Susah-susah je dia ni.

"Oh, kat bilik kerja abang. Abang beli meja besar sikit untuk Ariana buat kerja kat meja tu sebelah abang."

Ya Allah. Dia beli? Aku ingat tu memang dah lama. Nak tanya, dia dah beli. Takkan benda tu nak pulangkan.

Aku mendekati Qash dan menariknya duduk di birai katil. Qash seperti terkejut dengan tindakan berani aku. Selalu Qash yang akan buat begitu dulu.

Aku berdiri menghadap Qash yabg sedang duduk di birai katil. Kepala aku menunduk manakala kepala Qash mendongak sedikit. Aku baru nak lepaskan pegangan, malah Qash pula yang menguatkan pegangan tangan.

"Abang." panggil aku.

Mata Qash merenung anak mata aku.

"Lepas ni jangan beli apa-apa untuk Ariana dah. Semua yang ada ni dah lebih dari cukup. Memang lengkap semuanya."

"Tapi abang nak buat Ariana lebih selesa."

Aku menguntum senyum.

"Dah selesa dah ni." Tangan aku naik mengusap rambutnya.

Aku tak nak Qash menggunakan duitnya membeli barang yang sudah ada. Barang lain pun masih nampak baru. Boleh digunakan lagi.

"Jom abang tolong Ariana kemas."

Aku mengangguk perlahan.

*************

Bagusnya Qash ni lagi, ada barang basah dalam peti ais. Boleh aku memasak.

Pada awalnya Qash menghalang. Penat aku bertegas. Akhir sekali, Qash mengalah. Dan dia pula nak tolong aku, banyak kali juga aku cakap tak perlu.

Dan, aku menang. Aku memegang badannya dan membawa dia ke ruang tamu. Aku menyuruhnya duduk. Rambut aku yang dilepaskan tadi aku ikat tinggi.

Qash memandang aku.

"Abang bukalah hadiah tu."

"Tapi abang nak buka dengan Ariana. Kita buka sama-sama." Qash memegang tangan aku.

Aku menghembus nafas sekali dan senyum.

"Jadi, abang duduk sini diam-diam. Lepas dah siap nanti Ariana panggil."

"Baik." Qash memuncungkan mulut. Aku gelak perlahan. Comel.

Aku melangkah semula ke dapur. Aku masak biasa-biasa sahaja. Ayam goreng dan sayur bening. Aku tidak pakar mana tapi selalu juga aku tolong Aunty Sofia di dapur. Kalau bukan Aunty Sofia, aku akan tolong mama. Rumah pun tak ramai orang. Untuk elakkan sunyi, aku buang masa sahaja di dapur.

Bila aku nak ke peti ais, aku mengintai juga ke ruang tamu. Qash masih ada disana dengan buku di tangan.

Qash memang suka membaca. Itu yang buatnya kagum.

Aku gaul ayam dengan tepung dan serbuk kunyit di tangan. Tangan masih ada lagi dengan inai. Masih jelas nampak.

Terdengar kerusi ditarik, aku menoleh belakang.

Qash senyum kat aku kejap lalu dia duduk.

"Kenapa abang baca buku kat sini?"

"Abang nak teman Ariana." Qash menjawab sambil senyum.

Aku tak sampai hati pula nak menghalau. Banyak kali dah aku kata jangan, takkan nak menghalau dia lagi. Ini rumah dia, suka hatilah dia nak buat apa pun Ariana.

Sambil aku memasak, aku menghidangkan air untuk Qash. Fakta yang aku dapat adalah Qash tak suka yang manis-manis. Kopi memang kegemarannya. Waktu di rumah aku, selalu juga aku nampak dia minum kopi. Aku pula yang seram tengok warna kopi pekat macam tu.

Gelas dipegang dan aku ingin memberikan kepadanya. Aku datang dari belakang.

Mungkin Qash tidak perasan, dia meregangkan tangannya sehingga tangannya terkena gelas di tangan aku. Menyebabkan air kopi panas tertumpah sedikit kena pada tangan aku.

"Auch."

Qash cepat-cepat menoleh.

"Astaghfirullah Ariana."

Buku di tangannya tadi diletakkan secara kasar di atas meja. Qash bangun mendekati aku mengambil gelas.

Tanpa cakap apa-apa, Qash terus menarik aku pergi ke singki. Air paip dibuka lalu air dilalukan di tangan aku.

"Abang tak sengaja. Abang minta maaf."

Aku senyum.

Sambil air lalu di tangan aku, tangan Qash mengusap juga tangan aku.

"Abang minta maaf sangat-sangat. Abang tak nampak Ariana."

Aku tahan gelak. Qash seperti gelabah sekarang ni.

"Kita.. Kita pergi klinik nak? Hospital ke? Abang minta maaf sangat-sangat."

"Abang." panggil aku. Tangan sebelah menutup air dan memegang tangan sasanya. Dah basah semua tangan aku dan Qash.

Aku lap tangan aku di baju aku. Tiada masa nak cari kain lap sekarang ni.

"Tak apa. Sikit je ni. Lepas letak minyak gamat, eloklah nanti."

Setakat kena air panas apalah sangat untuk aku. Selama ni kena libas, kena rotan, kena pukul, kena kurung dengan papa sendiri. Air panas sahaja, memang aku tak kisah.

"Tapi sayang kena air panas. Abang.. abang tak tahu. Salah abang. Abang minta maaf."

Ini dah masuk kali ke berapa dah dia meminta maaf. Aku pula yang serba salah. Kepala Qash menunduk memandang tangan aku. Tangan Qash masih lagi meramas tangan aku.

Aku beranikan diri. Tangan naik mengusap rambutnya. Terpaksa aku menjingkit sedikit.

"Abang, ini air panas je bang. Boleh baik. Sikit je."

"Abang sapukan mintak untuk Ariana ya?"

Aku senyum lalu mengangguk.

Cuma sakit sikit je tadi dan tengok Qash begini, sakit hilang serta-merta. Sungguh aku tak sangka dia meminta maaf sampai macam tu sekali. Dia punya serba salah tu sungguh menebal. Aku pun tak tahu nak buat apa.

Kenapa Qash kahwin dengan aku?

..............................

CUMA NAK CAKAP SNOWDROP DAH HABIS HMMMMM DAH DIAM SEMUAAA SAYA MURUNG HABISSS PENAT ADYIK KELUAR AIR MATA JE HMMMMMMM PENAT AHHHH
DASARRR ENDING BEGITUU HAAAIHHHHHHH

HAAA EBOOK SIR AARON EIDLAN SABO JAAPPPPP MASIH DALAM PROSESS SABAR TAUUU SABARRRRRR


Ariana Iris | COMPLETEDTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang