Sewaktu dia pergi ke belakang kontena lama itu, tentu sahaja dia memeriksa jikalau terdapat sebarang kecurigaan.

Entah mengapa hatinya ingin masuk ke dalam lagi hutan itu. Tahu-tahu saja dia sudah berjalan sejauh 400 meter tanpa sedar. Dan di situlah dia diserang secara tiba-tiba.

Kini, dia penat sendirian setelah menjatuhkan sebanyak 20 orang lelaki berbadan besar seorang diri.

Lelaki yang sudah diikat itu dipandang sebelum dia bersuara,

"Aku tahu kau boleh berkomunikasi banyak bahasa," kata Joxan mendatar.

Lelaki itu tidak menjawab.

Pemicu pistol ditarik dan muncungnya diletak di dahi lelaki itu.

"Ya," jawabnya pantas.

"Kau orang Craly?"

Dia menggeleng.

"Jawab betul-betul." pistolnya ditekan lagi pada dahi lelaki itu.

"Kawan kau sendiri."

Apa? Kawan? Siapa kawannya?

"Kau jangan nak main-main dengan aku. Dekat sini jugak otak kau berkecai nanti."

Lelaki itu tersengih. "Kawan sendiri tikam belakang pun tak sedar lagi?" soalnya dengan nada sarkarstik.

Bangg!

Satu das tembakan dilepaskan ke udara. Muncung pistol kembali diletak di tempat yang sama.

"Aku tanya lagi sekali, siapa hantar korang?"

"Aku."

Pantas dia menoleh ke belakang. Seorang lelaki yang amat dikenalinya berdiri elok dengan wajah riak banggganya.

Bang!

Darah milik lelaki upahan itu merecik ke baju T putih yang dipakainya begitu juga lelaki yang baru saja membuat pengakuan tadi.

Dia telah mengubah fikiran, dia tidak memerlukan lagi lelaki upahan yang diikatnya tadi.

"Karl?"

Dia tersenyum tatkala namanya disebut. "Ya saya." jawabnya.

"Kau buat apa, sial?" soal Joxan dengan kerutan seribu pada dahinya.

"Buat bodoh." jawab Karl lalu tersenyum menyeringai.

Joxan berang melihat baju yang dipakainya habis terlekat hampas jus carrot yang dikisar oleh Karl.

Karl pantas berlari ke arah Joxan. Baju miliknya dijirus dengan air bagi menghilangkan kotoran pada baju itu. Habis basah Joxan dengan jirusan itu.

"Kau buat apa ni sial!"

"Buat anak. Kalau buat bodoh memang sudah  benak dari kecik." jawabnya selamba.

Pemicu pistolnya ditarik lalu dia melepaskan sedas tembakan pada bahu Karl.

Bang!

"Kau bukan dia lah sial." katanya dan sedas lagi dilepaskan pada bahu kirinya pula.

Bang!

Karl mengerang kesakitan.

"Sakitlah celaka."

"Aku tak tanya pun." kata Joxan lagi lalu sedas lagi diberikan pada kaki Karl.

Bang!

"Karl akan kata dia buat anak instead of buat bodoh. Ayat tu tak valid untuk dia."

HEARNE CYRENEWhere stories live. Discover now