"Rumput!" sahut Wadi semangat. Ranting kayu yang dipegangnya diangkat tinggi ke udara. Semangat ni semangatttt

"Susu lah," ujar Laura tidak puas hati.

"Takkan lah minum susu sendiri pulak?" Wadi membalas semula. Ranting ditangannya dipatah-patahkan tanda geram.

Dahi sudah berkerut melihat mereka berdua sudah mula bertikam lidah. Semua salah Khai lah ni. Kalaulah dia tak tanya tadi.

"Susu mak dia lah!" jawab Laura. Gila apa minum susu sendiri.

"Tapi soalan tadi, 'anak kambing MAKAN apa'. Bukan minum kan? Haa haa..." balas Wadi mahu menang.

Semua senyap menonton pergaduhan mereka berdua. Tak sah sehari tak bertekak. Cuba lah berhalkum ke?

"Sama je lah," balas Laura mahu menang.

"Tak. Mana ada,"

"Ye."

"Tak."

"Ye.

"No."

"Yes yes yes yes"

"No it means no."

"Once Laura says yes, there was nothing but 'yes' " katanya yakin.

"Haih Laura si batu kepala ni. Kalau aku cekik kau kan puas hati aku,"

"The hell..." carutnya perlahan.

"Haaa carut-carut? Sumbat pasir ni baru tau ayah pin tu hensem ke tak" ugut Wadi.

"Berani?"

Nami mengeluarkan telefonnya dari poket. Jarinya mula menaip sesuatu.

"Eh berani lah!"

Laura menjelingnya tajam. Sumpah rasa macam nak cekik sampai biru muka dia.

"About 15 percent of the baby's goat diet should be pasture, weeds, or hay pellets (hay in a more digestible form). Only about 5 percent should be grain (known as goat feed). So what should you bottle feed a baby goat? Your best bet is to get raw goat's milk from a goat, your next best is to purchase goat's milk from the grocery store or use a milk replacer formulated specifically for goat kids." Nami membaca petikan dari moyang Google. Mamat ni kalau apa-apa mesti Google yang dicari. Siapa kata tak bagus? Dia paling berguna dalam menyelesaikan pergaduhan tentang persoalan mengarut ni. Kalau macam sebelum ni, pasal kolah kat masjid. Ha? Tak ingat? Kau pergi jenguk Chapter 14 sana tuh

"So, conclusion nya, kau..." jari telunjuk Dreeb dihalakan ke Wadi. "...kau. Takda siapa betul. Semua bingai." ujarnya selamba. Biskut disumbat ke dalam mulut dan dikunyah rakus. Whoaa main lepas je pakcik jeep buruk ni. Padahal dua-dua betul je.

Hidung Dreeb dirodok dengan ranting kayu ditangan Wadi.

"Kau- Ahh! Sakit lah!"

"Padan muka." wajahnya dimonyokkan. Dia masih berfikir... 'Betul lah aku yang betul lagikan benar kan?'

"Dah habis?" soal Miya. Mulutnya yang terkuap ditutup menggunakan belakang tapak tangan.

HEARNE CYRENEWhere stories live. Discover now