21 | Broke

27 5 12
                                    

       Dua bulan berlalu selepas tragedi itu. Laura dan Nami dikejarkan ke hospital dan mereka yang lain hadir ke balai polis untuk disoal siasat bagi memudahkan proses penyiasatan tentang kejadian. Mereka semua meninggalkan pulau itu bersama memori yang kelat untuk dihadam. Kesedihan dan kepiluan menemani mereka pulang. 

Nami Carlens disahkan meninggal dunia ditempat kejadian pada jam 11.05 pagi waktu tempatan akibat kehilangan banyak darah. Bedah siasat dilakukan punca kematian adalah disebabkan tembakan pada dada kanannya dipercayai ditembak menggunakan sejenis senapang menyebabkan organ dalamannya cedera serta rosak. Satu peluru 7,62 × 51 mm NATO berjaya dikeluarkan pada bahagian dada kanannya dan tiada lagi kecederaan lain yang dapat dikenal pasti. Tempoh posmotem tamat setelah 14 jam dilakukan.

Jenazahnya dibenarkan untuk dibawa pulang oleh ahli keluarga. Seorang wanita berwajah sunggul berkaca mata hitam datang ke hospital untuk menuntut jenazah. Laporan dan dokumen-dokumen penting berkenaan si mati bertukar tangan. 

Khai, Wadi, Vina, Fyra, Dreeb dan Miya menghadiri pengupacaraan majlis pengebumian Nami di gereja berdekatan. Tidak begitu ramai yang hadir ketika ini. Mungkin atas faktor tertentu. Hanya terdapat seorang wanita separuh abad yang masih anggun. Ibunya nami mungkin. Dan yang lainnya hanya lelaki berkaca mata hitam sama seperti wanita itu tadi berpakaian serba hitam.


Hukum memasuki rumah ibadat agama lain

Tarjih dan Kesimpulan

Kesimpulannya, kami berpandangan bahawa hukum asal seorang Muslim masuk ke dalam rumah ibadat agama lain ialah harus jika mempunyai tujuan yang diharuskan syarak, seperti untuk berdakwah, memenuhi jemputan berdialog antara agama dan sebagainya. Namun kehadiran sewaktu hari perayaan keagamaan mereka adalah tidak dibenarkan.

Seorang Muslim itu juga diharuskan untuk hadir ke majlis perkahwinan di gereja, bahkan disunatkan jika yang berkahwin itu adalah terdiri daripada keluarga, sahabat handai, jiran tetangga, atau jika kehadiran kita itu mampu memberi sumbangan kepada dakwah Islam.

Alasan pentarjihan kami adalah berdasarkan kepada tsabitnya banyak riwayat daripada sahabat-sahabat Baginda Nabi SAW yang masuk dan bersolat di gereja.

Begitu juga dengan isi perjanjian antara Saidina 'Umar al-Khattab dengan Ahlu Dzimmah pada zaman beliau yang antara lain menyatakan bahawa mereka tidak akan menghalang kaum Muslimin daripada memasuki gereja sama ada waktu siang atau malam. Ini juga antara dalil yang digunakan oleh Imam Ibn Qudamah dalam mengharuskan Muslim memasuki gereja. 


Suasana hening dan pilu selari bersama cuaca tengah hari yang mendung kini semasa di tanah perkuburan Kristian. Berat di dada yang menanggung saat melihat keranda yang di dalamnya ada sahabat baik mereka tiada siapa yang menahu. Nami yang pendiam, Nami yang bersama pemalunya, Nami yang bercakap bila perlu, Nami yang banyak pendam telah tiada lagi bersama mereka.


Hukum Menghadiri Majlis Pengebumian Bukan Muslim

Kesimpulannya, menghadiri pengebumian sahabat-sahabat atau ahli keluarga yang tidak memeluk Islam dan tidak memusuhi Islam, adalah dibolehkan dan tidak ada larangan padanya. Qiyas al-aula bagi perkara ini adalah jika memandikan, mengkafankan dan mengebumikan jenazah bukan Muslim pun dibolehkan olah syarak, maka sekadar menghadiri majlis pengebumian bukan Muslim, semestinya tidak menjadi satu kesalahan. Namun begitu, hendaklah dihindari daripada melibatkan diri dengan upacara keagamaan mereka. Kami juga menyarankan kepada masyarakat untuk tidak terburu-buru menghukum atau mengeluarkan pendapat yang boleh mengeruhkan keharmonian dan perpaduan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Wallahua'lam.

HEARNE CYRENEWhere stories live. Discover now