2 | Dayyin

107 30 12
                                    

    Kaki panjang itu melangkah ke ruang tamu. Punggungnya dilabuhkan di atas sofa empuk. Cawan berisi kopi itu diletak di atas meja. Mata tidak lekang dari telefon.

"Woi Jo! Kau dah siram belum pokok bunga tepi pagar tu. Harini turn kau kan," laung Adriel.

"Aku baru duduk kot. Kejap lah..." Joxan masih ralit melihat skrin telefon.

"Kau tengok apa ha? Bak sini," Adriel pantas merampas telefon milik Joxan.

"Kau pahal bingai?! Dah lama hidup ke?" tangannya cuba mencapai telefonnya.

"Pfft kau asal? Minat dengan budak ni?" Adriel melabuhkan punggung di sebelah Joxan.

"Buntut abah mu." Joxan merampas semula telefonnya. Adriel mencebik. "Aku tengah check latest location dia. Kan haritu aku ada suruh Karl rempuh si mental tu. Aku nak tengok last location budak tu dekat tak dengan si mental tu." terang Joxan. Bengang dituduh sebarangan.

"Habis? Si mental tu macam mana sekarang? Teruk?" soalnya. 

"Tak. Kepala dia je berdarah. Syukur, semua elok lagi." jawab Joxan selamba.

"Syukur atok kau. Asal tak bunuh je terus?"

"Kita kena tengok dulu macam mana step diorang. Aku nak kita ikut je rentak diorang." mata hijau itu dikalih memandang tajam perabot almari kayu di hadapannya. Risau berlobang ja kang natang tu.

"Oh so, kau nak-"

"Aku nak kita turun sekali if something gets worse." buku limanya diketatkan. Nafas ditarik sedalam-dalamnya. Kemudian dihembus perlahan.

"Okay, aku on je" seriau tengok abangnya berkeadaan begitu. 

"Dah blah, aku nak tidur!" kakinya dinaikkan di atas sofa lalu menendang si Adriel.

"Kuajoo!" Adriel mengerang kesakitan setelah terjelopok di atas lantai. Punggungnya diusap perahan. Tak lebam, sah bengkak nanti.

Mata dilelapkan seketika. Serabut otak. 

Siapa kau...

"Johnny anak tapir!!! Pergi siram pokok lah gila! Harini turn kau lah bebal!"  jerit Adriel disebelah telinganya. Siapa tah Johnny. Scandal dia agaknya.

"Takyah jerit-jerit boleh tak?" tangannya membaling bantal kecil tepat kena muka Adriel. 

"Sakitlah... Dasar anak tapir tak sunat." Adriel mengusap mukanya yang mula memerah.

"Kalau aku anak tapir, kau pun anak tapir" matanya dikatup semula.

"Mana ada! Kau sorang je sesat. Anak kutip. Anak tapir lagi tu. Tak sunat. Bontot hitam." kutuk Adriel tidak mahu mengalah.

"Kau bukak mulut lagi, aku humban kau dalam kandang Uncle Ginny." kata Joxan dengan matanya masih tertutup. Dia cakap, dia buat.

Kandang Uncle Ginny siapa je tak kenal. Uncle Ginny seorang penternak khinzir yang berjaya di Italy. Cakap saja khinzir apa yang anda mahu. Semua dia ternak.

"Aumm! Rawr! Auuww! Grrr.... Auuuuww..." pelbagai bunyi haiwan yang dibuat-buat oleh Adriel. Kakinya pantas naik ke tingkat atas melarikan diri.

"Bodoh..." katanya sendiri.

Aku penat...

Bertahun aku kerja hanya sebab kau...

Kau...

Siapa?

Monolognya sendiri di dalam hati. Soalannya dibiar sepi. Lama kelamaan kantuk mula menerjah. Akhirnya dia terlena di atas sofa.

HEARNE CYRENEWhere stories live. Discover now