24 | Weird

24 6 6
                                    

Pagi tadi, Khai telah merancang untuk melawat Laura di rumahnya petang ini memandang Sabtu adalah hari minggu. Izin sudah diminta pada Dayyin terlebih dahulu.

Enjin kereta Audi TT miliknya dihidupkan. Dia berfikir sejenak.

"Khai yang kacak lagi menawan..." panggil Laura. Pen yang di dalam pencil case Khai di ambil lalu dicuit-cuit pada lengan Khai.

"Apa kau nak wahai puteri intan payungku Laura," Khai hanya menjawab tanpa menoleh sebaliknya hanya fokus pada sehelai kertas quiz Matematik.

"Kau tak lapar ke?"

"Tak." jawabnya dan dahi mula berkerut dengan soalan quizz yang perlu dijawabnya.

"Tapi aku lapar... Nak iced latte dengan lamb chop. Lepastu chocolate cake..." Laura mencuit lagi lengan Khai. Mukanya meminta simpati walau Khai tidak menoleh langsung.

"Pergilah cafe sana tu. Kejap weh jangan kacau. Aku tak faham ni." kepala digaru.

Pantas tangan Laura menyambar kertas quiz itu. Khai memandang Laura dengan kerutan dahinya.

"Bak lah balik..."

"Jom makan? Aku belanja!"

Melihat wajah semangat Laura, dia menghela nafas.

"Yelah jomlah," barang yang bersepah dikemas kembali.

"Tapi kan..."

Laura dipandang. "Aku yang beli?" Khai meneka.

Kepala diangguk laju.

"Kau tak minum latte. Kau tak berapa suka lamb. Kau cepat muak dengan chocolate. Other option?" Khai bercekak pinggang. Tahu saja tentang Laura ini.

"Alaaa nak tukar cita rasa takkan tak boleh?"

"Masalahnya muka ni jugak jadi tong sampah nanti," Khai mengecilkan matanya.

Tok tok.

Tingkap cermin diketuk dari luar. Khai yang tersentak itu menoleh ke arah kirinya.

Oh mama.

Butang membuka tingkap ditekan.

"Ye mama?"

"Ni along lupa ambil atas meja tadi," Bungkusan beg kertas berisi burnt cheesecake buatannya sendiri diletak sebelah seat pemandu.

"Oh ya Allah. Thanks ma. Nasib tak gerak lagi," Dahinya digaru. Gila kalau tertinggal ni.

"Along, along." kepalanya menggeleng. "Baik-baik memandu. Kalau boleh balik sebelum pukul 10 malam tau," pesannya.

"Baik ma,"

"Kirim salam dekat Laura sekali. Ni mama masuk dalam dulu. Ingat pesan mama tu."

"Okay ma."

Dia hanya menghantar kelibat ibunya hingga dipisahkan oleh pintu rumah.

Keluhan berat dilepas. Telefon pada tangannya dilihat. Tiada sebarang notifikasi yang kelihatan di lock screen. Itu bermakna Laura masih tidak membalas mesej yang dihantarnya semalam.

Telefon pintar dicampak ke seat pemandu. Pedal minyak ditekan dan kereta mula mengundur ke belakang keluar dari perkarangan kediaman rumah.

Destinasi yang pertama sebelum tiba di rumah Laura adalah florist yang berdekatan.

Laura mesti happy kalau dapat bunga, getus hatinya.

Setibanya masuk di kedai bunga, matanya disajikan pelbagai jenis bunga yang cantik-cantik. Dia terus pergi ke bahagian yang menempatkan bunga mawar yang segar-bugar.

HEARNE CYRENEWhere stories live. Discover now