"Iyalah. Nanti aku singgah rumah makcik tu sebelum balik." balasnya.

Akhirnya tiba di Gendie Islands. Pulau yang diiktiraf sebagai antara pulau tercantik.

Masing-masing turun dari bot. Sekeliling dipandang.

Angin memukul air laut menghasilkan ombak. Pokok hijau menghiasi kawasan. Lautan biru terdampar di hadapan.

"Cantik gila tempat ni..." Laura memusingkan badan sambil mendepakan tangan. Udara segar!

"Kan! Kan!" Khai setuju apa yang dikata Laura. Cermin mata hitamnya disangkut pada colarneck bajunya.

Terasa segala hal sekolah lenyap begitu saja. Mereka datang ke sini hanya memikirkan keseronokkan untuk diluangkan bersama.

Mereka yang lain turut kagum dengan keindahan pulau ini. Tak sangka Malaysia juga memiliki tempat cantik seperti negara yang bertaraf antarabangsa.

Miya saat hampir tiba saja, terus hilang segala loya dan pening kepala. Dan dia pula kini yang teruja bukan main. Mahu tidur atas air laut biru katanya.

"Uhoo!!! We're arrived!" jeritnya sekuat hati.

"Ishh kau ni. Bingit telinga aku tahu?" Khai menutup telinganya.

"Diam kamu." dia menjeling tajam pada Khai. Sibuk je. Dia kembali menikmati pemandangan laut kini. Topi pantainya dibetulkan.

Nami pula hanya diam dari tadi. Sesekali dia tersenyum. Tidak dinafikan yang dia gembira saat ini. Baginya segala perkara yang berlaku tidak pernah dia lalui. Seakan-akan... lenyap. Tidak pernah wujud. Ditambahi pula melihat senyuman seseorang yang membuatkan dia bertambah bahagia.

Vina pula? Dari tadi dia menangkap gambar dan mengambil video menggunakan camera DSLR berjenama Canon.

"Guys, sini." dia membetulkan mini stand camera. Sememangnya dia akan membawanya.

"Yeay! Tangkap gambar!"

Mereka berdiri di hadapan camera. Pelbagai gaya dibuat.

Beg pakaian terlebih dahulu diambil dan dibawa masuk ke dalam lobby yang berjarak 300 meter dihadapan mereka.

Kcik!

Sekeping polaroid keluar dari kamera Instax Mini milik Wadi.

"Snap tak cakap pon!" pantas Laura memusing badannya.

"Tak ambik gamba dia pon. Eee malu..." cepat-cepat Wadi menyimpan di dalam poket.

"Eleh orang takda kata pon dia ambik gamba kita," Laura menjuling matanya ke atas.

"Werkk perasan!" Wadi menjelir lidah ke arah Laura.

"Kau ni kan," dia mengejar Wadi bersama dengan penumbuknya.

Masing-masing mengeluh melihat mereka berdua seakan anak kecil yang bergaduh.

Setelah mengucapkan terima kasih kepada pemandu bot itu, mereka meneruskan langkah menuju ke lobby.

Pintu gerbang yang bertuliskan 'WELCOME TO GENDIE ISLAND' menjadi laluan mereka.

Mereka disambut mesra oleh dua orang lelaki dan perempuan yang berpakaian kemas.

***

"Olympik 2016 dekat mana eh?" Laura mengajukan soalan tiba-tiba. Telefonnya dialihkan dari muka. Sochi ke Rio eh?

Mereka semua tika ini sedang menunggu di lobby. Dua sofa panjang diduduki oleh mereka.

"Brazil."

HEARNE CYRENEWhere stories live. Discover now