Beza sangat dirinya.

Jangan Ariana. Jangan bezakan diri kau dengan Cikgu Qash. Jangan buat macam tu. 

Aku memasukkan tangan aku di kocek baju. Terus aku berhenti melangkah.

"Hoodie cikgu." kata aku. Lama sangat aku pinjam hoodie Cikgu Qash. Sampai aku asyik terlupa nak pulangkan. Macam dah buat harta sendiri pula. 

Cikgu Qash memandang hoodienya yang disarung di badan aku. Dia berhenti di mata aku. Tepat. Matanya yang lunak. Kemudian dia berpaling ke hadapan. 

"Takkan Ariana nak bagi sekarang?" Cikgu Qash menyoal.

Aku batuk perlahan. Aku memakai baju lengan pendek. Takkan aku nak bagi macam tu je?

"Bila-bila nanti saya bagi. Mungkin hari ni. Tapi saya kena basuh dulu. Kalau tak hari ni, esok mungkin?"

Cikgu Qash gelak. Tangannya masih diletakkan di belakang. "Up to you Ariana. Saya tak kisah. Kalau Ariana tak pulangkan pun tak apa." 

Aku berkerut. Tak pulangkan pun, tak apa? Tapi.... Ni bukan aku punya. Takkan aku nak simpan macam tu je? 

"Don't make that face Ariana." 

Aku berpaling. Cikgu Qash memusingkan badan menghadap aku. Semakin berkerut dahi aku.

"What face?"  aku menyoal dia. Terkebil-kebil mata memandang dia. Tidak lupa juga kepala aku yang terpaksa dongak. Tinggi sangat.

Tiba-tiba Cikgu Qash menundukkan badannya sedikit. Kepalanya sama paras dengan aku. Aku membelakangkan kepala. Terkejut dengan tindakan Cikgu Qash yang secara tibe-tiba.

"That face." 

Macam mana? Ah, patutnya aku bawa je cermin. Muka macam mana? Manalah aku nampak! 

Sedar dengan Cikgu Qash yang masih memerhatikan aku, aku berdehem. Pipi berona merah. 

"Aaa... errr... Nak masuk Subuh! Terima kasih jalan-jalan dengan saya. Bye!"

Laju aku memusingkan badan dan melangkah laju meninggalkan Cikgu Qash. Jantung berdegup laju. Oh, Tuhan. Perasaan apakah ini? 

****************

"Banyak kau makan." aku tegur Hajar.

Hajar sengih memandang aku. 

"Sarapannya sedap sangat." 

Aku ketawa. Orang sarapan ringan-ringan. Hajar bukan main makan macam untuk lunch. Tapi aku tak kisah. Asalkan Hajar gembira. Takkan aku nak halang Hajar makan? 

"Sebelum Subuh tadi kau jalan-jalan kat pantai ke?" 

Aku hampir tercekik. Aku mengawal muka. "Ha'ah." aku jawab ringkas. 

Hajar gelak kecil. Tengok air muka Hajar, Hajar macam tahu sesuatu. Tiba-tiba Hajar menghentikan langkahnya. Aku ikut. Dahinya berkerut memandang depan. Aku juga mengikuti berpaling. 

"Kenapa ada banyak-banyak barang kat depan bilik kita?" soal Hajar.

Aku cuba mengenal pasti. Nampak tote bag aku terus aku meluru. Ada juga baju-baju aku yang bersepah di depan bilik resort kami. Kesemuanya adalah baju aku. Benda pertama yang aku ambil ialah hoodie Cikgu Qash. Aku ambilnya di atas lantai lalu mengibas perlahan. Tak silap aku, aku sidai elok dengan penyangkut baju.

"Kau ke yang buat Thalia?!" Hajar menerpa masuk.

Kepala menghadap Thalia dan Diana yang berdiri menghadap kami. Aku masih berada di luar bilik. 

"Kau tak payah nak sibuk. Aku nak cakap dengan perempuan tu." Thalia tunjuk ke arah aku.

Aku mengangkat kening. Suasana dalam bilik dikira bersepah juga. Bagasi aku terbuka luas dengan longgokan baju yang bersepah. 

Thalia langkah mendekati aku. 

"Baik kau jujurlah perempuan." 

Bersambung kening aku. Dah kenapa pula Thalia ni? Jujur pasal apa pula?

"Kau tu tak cukup kasih sayang betul." Dia tonjol bahu aku dengan jari telunjuknya menyebabkan aku menapak ke belakang. 

"Memang semuanya tak boleh buat apa-apa kat kau." Thalia tonjol bahu kanan aku lagi.

"Anak Dato' Jakeem konon. Entah-entah kau tu anak kutip." Sekali lagi Thalia menolak bahu aku. Kali ni lebih kuat. Kaki aku tersadung dan hampir sahaja aku jatuh ke belakang. 

Telinga menangkap pintu dibuka dan tiba-tiba bahu aku dipegang kemas oleh seseorang. 

Hampir luruh jantung aku. Aku dongak kepala ke tepi. Cikgu Qash. Kali ni aura Cikgu Qash lain macam. Rahangnya diketap. Cikgu Qash melepaskan pegangannya di bahu aku. Dia berdiri di sisi aku.

"Seriously, in the morning? What happened?" Suara garaunya memasuki gegendang telinga aku.

"Cikgu, Ariana curi duit saya." 

What the-

"I don't ask you Thalia."

Aku tergamam mendengar suara garang Cikgu Qash. Ini sisi garang Cikgu Qash sama seperti di bilik kaunseling tempoh hari. Waktu Cikgu Qash menghalau Teacher Sarah dan lain-lain. Aura yang sama.

Thalia mendengus. Dia menjeling ke arah aku. Hajar dan Diana berada di dalam bilik. Hajar senyum seperti senyuman kemenangan. Diana sudah cuak.

"Ariana, are you okay?" 

Suaranya berubah lembut. Suara yang aku gemari. Aku mengangguk sekali. 

"Tell me. What happened?" 

Aku mengetap bibir. Thalia memandang aku seolah-olah ingin mengugut aku jika aku beritahu perkara sebenar. Ada orang yang baru keluar daripada bilik berdekatan kami memandang ke arah kami. 

Aku mengambil nafas.

"Saya tak tahu apa terjadi cikgu. Saya dan Hajar baru naik bilik, sebab kami baru habis sarapan. Saya nampak baju saya bersepah kat depan bilik. Saya tak tahu kenapa Thalia dan Diana letak baju saya kat sini." tutur aku. Hoodie Cikgu Qash di tangan, aku genggam kuat. 

Aku takut nak menoleh ke arah Cikgu Qash. Aku takut nak tengok muka garang Cikgu Qash. 

"Is it true Thalia?" Cikgu Qash menyoal Thalia. Thalia mendengus seperti menyampah.

Tiba-tiba Cikgu Aini datang menerpa ke arah kami. 

"Kenapa awak semua bising kat depan bilik ni? Malu lah sikit. Kita masuk bilik awak dulu." 

Aku hembus nafas berat. Cikgu Aini menjeling aku sebelum jalan melepasi aku dan masuk ke bilik. Baju-baju aku, aku cangkung dan kutip. Satu-persatu aku kutip. Hajar dan Cikgu Qash turut menolong aku. 

Thalia dan Diana? Sudah pastilah mereka tak kisah. Mereka menunggu dalam bilik bersama Cikgu Aini. Kemudian, aku meletakkan baju-baju aku tadi di atas katil. Nak je aku suruh dua ekor ni lipat balik baju aku. Suka hati je main campak baju aku macam tu.

...............................

Meh meh followwww

Intsagram: ayaroseeeee
TikTok: ayarose970
Twitter: ayaroseeeee

Ariana Iris | COMPLETEDWhere stories live. Discover now