25 | Settle

24 6 1
                                    

             Tengah malam semalam mereka tiba di sebuah villa yang terletak jauh dari kawasan bandar tetapi berdekatan dengan tempat misi mereka kali ini. Villa ini turut diuruskan Jave, seperti biasa.

Pagi-pagi lagi mereka ke satu kawasan kira-kira 1km dari villa yang mereka menginap.

Si Mental mengerang kesakitan. Dia cuba melarikan diri sejauh yang boleh. Terhinjut-hinjut dia berlari masuk ke arah hutan.

Tak ingat si mental? Emm sorry do, kau kena jengah chapter 5. yang dia kena makan roti basi dengan air jamban tu.

Buk!

"Aduh..." dia mengerang kesakitan.

Kepalanya yang sudah berdarah-darah itu terlanggar pula benda keras dihadapannya ketika itu.

Boleh si mental ni larikan diri dari bilik penyeksaan dekat basement tu? Jauh pulak tu sampai ke sini dia berambus. Hah lepastu kan dah kena buli dengan Adriel. Padan muka.

Pokok yang tinggi lampai sebesar pemeluk itu disumpah si mental.

"Woi! Kau lari eh," laung Adriel dan terkedek-kedek cuba memasuki hutan.

"Bodoh, buta ke memang betul-betul buta?" makinya sendiri. Dia cuba menggunakan jalan lain.

"Baaaaa!" sergah Karl yang mengeluarkan muka disebalik pokok di depan Si Mental.

"Opocot mak kau terbalik babun kau sapa!" latah Si Mental.

"Hodoh! Muka ganas tapi mencarut. Main mak orang pulak tu. Puiihh" maki Karl lalu meludah tepat ke muka Si Mental.

Si Mental hodoh? Karl pula bodoh. Mencarut dengan melatah tak reti beza.

Karl pantas mengunci pergerakan Si Mental dari terlepas buat kali kedua. Dengan pantas dia mengikat kedua tangan si mental menggunakan tali yang di ambil dari poket. Setelah pasti diikat kemas, dia mencampak Si Mental ke tepi pokok. Si Mental mengerang kesakitan sekali lagi. Dia merasakan tulangnya dipatah-patahkan, darahnya membasahi baju kelabu yang dipakai mengakibatkan kelihatan baju itu bertukar bewarna gelap. Tulang pipi terasa sengal dan kepalanya berpinar.

"Baik kau diam sebelum aku pecahkan telur emas kau ni." kata Adriel setelah tiba dikawasan itu. Tangannya mencapai ranting kayu berdekatan lalu mencuit 'telur emas' Si Mental yang terlentang di hadapan pokok itu.

"Arghh... Ja-jangan."  dia sedaya upaya menghalang Adriel dari memperlakukan sebegitu. Sakit tak usah dikata. Tadi pun sudah dibelasah cukup-cukup sebelum larikan diri.

"Tahu pun." Adriel mencampak ranting kayu itu.

Telefon Karl berdering.

"Hello boss kita!" sapa Karl setelah menjawab panggilan itu. Butang loud speaker ditekan.

"Siapa boss kau?" tanya Adriel. Dia yang sedang bermain dengan rambut Si Mental menoleh ke arah Karl dengan muka berkerut.

"Eh abang kau lah" bisik Karl.

"Ooo..." Adriel hanya meng'ooo'kan.

"Bila masa abang aku boss kita?"  soalnya lagi. Dia sambung membuat tocang pada rambut Si Mental.

Karl menepuk dahi.

"Tah kau ni bila masa aku boss kau?" soal Joxan dicorong telefon.

"Eee dah lah!" malas Karl mahu melayan. Tak faham ke dia tengah bergurau sekarang ni?

"Mana Si Mental tu?" soalnya setelah tersedar mereka sudah lari topik yang patut dia harus tanya.

"Ada ni-"  Terbeliak mata Karl setelah menoleh Si Mental tu tiada dibelakangnya!

HEARNE CYRENEWhere stories live. Discover now