Aku menghembus nafas perlahan sekali lagi. Tangan aku baru nak mencabut peniti di kepala, tiba-tiba ada tangan lain yang memegang bahu. Ternaik bahu aku dek terkejut.

"Allahu. Sorry abang buat Ariana terkejut." Cikgu Qash terus melutut dihadapan aku sekelip mata.

Aku terkebil-kebil memandangnya. Sejak bila Cikgu Qash masuk bilik aku pun aku tak perasan. Cikgu Qash masih lagi dengan pakaian pengantinnya sama seperti aku. Tetapi sudah tiada samping dan songkok di kepalanya.

Aku hanya senyum. "Tak apa. Sorry saya tak perasan bila Cikgu Qash masuk." 

Cikgu Qash gelak kecil. Bersambung kening aku. Aku salah cakap ke? Aku ingat balik apa yang aku cakap tadi.

Aaahhhh, aku panggil dia Cikgu Qash. 

Cikgu Qash mengusap perlahan pipi aku sekali lalu dia bangun. 

"Ariana boleh solat?" soal Cikgu Qash sambil tangannya mencabut peniti daripada tudung selendang di kepala aku.

Aku mengangguk perlahan. Jantung aku berdegup laju. Cikgu Qash dekat sangat dengan aku. Muka aku dekat sangat dengan badannya. Mata aku perasan dengan peluh di baju Melayunya. Siapa je tak berpeluh. Lama-lama pakai macam ni. Peluh, peluh Cikgu Qash pun, bau colognenya masih lagi berbau kuat. 

Senyap. Bilik hanya dipenuhi dengan bunyi pendingin hawa serta bunyi peniti yang diletakkan di atas meja selepas dicabut oleh Cikgu Qash.

Kenapa aku biarkan Cikgu Qash buat benda ni? 

"Cikgu...Cikgu mandi lah dulu. Saya boleh buat sendiri." Tangan aku sudah naik di kepala aku sendiri.

"It's okay. Kesian Ariana penat." Cikgu Qash memegang lembut tangan aku.

Haih, jantung. Ni kalau sunyi sepi, aku yakin Cikgu Qash boleh dengar bunyi degupan jantung aku.

Aku tak penat. Aku cuma...Berdebar. Dan takut. Dia yang bukakan tudung untuk aku dan ini kali pertama..... Argh, yang penting aku takut!

Dalam beberapa minit, akhirnya selesai. Nampak susah jugalah Cikgu Qash cabut peniti tadi. Aku ingat Cikgu Qash siap sedia nak ke bilik air. Sedia untuk solat maghrib. Sebaliknya dia duduk di sebelah aku. Meja solek di bilik aku ada dua kerusi. Dah kenapa ada dua kerusi? Padahal selama ni aku duduk sorang je dalam bilik ni.

Dengan ekor mata aku nampak mata Cikgu Qash masih memerhatikan aku. Aku cuba untuk abaikan. Kawal pipi yang sudah membahang. Cikgu Qash membuka jam tangannya lalu diletakkan di atas meja. Aku masih membuka tudung. Tinggal kerongsang di leher. 

Aku tanggalkan lalu meletakkan tudung serta anak tudung di kerusi belakang aku. Leher dan rambut aku sudah terdedah. Sejuk sampai ke tulang. Aku tahu Cikgu Qash masih lagi memerhatikan aku. Tapi tidak pula aku menghalang atau suruh dia pergi. Tapi kenapa dia tengokkan aku? Aku malu!

Aku mengambil kapas muka dan micellar water. 

Sekali lagi tiba-tiba Cikgu Qash menarik kaki kerusi yang aku duduk. Aku terkejut. Lutut aku berada di antaranya. Tak cakap apa-apa, Cikgu Qash mengambil kapas muka dan micellar water tadi di tangan aku. 

Aku melihat pergerakannya. Sebelum dia menolong lap make up di muka aku, sempat mata kami bertentangan. Dia senyum. 

"Close your eyes. Takut pedih."

Aku turuti.

Lembut sahaja tangannya buat kerja. 

"Macam mana Cikgu Qash tahu benda ni?" Soal aku.

Telinga menangkap gelak halusnya.

"Man can't know this?"  Cikgu Qash menyoal aku semula.

Aku pula gelak. 

"Bukan. This is my first time jumpa lelaki yang buat ni. Curious.

Diam. Mungkin juga Cikgu Qash senyum seperti biasa lepas dengar jawapan daripada mulut aku. 

Semakin lembut tangannya. Sekejap dia lap, sekejap dia mengusap. Terbuai sekejap. 

"I will not force anything if you want to something Ariana." Cikgu Qash bersuara.

Lambat-lambat aku membuka mata. Dia merenung anak mata aku dalam.

"You can make your own choice."  Tangannya turun mengusap pipi kanan aku.

"If you like something, do tell me. If you don't like, tell me too." Dia menyelitkan rambut aku ke belakang telinga.

"If you have problem, please don't hide. Tapi abang tak paksa Ariana." Cikgu Qash senyum.

Aku mengangguk dengan kata-katanya. Tak tahu nak cakap apa. 

"Nak masuk maghrib dah. Jom solat sama-sama." Cikgu Qash mencuit hujung hidung aku lalu bangun. 

Aku pandang muka aku di cermin. Okey ni memang kali pertama aku lelaki yang lap make up untuk aku dan wow. Bersih. Kapas-kapas muka yang dah digunakan tadi pun Cikgu Qash dah buang dalam tong sampah kecil. 

Bersih dan muka aku merah. Pipi membahang.

Terdetik di hujung hati. Kalau aku rasa macam ni, Cikgu Qash pun rasa macam ni ke? Atau dia buat semua hanya terpaksa?


.......................................

OKEY NI TAKDE KENA MENGENA TAPI BAIK ENGGKORANGG SEMUAA DENGAR LAGU JAMIE MILLER WISHES TUUUU OST SNOWDROP TUUUU SEKARANGGGG HAAIHHHH SEDIH DIA TUU HAIHH MALEH AAHHHHHHHHH 

AMEK NI FOLLOWWW

Instagram: ayaroseeeee
Twitter: ayaroseeeee
TikTok: ayarose970

Ariana Iris | COMPLETEDWhere stories live. Discover now