Kenapa.... Kenapa.....

Memang papa betul-betul jual aku. Papa benci aku.

"Ariana, jom." Qash memanggil.

Perlahan kaki aku melangkah mendekati keretanya. Kaki aku mula berat untuk meninggalkan rumah ini. Kepala menoleh ke arah mereka. Papa terus masuk ke dalam rumah.

Betul ke ini kali terakhir?

***************

Mata aku meliar ke luar tingkap. Bukan pokok-pokok menarik perhatian aku sebenarnya. Tapi nak mengelakkan Qash perasan yabg aku menangis.

Aku tidaklah menangis teresak-esak sekarang ni. Sekadar menagis biasa. Ayat papa sebelum dia pergi tadi terngiang-ngiang dalam kepala. Itu kali terakhir aku tinggal disitu. Papa buang aku.

Tiba-tiba kereta diberhentikan di tepi jalan. Telinga menangkap brek tangan ditarik. Aku tak berani nak menoleh memandang Qash.

"Sayang."  Suara lembutnya memasuki gegendang telinga aku.

Tangan besarnya memegang pipi aku.

"Don't cry."

Aku mengalah. Qash memang tahu aku menangis. Lambat-lambat aku berpaling, tapi tidak memandangnya.

Dia memegang kedua-dua belah pipi aku lalu ibu jarinya menyeka air mata aku.

"Ariana nak abang patah balik ke? Nak duduk rumah sayang terus?"

Aku mengangkat kepala. Qash tak tahu apa yang papa cakap kat aku tadi. Seriuslah dia  nak patah balik. Nak duduk rumah aku terus?

Nak patah balik, dah jauh. Nak duduk kat rumah tu terus, mustahil. Papa dah menghalau aku.

Aku menggeleng perlahan. Aku memegang tangannya yang berada di pipi aku. Aku tahu Qash mungkin tak selesa berada di rumah tu. Orang pun selalu cakap, lebih baik kalau dah berkahwin jangan tinggal dengan mentua.

Perlukan privasi.

Tapi bila Qash tanya macam tu seperti dia tidak kisah. Aku yang kisah sebab dia ingin membawa aku ke rumahnya. Rumah sendirinya.

"Kalau Ariana rindu mama, beritahu abang je okey? Setiap hari abang sanggup bawa Ariana pergi jumpa mama."

Aku gelak halus. Kemudian aku angguk. Dia senyum dengan respon aku. Qash mencuit perlahan hujung hidung aku sebelum memandu kereta semula.

Tangan sebelahnya memegang stereng, manakal tangan sebelahnya lagi genggam tangan aku. Aku membiarkan.

Kalaulah Qash tahu yang papa tak benarkan aku jejak kaki di rumah itu lagi, apalah agaknya Qash akan buat.

"Sebelum kita pergi rumah kita, sayang nak pergi pantai?"  Soal Qash.

Pantai? Dah lama juga tak pergi.

"Nak."

"Alright."

Minyak ditekan. Nampak muka  cerianya Qash sambil memandu. Aku gelak dalam hati.

Selepas beberapa minit, kami pun sampai. Pantai yang pernah aku pergi bersama Rayyan dan Danielle dahulu. Aku keluar daripada kereta. Pintu kereta ditutup perlahan.

Kedengaran bunyi ombak dan angin sepoi-sepoi. Tenang.

Qash mendekati aku lalu memegang tangan aku. Dia genggam tangan aku lembut. Aku terkejut sekejap sebab secara tiba-tiba. Aku cuba nak biasakan diri dengan tindakan Qash. Qash lebih beraksi daripada bercakap.

Pertuturan lembut. Tindakannya juga lembut. Kadang tak terjangka langsung apa yang dibuatnya.

Aku berjalan disisi Qash. Mengikuti kemana sahaja suamiku pergi. Genggaman masih belum dilepaskan. Sampai sahaja di tangga, dia menyuruh aku duduk. Waktu petang begini, memang ramai orang. Riuh suasana depan pantai.

"Ariana tak nak jalan kat situ?" Qash menyaol sambil tangannya tunjuk ke arah pantai.

Aku menggeleng perlahan. Sebab ramai orang sangat. Aku jadi kurang selesa.

Kami diam. Masing-masing memandang pantai. Tengok suasana begini buat aku terlupa mengenai hal papa.

Semua akan baik-baik je.

Aku menjeling ke arah Qash. Dia juga menikmati suasana begini. Teringat disini juga pernah Qash selamatkan muka aku daripada kena bola. Qash yang entah muncul dari mana. Mengingatkan mengenai itu aku senyum sendiri.

"Danielle said that Ariana wants further study."

Aku menoleh. Ah, sebelum pergi tadi Danielle ada cakap. Hati aku ragu-ragu.

"Abang kalau tak izinkan-"

Qash menggeleng. Dia semakin menguatkan genggamannya.

"Abang izinkan sayang. It's your dream. Kenapa abang nak halang Ariana daripada buat baik?" Kata Qash lembut.

"Tapi..." Tapi macam mana dengan kerja-kerja rumah? Bukan ke itu tugas aku nanti?

Bukan ke orang selalu cakap, belajar tinggi-tinggi, masuk dapur juga.

"I will always support you. You have your own choice. Abang tak nak halang."

Aku diam memandangnya.

"Bila abang tengok Ariana study kat bilik kaunseling, that's made me realize. This girl really smart student. She has a dream. She can fly high." Qash tepuk kepala aku beberapa kali dengan perlahan. Dia menguntum senyum.

Pat head.

Di pangkal hati, terbit dengan persoalan dalam diri aku. Betul ke aku ada impian aku sendiri? Betul ke aku boleh pergi jauh? Qash tahu ke aku buat semua ni dulu disebabkan papa sendiri. Qash tahu ke aku dijual?

Paling aku tertanya-tanya.

Kenapa Qash kahwin dengan aku?




Ariana Iris | COMPLETEDTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang