39 | Missing

26 5 8
                                    

            Adriel menarik nafas lalu dihembusnya perlahan. Dia berdecit halus sebelum dia melihat objek yang sentiasa berdetik itu. Pipi Laura dielus lembut sebelum ikatannya dileraikan.

Mati? Apa benda tu?

Baginya bom yang telah digunakan ini mudah saja mahu dipadamkan. Itulah salah satu kelebihan yang hanya mereka bertiga ada. Dia seakan ada 9 nyawa sejak dia dijaga rapi oleh Jave.

Soal mengapa dia menghalau Ash pula kerana dia tidak mahu Ash panik di situ dan menyukarkan lagi kerjanya. Ash pun baru setahun menjadi anak didiknya. Dia masih baru lagi dengan dunia ini. Dia hanya mahir menggunakan senjata tajam seperti pisau rembo, kunai, pedang dan lain-lain.

Teknik tembakan pula diterhadkan sebanyak 15 teknik sahaja yang dipelajari dan hanya diguna pakai semasa di dalam latihan sahaja. Mengikut undang-undang, umurnya belum mencukupi had penggunaan senjata api.

Playar kecil yang dibawa yang sentiasa berada dengannya dikeluarkan dari dalam poket.

Hanya mencuri masa 3 minit saja dia sudah dapat menghentikan detikan masa sebelum digital masa pada bom itu terpadam sepenuhnya.

"Argh," Laura memegang kepalanya yang berdenyut. Mata perlahan dibuka sebelum dia disajikan dengan permandangan yang sekelilingnya besi-besi belaka. Jantungnya kembali berdegup kencang tatkala teringat peristiwa sebelum dia tidak sedarkan diri.

"Bonda..." lirihnya dalam ketakutan.

"Laura." panggil Adriel yang berada di tepi.

"Abang Ayish!" pantas tubuh itu didakap erat. Tangisan dihamburkan semahunya di bahu Adriel.

"Abang... adik takut... adik nak balik..." lirih Laura.

Adriel kejung ditempatnya. Seumur hidupnya tidak pernah dipeluk oleh sesiapa. Dada merasakan degupan jantung Laura yang laju. Perlahan tangannya mengusap kekok belakang badan Laura untuk menenangkan si gadis itu.

"Jangan tinggalkan adik lagi, abang Ayish. Adik takut sangat..." luah Laura lagi bersama sedu-sedannya.

Adriel yang tidak tahu mahu membuat apa-apa itu hanya mampu membalas pelukan itu sambil mengusap kepala Laura lembut.

"Shh.. Jangan menangis," bisik Adriel ditelinga Laura sambil mencium kekok pada tepi kepalanya.


Lengannya mengetatkan lagi eratan leher si lelaki bermuka bengis itu sebelum dihentak ke bawah. Lelaki itu rebah tidak sedarkan diri. Darah merecik serata tempat tatkala dia pantas melepaskan tembakan tepat pada dada kiri.

Seorang lagi lelaki berbadan besar datang meluru ke arahnya dari belakang bersama pisau yang ditangan. Seinci sahaja lagi pisau itu akan membenam ke dalam isi daging Joxan, lincah dia mengelak serangan itu kemudian tangan lelaki itu ditarik ke depan.

Bahagian kaki dipengkes lalu dia jatuh tersungkur. Dia mengambil pisau milik lelaki itu yang telah jatuh ke tanah. Kepala dipijak dan kedua tangannya diikat seketat-ketatnya bagi melumpuhkan pergerakan lelaki itu. Dia kemudiannya menghiris lengan lelaki itu secara perlahan untuk melemahkan lagi dia untuk bergerak.

Joxan bangun dari badannya. Pakaiannya yang kotor dikibas sedikit. Dia melihat tubuh-tubuh yang tidak bernyawa bersepah di atas tanah. Hanya seorang saja dia tinggalkan untuk membuat bahan siasatannya sendiri.

Dari orang-orang Craly yang dihantar, mereka dapat tahu sedikit sebanyak tentang perancangan mereka. Selepas dia sudah mendapat apa yang diingini, mereka akan dibunuh seperti mana Zahid atau si mental yang diletupkan di gudang lama.

Butang earpiece ditekan. "Adriel? Karl? Ash?"

Tiada sahutan.

Seperti dia rasakan sesuatu tetapi dia pun tidak tahu apakah ia.

HEARNE CYRENEWhere stories live. Discover now