"Adik buat apa ni?" dia datang dekat dengan Laura.

Laura tidak menjawab, sebaliknya diam tidak bersuara.

"Sampai hati adik tengok movie tapi tak ajak abang Ayish. Nak merajuk dengan adiklah macam ni. Adik tak kesah pasal abang pun. Adik-"

"Please stop call me 'adik'. I'm not your adik."

Berkerut dahi Qayish. Salah dengarkah?

"Repeat what you said." kata Qayish tegang, tidak seperti di awal tadi.

"I'm not your adik."

"Siapa cakap?"

"Takdir yang beritahu."

"Kalau Laura bukan adik abang, habis yang sebelum ni tu siapa? Saka?" geram cuba ditahannya.

Laura menjeling Qayish yang disampingnya itu.

"Give me a hug now as an apology," Qayish mendepa tangannya.

"No." Laura bangun dari duduknya kemudian dia mengambil semula kaset dan CD itu yang di atas meja. Tidak sempat dia untuk melihat semua rakaman itu. Mungkin dia hanya melihat di biliknya sahaja.

Qayish hanya melihat tingkah laku Laura.

"What is it?"

"Jangan sibuk."

Sabarnya sudah tahap maksimun. Dia turut bangun dan menuju ke arah Laura.

"Sejak bila abang ada adik kurang ajar macam ni?" tangannya menggenggam lengan Laura.

"Lepaslah! Adik perempuan abang yang dulu tu dah mati!"

Jeda.

Buat pertama kalinya dia meninggi suaranya begitu.

"Apa masalah adik sampai nak tinggi suara macam tu?"

"Banyak masalah adik. Dah tahu kenapa tanya lagi? Ke nak adik list kan semua masalah adik? Atau abang saja nak buat adik meroyan lagi?"

"Parents kita tak ajar tau adik cakap macam ni."

"Abang Ayish tolong lah, lepas. Adik penat."

"No."

"Lepas..."

"Please stop berpura-pura jadi orang lain. This is not you."

"This is me. A new me."

"Tak kesian dekat bonda dengan daddy ke, hm?"

Iris matanya menikam lembut anak mata Laura.

"Kalau Laura rasa tak mampu, kenapa Allah bagi ujian ni pada Laura. Sebab Laura mampulah Allah bagi ujian ni. Kehilangan itu memang menyakitkan, tetapi Allah pasti akan gantikan dengan yang lebih baik dan bermakna. Semua ini ada asbab yang tertentu di mana kita sendiri tak tahu pada mulanya." katanya lembut.

"Kami semua ada dengan adik. Pernah ke adik rasa keseorangan bila adik ditimpa ujian?"

Perlahan air matanya jatuh. "Adik penat..."

"Allah tarik parents kandung adik, Dia gantikan dengan family ni."

Laura menunduk kepalanya.

"Hug?"

Dia mengangkat kepalanya dan terus mendakap tubuh Qayish erat. Entah berapa kali dia berkeadaan begini.

✵ ✵ ✵

    Nyaman udara tidak senyaman hatinya yang sudah sebati bersama kejahatan dan dendam yang lama disimpan. Wine merah ditangannya disua ke mulut dan diteguk rakus sehingga habis.

HEARNE CYRENEWhere stories live. Discover now