4 | New?

73 24 18
                                    

    Laura mengikutinya masuk ke dalam pusat membeli-belah yang berhampiran. Dia berlari kecil mendapatkan Nami. Emm maksudnya, berlari kecil untuk jalan saing bersama dia. Eh. Untuk berjalan sebe-

Eee apa-apa jelah!

"Nami, aku- aduh!" belum sempat Laura memulakan bicara dengan Nami, seseorang telah melanggarnya hingga terduduk di atas lantai.

"S-sorry!" katanya. Tapak tangannya disatukan. Badannya sedikit menunduk.

Aduh...

"Tak apa," tanpa berlengah Laura bangun sendiri. Takut dia menjadi perhatian orang yang lalu-lalang.

Nami pusing setelah mendengar jeritan kecilnya dan memandang Laura terkejut.

Laura mengurut bahunya yang sakit. Pijo woi! Aku langgar tiang konkrit ke apa?

"Laura, okey tak? Sini.." Soalnya lalu dia mendapatkan Laura. Dia menggenggam tangan Laura erat. Laura seperti terkena renjatan elektrik tetapi tidak menolak, hanya diam terkaku.

I don't touch a man...

Nami memandang ke arah lelaki itu tajam. Kenapa Laura pula yang meremang? Dia marah ke? Laura ada buat dia marah? Apa Laura buat? Sebab tak pandang kiri kanan ke? Menyusahkan dia ke kena hadap stranger ni?

"Minta maaf sekarang." arahnya.

Lelaki itu terpinga.

"Dia dah minta maaf dah tadi, dah lah jom. Nanti lambat," aku berdalih. Tangannya masih digenggam malah makin erat. Dah kenapa pulak ni? Dosa aku banyak lagi kena tanggung, nak hadap dosa yang sekarang ni pulak. Tolong sesiapa tarik aku. Aku dah mula bayangkan bahang neraka.

"Kau dengar tak?" soalnya dingin.

Lelaki itu memandang Laura.

"I'm so sorry, young lady. But you must say sorry to your God too, cause..." dia melihat genggaman aku dan Nami. "Emm, don't mind. Bye!" dia berlalu pergi begitu sahaja.

Laura pantas melepaskan tautan tangan.

"Maaf," Nami mengusap tengkuknya. Janggal.

"Oh, em ha tak apa," jawab Laura kekok. Baru lepas buat dosa kot, kau expect apa?

"Aku nampak dia nak sentuh kau tadi, tu yang-"

"Takpa, takpa." potong Laura.

Mereka sambung perjalanan ke arah sebuah lot kedai ditingkat 2.

Tempat pakaian lelaki dituju.

"Ni cantik!" komen Laura.

"Ni pun cantik," kata Nami pula sambil menunjuk sehelai t-shirt lengan pendek.

"Tapi ni cantik," kata Laura tak mahu mengalah.

"Ni pun cantik," kata Nami juga.

"Tapi-"

"Beli dua-dua lah kalau macam tu,"

"Nanti Khai pilih, dekat situ kita tahu siapa menang!" cadang Laura.

Nami ketawa kecil sambil membetulkan cermin matanya.

"Nami,"

"Apa?"

"Tepi jap tangan kau." arah Laura tiba-tiba.

Laura mencabut cermin matanya. Dia menggosok matanya dan memandang tepat ke arah Laura.

Satu patah perkataan sahaja dia boleh katakan.

Handsome.

Tak tipu.

HEARNE CYRENEWhere stories live. Discover now