Bulu matanya agak lebat, matanya bulat.

Laura tersedar tatkala ada satu kibasan dihadapan mukanya.

"Laura?"

Dia berdehem. Haih... Nasib member sendiri.

"Kau lebih kacak kalau tak pakai spec."

"Serious?"

Laura mengangguk.

"I bet, ramai perempuan berebut nak kau,"

Dia ketawa lagi. Laura menyerahkan cermin matanya semula.

"Ngarut,"

Sebab aku nak kau je.

"Jom, weh buat spec lagi lawa, aku belanja." ajak Laura.

"Taknak lah,"

"Jom lah," paksanya lagi. Laura mendapat satu idea. "Sebagai tanda minta maaf," sambungnya lagi.

"Setakat siram aku, tak apa lah..."

"Yelah sebab aku ingat kau pokok,"

"Tak jadi lah nak maafkan sebab kau kata aku pokok,"

Laura ketawa. "So, jom!"

"Jom,"

Mereka membuat bayaran. Pasal bayaran, Nami yang mahu bayar, tetapi Laura kata dua-dua baju tu dia dan Nami bayar. Maksudnya total kedua-dua baju tu mereka bahagi kan dua. Fair and lovely, right? Dah tiber jenama produk pulak.

Laura membawanya pergi ke kedai cermin mata. Dia memilih bingkai cermin mata yang sesuai dengan Nami.

Nami ni takdalah tak handsome, cuma cermin matanya tidak kena seperti yang aku cakap dalam chap 1. Gayanya pun, takdalah teruk sangat.

Nami kemudian mencuba cermin mata yang Laura pilihkan.

Wow!

"Handsome weh! Aku pulak cair," seloroh Laura.

Muka yang putih susu itu berona merah.

"Jangan blushing kat sini, kang orang ingat aku tampar kau pulak,"

Nami hanya ketawa sambil menahan malu.

"Kau ni.. aku segan lah kau kata camtu," kerusi Laura dipusingkan oleh Nami dan menghadap kedepan kembali.

Laura tergelak. Tahu malu rupanya.

Setelah itu, mereka pergi ke Baskin Robin seperti yang dipinta Fyra untuk mereka di sana. Alang-alang katanya.

"Sexual harassment."

Mereka duduk dimeja sambil menunggu pesanan.

"Hah?!"

"Yes, he trying to,"

"But-"

"Kau tak perasan?" tekanya.

Laura mengangguk laju.

Gila.

"Masa kau bangun tu, aku nampak tangan dia pergi tempat lain,"

Laura faham maksud 'pergi tempat lain' tu.

"Tak guna punya jantan. Punya lah kata ' I'm so sorry, young lady. But you must say sorry to your God too, cause...Emm, don't mind' erghh fake!" ajuknya.

"Tu lah, stranger sekarang kita tak boleh nak nilai diorang dari first sight pada dia yang kita nampak. Tak semua manusia baik dekat dunia ni," ujarnya.

Laura mengangguk setuju.

Muka baik, tapi perangai? Tak padan! Baik jual je muka bagi orang yang betul-betul perlukan! Ish kan dah ter-emo.

HEARNE CYRENEWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu