27 | He is...

20 6 3
                                    

            Si bongsu keseorangan di dalam rumah agam itu membosan sendirian. Eh! Tak, tak. Ada Mak Som sekali.

Kak Anna ada vacation dengan kawan dia. Abang Ayish dah balik Spain 2 minggu lepas. Abang Ayin pun dekat London dah seminggu. Bonda dengan Daddy keluar uruskan hal company. Khai pula ada exam test.

Huwaaaaaaa!! Laura pula? Mereput dekat rumah! Bosannyaaa!! Majlis tu lama lagi. Somebody help me...

Kaki mengorak langkah menuju ke arah lif untuk turun ke dapur. Butang lif ditekan. Disebabkan ada Mak Som sahaja di rumah, Laura hanya memakai tank top yang menutupi pusat dan half chiffon skirt.

"Mak Som! Ohh Mak Som..."

Aduh mana pula pinky cereal aku ni...

Dalam sibuk mencari, dia seperti terperasan sesuatu- wait...

"Arghhh!!"

No! Baju! Baju! Baju aku!

"Perompak! Pervert ! Keluar! Bondaa!! Mak Som!" jantungnya mengepam laju. Dadanya turun naik mengambil nafas.

Laura mula berlari lintang-pukang menyorok di dalam stor berdekatan dry kitchen.

Aku ke? Ternganga lelaki itu dituduh pervert. Matanya hanya dapat menangkap kelibat skirt hitam disebalik dinding di hadapannya. Dia hanya mengangkat kedua bahunya.

Dushh O.M.G he just sto-

"Laura? Kenapa ni? Mana dia perompak tu? Mak Som tak nampak siapa-siapa pon." matanya masih melilau mencari kelibat gadis itu.

"Mak Som... Sini, sini. Bahaya dekat situ." bisiknya di balik stor itu.

"Ya Allah, buat apa dekat situ, sayang?" Mak Som mula melangkah ke arah stor.

"Ada pero-"

"Mak Som, nak letak mana ni?" seorang lelaki masuk ke dalam stor bersama sejambak bunga di dalam pasu putih.

Tangan Laura mencari apa-apa yang boleh menutup kawasan badannya yang terdedah. Sehelai kain coklat yang menutup sebuah almari itu dicapai lalu dia menyelubungkan badannya di dalam kain itu.

"Arghhh!! Siapa suruh kau masuk?!" jerit Laura di dalam kain. Bahunya yang terdedah itu cepat-cepat ditutupnya.

"Ya Allah, jangan jerit-jerit macam ni Laura. Habis jiran ingat ada perompak betul-betul nanti. Kamu Ash, letak je dekat atas meja ruang tamu sana dulu."

"Baik, Mak Som." kakinya melangkah keluar. Apa aku buat? monolognya sendiri.

"Si-siapa tu Mak Som? Apa dia buat dekat sini? Macam mana dia boleh masuk?" bertubi-tubi soalan diajukan ke pembantu rumahnya itu.

"Ish Laura ni banyak betul tanya. Dah lah Mak Som nak ke dapur masak makanan tengah hari ni. Baju tu pergi tukar dulu." pesannya sebelum ingin melangkah pergi.

"Laura nak makan tadi... Mana lah tahu ada orang lain." kepalanya menunduk dan kakinya melangkah naik ke biliknya semula. Tak pasal-pasal kena marah...

"Haish apelah budak sorang ni." kepalanya menggeleng.

Tangannya ralit menelefon ahli keluarganya. Namun tidak berangkat. Haih...

Sibuk sangat ke semua orang?

Television yang terpasang drama korea itu dipandang sepi.

Bosan...

Tudung shawlnya disarung. Kaki melangkah keluar dari bilik dan turun ke tingkat bawah.

Terdengar bunyi Mak Som sedang memasak di dapur. Hmm... Lapar...

HEARNE CYRENEWhere stories live. Discover now