25 | Settle

Depuis le début
                                    

"Holyshit!"

"Asal?"

"Kenapa weh?" soal Adriel terkejut sambil memintal rambut Si Mental.

"Bila masa kau dekat situ?!"  terkejut lagi dia melihat Adriel dan Si Mental yang berada di atas pokok.

Gila.

"Entah." Adriel mengangkat kedua bahunya. Si Mental sudah terkulai tidak sedarkan diri di atas riba Adriel. Dia mengusap pula rambut Si Mental.

"Turun lah.." seram tengok Adriel dan Si Mental itu. Persis orang gila yang meroyan.

"Biarlah dia. Nanti aku sampai," kata Joxan. Tahu sangat perangai adiknya tu. Kan dah kata bukan betul pun dia tu.

Panggilan dimatikan.

"Macam mana kau naik ha?" soalnya hairan.

"Well," dia menilik kukunya persis perempuan gedik.

"Huh..." keluh Karl lalu dia melabuhkan punggung. Mata di pejamkan. Penat. Malas pula mahu melayan Adriel.

"Bila Jo sampai?" tanya Adriel tiba-tiba.

"Kejap lagi. Kau tahu kan kejap dia macam mana? Enjin belum sempat hidupkan pun dia dah sampai dulu dah." kata Karl.

Eh?

Karl memandang Adriel disebelahnya.

"Woi!" terekejutnya.

Patutlah dekat semacam suara tadi.

"Apa?"

"Mana dapat?"  soal Karl hairan apabila melihat Adriel memakan buah epal pula. Ape benda pelik sangat Adriel ni?

Adriel mengeluarkan sebiji lagi buah epal di dalam poketnya.

Karl mula mengerut dahi lalu mengangkat keningnya sebelah.

"Heish, kau ni. Nak ke taknak?"

Tangannya mengambil buah epal itu. Dia makin kehairanan. Macam mana buah epal boleh muat dalam poket? Dia menilik buah epal itu. Sempurna. Tak rosak. Buah betul. Dia menggigit sedikit. Emm rangup. Manis.

"Mana kau belajar buat benda ni? Ajar aku!"

"Nanti lah kalau ada masa."

Tak lain tak bukan, magic tah pape yang dia belajar dari youtube haritu lah tu. Ceh.

"Mana Si Mental?"

"Tu..." Adriel menunjuk ke atas pokok yang mereka sandar. Dia terkulai dengan tangannya terjuntai ke bawah begitu juga kakinya. Perutnya menampung diri didahan dari terjatuh.

Persoalannya, macam mana boleh jadi ni? Dan berapa lama dia boleh bertahan dengan keadaan begitu? Meninggal anak orang kalau terjatuh.

Karl memandang ke atas."Gila kau ni..."

Telefon Karl berdering lagi.

"Mana ni?" soal Joxan.

"Jap aku bawa dia keluar lah senang."

"Cepat sikit"

Tut!

Panggilan dimatikan.

Kedebuk!

"Weh-" terbeliak biji mata Karl melihat Si Mental sudah terjatuh. Kepalanya sudah mencecah ke lututnya sendiri.

Adriel masih memakan buah epal dengan tenang seperti di tepi pantai.

Karl mengabaikan perkara aneh berlaku lalu pergi ke arah Si Mental. 10% sahaja lelaki itu untuk hidup.

HEARNE CYRENEOù les histoires vivent. Découvrez maintenant