Usai selesai, Qash membawa aku ke meja lain pula. Rata-rata semuanya lebih kenal Qash. Qash juga yang memulakan perbualan. Barulah nampak banyak juga Qash bercakap dengan tetamu.

Mesti orang ingat aku ni pendiam. Tak  peramah. Tak bergaul dengan orang.

Otak semakin fikir negatif tatkala bekas cikgu-cikgu sekolah aku memanggil Qash. Tersekat sekejap nafas di kerongkong.

Tak apa Ariana. Qash ada. Jangan risau, jangan panik.

Qash menoleh ke arah aku. Aku sedaya upaya menguntum senyum. Qash pula senyum. Senyum pemberi semangat untuk aku.

Kami sampai sama-sama di meja mereka. Ada yang terkejut dan ada yang melopongkan mulut.

"Eh, Ariana. Lamanya tak jumpa."

Aku gelak dalam hati. Ramah yang dibuat-buat.

"Ariana buat apa kat sini? Mana isteri kau Qash?"

Aku dan Qash gelak. Entah kenapa lawak melihat telatah mereka. Qash mengangkat tangan yang digenggam bersama tangan aku.

Mereka mengetap bibir. Tak sangka yang aku ialah isteri Qash. Qash taj beritahu mereka ke?

"Tahniah Qash, tahniah Ariana."

"Diam-diam je ea jat sekolah." Kata Teacher Sarah dengan senyum sinisnya. Aku tahu dia akan mrnganggap aku yang menggatal dengan Qash sewaktu di sekolah dahulu.

"Ariana sihat?" Giliran Cikgu Aini pula menyoal.

Aku hanya mengangguk.

Tiba-tiba suasana menjadi sepi. Masing terarah ke hadapan. Aku juga berpaling.

Papa. Tangan sebelah aku memegang lengan tangan Qash.

Papa berhenti sekejap memandag aku kemudian teralih ke sebelah ke bekas cikgu-cikgu sekolah aku.

Mereka semua diam. Tanpa cakap apa-apa terus papa melangkah pergi. Terasa bergetar lutut aku. Semua perasan kenapa papa langsung tak bercakap dengan aku.

*******************

Aku mengeluh perlahan. Papa datang tadi langsung tak bercakap dengan aku. Hanya bercakap dengan Qash dan juga orang lain. Kecuali aku. Matanya memandang sekejap sahaja.

Tak sempat aku nak tanya apa-apa. Sihat ke? Mama pun sihat ke?

Aku duduk di kerusi di ruang tengah. Masing-masing sibuk ke sini ke sana. Aku hanya duduk diam.

Rindunya aku dengan mama, Danielle dan Rayyan semakin menggunung. Tak lupa juga Uncle Khai dan Aunty Sofia. Bsru sahaja seminggu keluar rumah, aku dah rindu sangat-sangat.

"Sayang."

Aku berpaling mengangkat kepala. Qash memegang melarikan tangannya di bahu aku kemudian dia duduk di sebelah.

"Ariana okey?"

Aku menguntum senyum. Perlahan kepala aku mengangguk. Qash diam merenung aku. Mukanya berubah risau.

"Ariana tak okey."

"Ariana okey lah." Aku menggosok tangannya di bawah.

"Apa sweet depan orang ramai ni?"

Aku dan Qash serentak menoleh memandang Hajar. Hajar mengangkat keningnya berkali-kali dengan senyuman gatalnya. Mula dah Hajar nak mengusik. Susah juga kawan sendiri jadi sepupu ipar.

"Mak long suruh Abang Qash dengan Ariana makan dulu. Kebulur nanti kesian."

"Kau tak makan sekali?" Soal aku.

"Penat dah makan banyak kali. Tinggal nak ambil kek je hehehehe."

Aku gelak pelahan. Hajar duduk di hadalan kami kemudian matanya menghala ke arah Qash.

"Ariana nak tahu tak, dulu kan, waktu sekolah kan-"

"Hajar. Diam." Qash memotong percakapannya.

Hajar gelak sakan. Aku pandang mereka silih ganti. Perasan dengan telinga Qash berubah kemerahan. Erk, Qash malu sebab apa pula ni?

"Kenapa?" Aku menyoal.

"Tak nak beritahu. Tanya Abang Qash  sendiri." Hajar menjelirkan lidah lalu terus meninggalkan aku berdua bersama Qash.

Kepala aku berpaling ke sisi. Qash masih diam sambil tangannya mencedok nasi dan lauk.

"Hajar cakap pasal apa?"

"Tiada apa-apa. Hajar saje je tu."

Ternaik kening aku.

"Ye ke ni? Pasal abang suka Ariana dah lama tu ke?"

Tangannya terhenti menuang air. Dia pura-pura batuk.

"Makan Ariana."

Aku gelak. Kenapalah topik itu membuatkan Qash malu? Sejak bila agaknya dia mula suka aku.

...........................

Ariana Iris | COMPLETEDWhere stories live. Discover now