"Sekarang ni saya tak tahu dia orang kat mana. Ramai sangat orang susah nak cari." aku ketawa kecil. Realitinya perasaan canggung tu subhanallah.

Aku pelik juga. Kenapa cara dia ni tak macam lelaki orang? Kalau orang lain nampak macam mana? Aku tak nak jadi orang ketiga.

"Cikgu pula buat apa kat sini?" aku menoleh.

Zap! Mata kami bersabung. Cepat-cepat aku menghadap hadapan semula.

"Pancing ikan." jawab Cikgu Qash.

Aku mengerutkan dahi. Eh kat pantai ada orang pancing ikan ke?

Aku menoleh ke arah dia semula. Pandang atas bawah. Dah kalau pancing ikan, mana jorannya?

Tiba-tiba Cikgu Qash meletuskan tawa.

Semakin berkerut dahi aku.

"You should see your own face when you are serious Ariana."

Huh? Memandang muka Cikgu Qash yang sedang memerhatikannya, membuatkan pipi aku berona merah. Aku berpaling lagi.

Sepi.

Hanya kedengaran suara kanak-kanak yang riuh rendah. Sesekali telinga menangkap deruan ombak. Tiada topik nak dibualkan dengan lelaki di sisinya ini. Masing-masing diam.

"Dah lama tak nampak Ariana." lelaki itu bersuara.

Aku senyum plastik.

"Tiada sebab saya nak study kat bilik kaunseling." jawab aku.

Diam semula. Mata menjeling ke arah Cikgu Qash. Kenapa aku bagi jawapan tu macam hati aku pula yang sakit.

Aku mengeluh perlahan. Tapi jujur itu memang jawapan aku.

"Hati-hati!"

Tiba-tiba ada seseorang menjerit. Aku mengangkat kepala. Ada bola menghala betul-betul ke arah muka aku. Aku kaku. Otak baru nak proses. Badan tidak bergerak.

Aku menutup mata. Bila-bila masa sahaja bola itu akan mendarat tepat kena pada muka aku.

1

2

3

Eh? Hairan tiada bola kena kat aku.

Aku buka mata. Ada tangan sasa di depan muka aku sedang memegang bola tadi. Aku menelan air liur.

Aku menoleh. Cikgu Qash tidak memandang aku.

"Maafkan saya. Saya minta maaf sangat-sangat."

Aku berpaling ke hadapan. Budak lelaki menundukkan badan berkali-kali meminta maaf.

Aku senyum. "Tak apa, tak apa."

Cikgu Qash menghulurkan bola itu kepadanya.

"Minta maaf bang. Sikit lagi nak kena isteri abang."

Aku tersedak. Terkejut. Tergamam.

Is......te.....ri......

Isteri.

Isteri....

Isteri?

ISTERI?!

Belum sempat aku nak membetulkan ayat budak tadi, dia sudah pergi. Aku panik. Tidak, dik awak salah faham dik!

Aku tak berani nak berpaling menghadap Cikgu Qash. Entah apa reaksi dia. Bencikah? MEstilah benci. Dia lelaki orang! 

Ternampak pula Danielle dan Rayyan yang berjalan ke arah aku. Muka mereka cemas.

"Ariana okey?" soal Rayyan.

"Akak terkejut tadi. Sorry sangat-sangat kita orang tiada sebelah Ariana." sambung Danielle.

"Tak apa. Lagipun-" Belum sempat aku menghabiskan ayat, Cikgu Qash memintas.

"Saya balik dulu." Cikgu Qash bangun lalu meninggalkan kami.

Erk. Tak sempat aku nak ucapkan terima kasih. Lidah kelu nak memanggil dia yang semakin menapak menjauhi aku. Mata memandang tepat susuk tubuh belakangnya.

Banyak kali dah dia menolong aku. 

*****************

"Bye adik abang. Nanti kita keluar lagi okey." Rayyan memeluk erat tubuh badanku. 

"Selamat belajar."

"Jangan percaya dia Ariana. Dia ni dah lah suka ajak akak Danielle makan je. Makin gemuk." Danielle mencelah.

Aku ketawa kecil. Berat hati sebenarnya nak tengok kakak dan abangnya pergi lagi. Dua hari memang tak cukup. Cepat sangat.

"Kalau ada apa-apa, beritahu akak je okey." Danielle membisik di telinga aku. Aku mengangguk perlahan. Faham dengan maksudnya. 

Danielle dan Rayyan senyum ke arahku. Mereka menerpa pula ke arah mama dan papa.

"Kami pergi dulu mama, papa." 

Mereka memeluk tubuh mama dan papa. Melihat papa senyum, aku gelak dalam hati. Sampai mati aku takkan nampak papa senyum begitu untuk aku. Sampai mati.

Aku melambai ke arah Danielle dan Rayyan sehinggalah kereta hilang dari padangan aku. Aku menghembus nafas sekali. 

Aku memusingkan badan untuk masuk ke rumah. Mata aku tertancap pada tubuh badan papa yang berada di pintu. Aku menelan air liur dengan payah. Jantung berdegup laju. Aku menapak ke arah pintu perlahan. Papa masih berdiri di situ. Setapak aku masuk ke rumah, papa terus menutup pintu.

Ada mama disitu. Mama memandang aku dengan muka simpati. Kenapa?

Tiba-tiba papa merentap tangan aku. Aku terkejut. Terus aku menjerit. Aku pandang mama minta tolong. Mama berpaling. 

Aku menggigit bibir. Inilah sebab kenapa papa mudah izinkan aku keluar rumah.

Papa menarik aku ke bilik stor dengan kuat. Gelap. Benda pertama dalam otak aku adalah ada benda dalam tu. Ada tangan. Ada bayangan. Aku menjerit lagi.

"Papa, Ariana tak nak! Ariana takut!" aku meronta.

"Aku dah lama bagi lepas. Kau banyak buang masa kau!" jerkah papa.

Sampai sahaja depan bilik stor, papa menolak aku ke dalam dengan kuat menyebabkan aku terduduk. Aku menangis semahunya. Papa berdiri di depan aku.

"Aku bagi kau peluang Ariana. Kalau kau tak dapat straight A SPM, aku akan kahwinkan kau dengan mana-mana lelaki."

Aku membuntangkan mata. Usai papa berikan ayat tu, papa terus menutup pintu. Terdengar pintu dikunci dari luar. Aku mendekati pintu. Aku cuba memulas tombol pintu beberapa kali. Kunci. 

"Papa, Ariana takut!" aku mengepalkan tangan dan ketuk pintu dengan kuat.

"Kat sini gelap!! Papa tolong!"

"Ariana tak nak!!"

"Mama tolong Ariana!!"

Sambil aku menjerit, aku menghentak daun pintu beberapa kali. 

Gelap. 

Gelap.

Gelap.

Aku meraung. Tangan tak henti-henti hentak pintu. Aku takut. Seperti ada tangan menarik aku dari arah belakang. Seperti ada orang kat belakang aku. 

Aku takut. Kali ni tiada siapa tolong aku. Kali ni tiada siapa halang papa. Akak, abang, mama, Aunty Sofia, Uncle Khai.

Cikgu Qash. 


...............

siapa tengah menangis tu lap air mata cepatttt kikikiki

Ariana Iris | COMPLETEDDonde viven las historias. Descúbrelo ahora