Aku berpaling dan melangkah ke pintu. Dia masih tidak menoleh. Sebelum ni dia akan bersama aku sampai pintu ni. Ini tidak. Takkan aku nak biar macam ni je? Aku mengepalkan tangan. Cuba mengambil nafas dengan tenang.

Aku memusingkan badan dan mendekati dia semula. Dia seperti tidak perasan.

"Cikgu Qash." panggil aku.

Cikgu Qash mendongak. Keningnya ternaik. Hairan mungkin kenapa aku tak balik lagi.

Aku membongkokkan badan sedikit.

"Cikgu, saya minta maaf kalau apa yang cakap sebelum ni buat cikgu terasa hati dengan saya, buat cikgu sakit hati. Saya minta maaf sangat-sangat. Saya bersyukur sebab cikgu ambil berat tentang saya. Tapi saya tak biasa dengan semua tu. Saya dah biasa sorang-sorang. Minta maaf cikgu."

Hampir sahaja aku ingin meluahkan semuanya, bercakap tentang perasaanku. Tapi aku tahan sahaja. Dia dah berkahwin. Aku tak nak aku rosakkan rumah tangganya.

Diam.

Dia masih terasa ke? Lambat-lambat aku menegakkan badan, aku pandang dia. Dia memandang aku. Dia bangun lalu sandar belakang badannya di meja.

"Ariana, it's okay kalau ada orang nak tolong Ariana. Cuba buka hati Ariana. Memang selama ni Ariana rasa sorang-sorang. Tanpa sedar, ada juga yang tolong Ariana. It's your own choice, antara Ariana nak terima pertolongan tu ataupun tidak. Tak semua jahat."

Sedikit-sebanyak suara garaunya yang memasuki gegendang telinga aku melegakan hati aku. Betul, tak semua jahat. Sekarang, aku rasa nak menangis pula.

No, Ariana. Jangan menangis depan dia.

Aku tak tahu nak respon apa. Kali pertama orang cakap macam tu kat aku. Akhirnya aku mengangguk. Dia senyum seperti senang dengan anggukan aku.

"Saya balik dulu cikgu." kata aku lalu mengangkat kaki ke pintu.

Dia turut begitu. Mengikuti aku dari belakang. Sedang aku memakai kasut, dia bersuara lagi.

"Esok study kat sini je. Saya tahu Ariana tak selesa study kat library."

"Tapi-"

"No excuse." Dia senyum senget.

Wah, dia pakai kuasa veto sebagai cikgu. Macam mana dia tahu aku tak selesa study kat perpustakaan. Teacher Sarah beritahu dia ke? Tiada sebab Teacher Sarah nak beritahu Cikgu Qash.

Aku mengangguk sekali. Terpaksa setuju.

**************

"Ariana okey?" soal mama.

Aku menoleh dan senyum. "Okey je ma. Bukan baru kali pertama Ariana kena macam ni. Dah banyak kali. Ariana dah biasa."

Mama pamer raut wajah sedih. Mama ambil tangan aku lalu mengusap.

"Mama minta maaf sebab mama tak beritahu Ariana awal-awal."

Aku senyum pahit. "Tak apa ma. Tak apa. Papa cakap macam tu makin buatkan Ariana nak dapatkan straight A."

Tangan mama naik mengusap pula pipi aku.

"Ariana, kalau tak dapat straight A pun tak apa. Mama akan cakap dengan papa."

Aku senyum kecil. Memang selama ni mama cuba cakap dengan papa. Tapi papa akan dengar ke cakap mama? Papa paling berkuasa kat rumah ni. Arahan papa jangan sesekali lawan.

Aku mengangguk perlahan.

"Ariana kalau nak apa-apa, panggil mama je okey. Sorry ganggu Ariana study." mama bangun dan menyapu rambut aku.

"Okey."

Mama berjalan ke arah pintu bilik aku dan menutup pintu. Aku mengeluh sekali. Badan disandarkan. Selepas pulang dari sekolah, aku masih fikir dengan arahan Cikgu Qash. Boleh ke? Aku rasa tak betul sekejap bila Cikgu Qash macam tu. Aku terus setuju pula tu. Haih.

Niat nak tanya Cikgu Qash dah berkahwin ataupun belum, masih belim kesampaian. Terkelu lidah.

Aku tarik laci meja dan mengeluarkan phone. Pensel diletakkan di atas meja.

Hajar je lah yang boleh jawab persoalan aku. Aku buka contact number dan mencari nama Hajar. Setelah aku jumpa nama Hajar terus aku tekan. Harap tak mengganggu Hajar. Macam lah tiada hari esok aku nak tanya Hajar.

"Hello?"

"Hai Hajar." sapa aku.

Hajar disana gelak kecil.

"Rindu aku ke?" soal Hajar.

"Euw."

Kami sama-sama gelak.

"Aku nak tanya kau sesuatu ni."

"Tanya apa? Pasal Cikgu Qash ke?" Hajar gelak kecil.

Aku hampir tersedak. Aku menjauhkan srin telefon dari telinga aku. Macam mana Hajar tahu?

"Errrmm.. Haa.. Ha'ah." aku pura-pura batuk.

Hajar gelak lagi. "Kau nak tanya apa?"

"Dia.... dah kahwin ke?"

"Hmm, ini mengikut kajian aku lah dan aku dengar-dengar daripada orang lain. Jawapannya adalah belum. Cikgu Qash belum kahwin."

Aku membuntangkan mata. Ni cakap Cikgu Qash yang sama kan? Belum kahwin?

"Kenapa belum kahwin?"

"Awal lagi kut. Umur Cikgu Qash pun baru 28 tahun. Aku dengar-dengar orang cakap dia orang langsung tak nampak Cikgu Qash mengurat mana-mana cikgu perempuan."

Okey, ini sesuatu yang mengejutkan. Muka kacak macam tu takkan lah. Habis tu perempuan hari tu dia jumpa tu siapa?

"Budak lain cakap Cikgu Qash bukan jenis yang ramah lah. Jarang sekali nak nampak dia buka mulut, sembang, cakap banyak-banyak. Aku pun hari tu terserempak bagi salam je lah. Nak bersembang tu jauh sekali."

Terkejut kali kedua. Memang Cikgu Qash jarang buka mulut tapi banyak kali juga dia dengar suara Cikgu Qash. Pelik.

"Ada apa-apa soalan lagi?" Hajar menyoal.

Aku ketawa. Malam-malam macam ni pun Hajar jawab soalan aku.

"Tiada tuan puteri. Itu sahaja soalan saya. Terima kasih kerana menjawab." jawab aku.

Hajar gelak.

"Ha, alang-alang kau call aku ni Ariana. Aku nak tanya pasal Kimia. Nak meletop ya otak aku ni sebab keliru." Hajar merungut.

"Okey, okey. Soalan mana tu?"


....................

Bad news; Im gonna be super busy because of lab session 😌😌😌😌😌😌
Tapi saya akan tryyy update sekerap yang mungkin okeyyy untuk Cikgu tu HUSBAND AKU! Season 2. Ariana Iris still slow update.

Ariana Iris | COMPLETEDWhere stories live. Discover now