"Kau orang masuk dahulu. Nanti aku menyusul. Ada hal yang perlu aku selesaikan dulu." Tegas lelaki itu berkata.

"Baik tuan!" Beberapa orang lelaki bersut hitam berlalu masuk. Mungkin bodyguard. Pasti orang kenamaan lelaki kacak ini. Bukan calang-calang!

Hans?

Memang betullah pelanduk dua serupa!

Kuatlah wahai hati! Dia dah lama pergi!

Lelaki ini bukan dia!

"M...maafkan saya, encik. Encik sama seperti bekas kekasih saya yang dah tiada. S..saya pergi dulu!"

Laura membetulkan rambut coklatnya yang kusut sedikit sebelum memusing tubuh. Dia perlu segera beredar dari dewan yang gah itu.

Hatinya hancur jika dia berlama di situ. Dia sedikit terkilan apabila mengetahui identiti sebenar lelaki itu. Apa lagi yang kau harapkan Laura?

Kekasih kau sudah mati!

Terimalah kenyataan!

"Sampai hati kau ya, baby girl? Baru berpisah dua tahun, dah lupa pada aku?"

Dia terpempan apabila tubuh kecilnya ditarik ke dalam pelukan sasa itu. Dia tidak sempat mengelak dan hanya terhenyak tanpa suara di dada bidang itu.

Jantung lelaki itu sangat kencang. Lelaki ini sepertinyakah? Merindui orang yang sudah tiada?

"Tak apalah kalau kau sudah lupakan aku, baby girl. Sesaat pun aku tak pernah lupakan kau, sayang. Jantung ini berdegup hanya untuk kau." Rintih lelaki itu perlahan. Tangan kecil gadis itu diletakkan atas dadanya.

Mungkin sudah lama lelaki ini memendam rindu?

Alamak! Seksi pulak suara husky itu!

Takkan sudah tergoda, Laura?

Ehem, tak..tak..

'Cinta aku hanya untuk Venus. Hanya dia sahaja sampai aku menutup mata'

"Thanks sayang. Me too."

Wait! Aku terlepas cakap ke? Malunya!

Lelaki itu mencium tangannya berkali-kali. Mata kelabu itu kelihatan merah. Dia...menangis?

"Maafkan saya, tuan. Saya rasa tuan dah salah orang?" Dia mendongak dan menatap wajah kacak itu. Bagai nak tercabut tangkai jantungnya apabila bersabung mata dengan lelaki itu.

Ibu, tolong Laura! Ada lembaga hensem goda anakmu!

Tolong ibu!

Baik dia pergi sebelum jadi benda pelik-pelik! Nafasnya dihela perlahan. Dia mesti mengawal diri. Lelaki itu bukan Venus! Bukan!

Tapi mengapa hatinya mengatakan...

"Hans! Mengapa kamu ada kat luar? Mari masuk. Majlis sudah mula!" Tegur seorang lelaki separuh abad yang juga bersut lengkap.

Dia tersentak sebelum menjauhkan diri apabila lelaki itu melonggarkan pelukan.
Malunya! Lelaki ni pun satu! Bini dia lari agaknya!

Macam orang sasau saja!

"Sekejap ya uncle! Saya nak settle something dulu. Nanti saya masuk." Lelaki itu mengoyak senyuman.

Laura terpana. Takkan lesung pipit pun sama? Pendek kata lelaki di hadapannya ini 100% sama seperti Venus. Macam kembar!

"Bawa masuk isteri kamu sekali,ya! Jangan tinggal pulak!" Lelaki berambut putih tersengih mengusik sebelum berlalu masuk ke dalam dewan.

Laura menelan air liur pahit. Sudah, kini di lounge itu hanya ada mereka berdua. Mungkin dia patut minta izin untuk beredar?

Tapi...

Tangannya masih digenggam oleh tangan lelaki itu. Erat seperti tak mahu lepas!

Huaaa, ibu tolongg! Ada lelaki gila kat sini!

"Venus, mengapa tak bawa isteri kamu masuk? Sejuk kat luar ni!" Tegur satu suara.

Mata gadis itu membulat. Drastik wajahnya berubah. Dia berlari  menghampiri gerangan yang menegur tadi.

"A..apa kau panggil dia?"

Gadis memakai dress kuning cair menggeleng sambil mencekak pinggang.

" Kau pergi mana, Laura? Penat aku, ibu dan papa cari kau!" Mata Arissa mencerlung memandang wajah sahabatnya yang terlopong.

"Aku...aku.."

"Sudahlah, kita bincang nanti. Vens, bawak isteri kau ke dalam. Majlis dah mula tu!"

"Rissa! Kejap, apa dah jadi ni? Kenapa..."

Belum sempat dia menghabiskan ayat, bayang gadis itu sudah hilang ke dalam dewan.

Haih laju sungguh!

"Its okay baby girl. Aku tahu kau masih terkejut. Nanti aku terangkan ya. Sekarang mari kita ke dalam. Ramai orang tunggu tu!"

Tangan kecilnya digenggam erat sebelum ditarik lembut menuju ke dalam dewan. Dia masih lagi bingung hanya mengikut lelaki itu tanpa banyak soal.

Siapa sebenarnya lelaki kacak ini? Persoalan yang berselirat dalam kepala disimpan dahulu. Pasti ada waktu yang sesuai untuk merungkaikan semua.

P/s: korang nak sambungan ke? Kalu nak, vote ya! Kalau tak, Author stop sampai sini je..Mesti semua dah tahu kan, siapa Hans? Ehek. Cerita akan disambung kalau ramai vote chapter ni!

Lagenda Kerajaan Reutus Where stories live. Discover now