Okay, clear.

Laura berjalan melintasi kelas sebelah, terlihat Nami fokus menulis pada buku latihan. Nami memandang pada tingkap. Dia terlihat Laura sedang melihatnya.

'Phone!'

'Check phone'

Dia menunjuk telefon ke arah Nami tetapi dia hanya mengerut dahi tidak faham.

'Keluar lah'

Laura membuat isyarat suruh keluar.

Nami masih berura-ura ditempat duduknya.

Laura sudah menepuk dahi.

Come on Nami, nanti beruk tu memberuk nantii

Nami bangun dan meminta izin untuk keluar. Entah alasan apa yang dia bagi.

"Kenapa?" soalnya sejurus mendapatkan Laura di luar kelasnya. Mereka berdiri jauh dari kelas Nami.

"Tak check phone ke?" soal Laura yang terdongak sedikit memandang Nami.

"Tak. Aku silent mode." jawabnya. Dia turut memandang tepat ke mata Laura. Dengan jarak yang agak dekat ini, dia berkesempatan meneliti setiap raut wajah Laura.

"Patut lerr. Khai nak jumpa tak tahu dia nak apa," beritahunya lalu meneruskan perjalanan.

Nami berdehem menghilangkan kekok.

"Oh ye ke." 

Mereka melangkah kaki menuju ke blok sebelah yang bersambung dengan blok kelasnya dan Nami.

"Buat apa?"

"Wadi busuk tu suruh pick up dia," kata Laura sambil menjenguk isi kelas Wadi. 

Seorang Wadi terpaksa mengambil subjek tambahan iaitu seni muzik.

Proud of him guys! Ergh...

Nami sedikit jelous dengan Wadi. Sebab 'busuk' tu ke? Atau sebab Wadi suruh pick up dia, Laura ikut kan aja?

Terlihat Wadi yang jelas sedang menconteng kertas ditempatnya. Kepalanya yang diletakkan di atas meja dan menghadap ke kiri, secara tak langsung terlihat Laura dan Nami di luar kelas.

Berani dia buat gaya bosan dalam kelas Sir Misai? Bravo! Tabik sikit dekat si Wadi ni.

Wadi tersenyum lebar melihat mereka berdua 'menjemput' nya untuk ponteng. Sungguh dia tidak suka cikgu menggantikan Sir Hadi yang sepatutnya mengajarnya subjek Sains Komputer.

"Tengku Awwadi Amsyar! Wah, berani kamu buat muka penat kesian kamu dalam kelas saya? Bangun!" suara lantang kedengaran memenuhi ruang.

Terhinjut badan Laura. Pantas Nami menariknya semula dibalik dinding.

"Mati kita kalau dia nampak kita nanti. Silap-silap kena tuduh ponteng kelas," kata Nami.

Laura hanya mengangguk.

Dia kembali mengintai.

Wadi bangun dengan memegang kepalanya.

"Kepala saya pening lah Sir," ujar empunya badan.

Berkerut dahi mereka mendengar alasan Wadi.

Melihat Wadi longlai semacam, wajahnya yang tegang itu mula kendur. Diganti wajah bimbang. Rakan sekelas yang lain semua melihat Wadi pelik.

"Err... teruk sangat?" soal Sir Misai risau.

Tahu pun kau, tadi bukan main jerit sampai nak terkeluar segala organ.

"Tak tahu lah. Macam nak pitam," dia meramas rambutnya.

"Alamak. Emm, kamu boleh pergi bilik rawatan seorang diri tak? Tak jauh lagi pun," ujarnya lembut.

HEARNE CYRENEWhere stories live. Discover now