32 | Witcher

24 5 16
                                    

Adriel berdiri elok di tengah laluan orang ramai sambil kedua tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar. Mata helangnya tepat melihat pada seorang gadis kecil yang berdiri kaku di hadapan pintu masuk cafe yang sedia ada di airport itu.

"Apesal lah kau tinggalkan adik kau ni sorang-sorang ni kat sini Qayish? Mana kau?" soalnya sendirian. Dia hanya merenung susuk kecil itu dari tempat di mana dia berdiri.

Tidak lama selepas itu Laura kelihatan masuk semula ke dalam cafe itu. Adriel yang dari jauh itu mula melangkah kaki untuk ke destinasi yang sama.

Di hujung cafe, kelihatan Laura mengesat air matanya berkali-kali. Tanpa berfikir banyak, dia terus pergi ke arahnya.

"Hodoh." komen Adriel seraya melihat wajah sembam Laura.

Laura mengangkat muka apabila satu suara terasa dekat dengannya. Sisa air mata dilap pantas. Melihat gerangan asing disebelah membuatkan dia kalut dengan keadaannya yang begini. Beg di ambil lalu dia bangun ingin beredar dari situ.

"Tunggu." tangan kecil Laura dipagut kemas.

Laura yang terkejut itu pantas merentap kasar pegangan lelaki kacukan itu. Namun hanya sia-sia.

"Apa pegang-pegang ni?!"

"Rileks boleh tak? Aku tak nak berkasar dengan kau. Dan tak akan pernah terdetik nak kasar dengan kau. Jadi tolong rileks. Tarik nafas slow-slow." katanya mendatar.

Laura hanya memandang pergelangan tangannya yang dipegang Adriel. Mana mungkin mat saleh fasih berbahasa Melayu. Melihat Adriel seperti bukan warga negara di sini dan berganda tinggi dengannya membuatkan dia tidak tahu mahu memberontak bagaimana lagi.

Jerit?

"Sebelum kau jerit, kenalkan aku Adriel Micah." pergelangan tangannya dilepaskan. Tangan kanan Adriel pula dihulur pada Laura.

"Takpa. Aku tahu kau tak teringin pun nak sentuh aku." tangannya diturunkan kemudian kedua tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar semula.

Tidak mengambil masa yang lama untuk berdiri lagi dia di situ, Laura terus melangkah laju ingin keluar. Pantas saja ditahan oleh Adriel.

"Kejap. Aku nak cakap dengan kau."

"Saya tak kenal awak." tegas dia berdalih. Entah siapa datang dari mana, tiba-tiba saja ingin berbicara dengannya?

"Tapi aku kenal kau." katanya selamba bersama muka yang tidak beriak, hanya memandang tepat ke dalam anak mata biru laut milik Laura yang mula berkaca.

"Tolonglah. Saya nak balik..." air matanya gugur di situ jua. Dia sudah tidak memikirkan Adriel di hadapannya kini.

"Jom." Adriel menarik tangannya lagi.

"Awak tak faham bahasa ke?! Saya penatlah. Tolong, lepaskan saya. Dan tolong, jangan ada benda pelik lagi datang dalam hidup saya. Saya dah penat..."

Adriel hanya melihat air mata itu turun bak sungai yang mengalir. Genggaman tangan masih tidak terlepas. Tangan kirinya dikeluarkan semula dari kocek.

"Aku nak hantar kau balik." ibu jarinya naik mengusap lembut pipi Laura. "Jangan nangis. Hodoh." pipinya ditampar lembut pula.

"Jangan sentuh saya." Adriel dipandang tajam.

"Aku dah kata, kau hodoh dengan air mata kau tu. Aku tak suka. Hodoh. Tahu tak hodoh. Buruk. Busuk." seloroh Adriel. Sungguh dia tidak suka keadaan Laura sebegini rupa.

"Lepas!" tangannya direntap sekuat hati buat sekian kalinya. Dia terus berlari keluar dari cafe.

Kali ini Adriel tidak menahan Laura. Sebaliknya hanya menghantar susuk tubuh itu pergi sehingga tenggelam bersama lautan manusia.

HEARNE CYRENEWhere stories live. Discover now