas permintaan Mr. Lucian sendiri.

Sebagai COO, Qayish bertanggungjawab memastikan semua department bekerjasama untuk memastikan operasi perniagaan mengikut jadual.

Dia juga sering mengadakan pertemuan berkala dengan ketua-ketua setiap department untuk memastikan bahawa operasi berjalan dengan lancar dan segala masalah dapat ditangani dengan segera.

Sebagai tambahan, COO sering menjadi perantara antara ketua department, memastikan bahawa mereka berkomunikasi antara satu sama lain ketika projek memerlukan lebih daripada satu departnet untuk bekerjasama.

Diikutkan memang begitu kerja yang perlu dibuat. Memandangkan Qayish seorang pelajar, ini pun cuti sem selama 2 bulan. Tambahan pula usianya yang terlalu muda, kerjanya hanya menyemak jadual operasi syarikat dan menapis urusan keluar masuk klien yang berurusan bersama.

Punggung direbahkan di atas kerusi. iMac dihidupkan lalu jari jemarinya menari-nari di atas keyboard.

Tok! Tok! Tok!

"Masuk,"

Pintu kaca itu dibuka dari luar.

"Tuan, ini file senarai syer syarikat-syarikat yang akan terlibat bersama kita." kata seorang wanita awal 30-an lalu meletak sebuah fail di atas meja kerja Qayish.

"Okay, thank you Kila." dia melemparkan segaris senyuman. Matanya tidak lari dari skrin komputer.

Dia juga amat mesra bersama kakitangan kerjanya.

"Kalau tiada apa-apa, saya minta diri dulu."

Qayish hanya mengangguk.

***

Kaki dihayunkan sepantas mungkin melawan arus manusia yang berpusu-pusu ingin ke lokasi masing-masing. Udara berebut ingin memasuki ruang peparu. Peluh yang menitis di pelipis diseka kasar. Langkah dipercepatkan.

Bangunan setinggi 30 tingkat itu dipandang sekilas sebelum memboloskan diri masuk ke dalamnya. Dia tidak menghiraukan mata-mata yang memandang ke arahnya. Tunduk hormat pekerja di situ hanya dibalas dengan anggukan kecilnya.

Tanpa berlengah, punat 29 butang lif VVIP ditekan.

Lif menuju ke ruang tingkat yang menempatkan bilik Chief Operator Officer syarikat Denveries Holding.

HEARNE CYRENEOnde histórias criam vida. Descubra agora