***

"I'm back !" 

"Assalamualaikum..." Qayish mengerling ke arah Laura. "Eish budak ni. Bagi salam, ingat apa? Dekat Jepun? Amerika?"

"Ops..."

"Dah, pergi mandi, lepastu turun balik, makan. Awak tu dah kurus dah Abang Ayish tengok." tangannya menarik pipi Laura.

"Mana ada. Gemuk je." kata Laura lalu memuncungkan bibir.

"Dah, Abang Ayish pesan apa tadi?"

"Okay boss." pantas Laura berlari anak. Mood abang-abang garang Qayish Harley sudah muncul, baik dengar kalau tak nanti kena bebel 7 hari 7 malam.

Selesai membersihkan diri, badan direbahkan di atas katil. Letih. 

Eh, belum solat...

Bergegas Laura mengambil wuduk lalu menunaikan solat Zohor.

"Assalamualaikum warahmatullah..." kepala di toleh ke kanan.

"Assalamualaikum warahmatullah..." kemudian ke kiri.

Ayatul Kursi dibaca dituruti selawat, kemudian doa.

Secepat mana pun korang, at least ayatul kursi korang sempat baca tau. Ustazah kata, kalau nak cepat sangat, sambil lipat telekung tu baca lah sekali. jadikan amalan selepas solat, okay? muah cikit. tiber.

Kaki mula melangkah menuju ke ruang tamu.

"Adik... Makan ni. Abang Ayish dah masak ni! Creamy salad fruit adik ni Abang Ayish dah buat! Meh makan!" laungnya dari dapur sebaik sahaja melihat kelibat Laura.

"Eh, Abang Ayish masak? Mana Mak Som?" Laura menuju ke dapur. Jarang sekali abangnya seorang ni memasak. Ini pon hampir sebulan dia berada di Malaysia. Cuti sem katanya. Sudah tu pula jarang pula ada di rumah menyiapkan kerja di pejabat.

"Mak Som keluar, jumpa kawan," jawab Qayish sambil menyediakan makanan. Jus oren diambil dari peti sejuk kemudian dituang ke dalam gelas.

Mak Som merupakan tukang masak di rumah agam ini. Mak Som seperti keluarga mereka sendiri. Bercakap pun seperti biasa, bukan formal seperti pekerja dan majikan. Bukan tidak mahu mengupah chef, tetapi mereka sudah biasa dengan Mak Som yang telah lama berkhidmat di sini. Masakan kampung mahupun western, Mak Som masak seperti chef 10 bintang! Hehe.

"Ooo," Laura melihat sekilas hidangan yang tersedia. "Abang Ayish masak ni?" 

"Iyalah, takkan mintak Aunty Shai sebelah ni pulak," perli Qayish. Aunty Shai ialah seorang jutawan berbangsa cina berusia 50-an. Dia juga seorang andartu. Berdasarkan cerita Aunty Shai, ketika beliau masih muda, beliau terpaksa bekerja keras untuk membela nasib kedua orang tuanya yang dikhianati.

Sedih. Satu sahaja yang mampu diungkapkan. Setiap orang mesti mahu mempunyai pasangan hidup. Tetapi beliau? Sehingga tahap ni, memang kagum melihat Aunty Shai. Dia melayan anak-anak Lucian Denver seperti anaknya sendiri memandangkan dia tiada zuriat.

Pernah dia pesan, 

enjoy your young age, your youth is so precious

-Jenny Shai-


Laura mencebik. Main perli-perli pulak dia ni. 

Malas mahu membalas dia masih teruja melihat stik daging yang dihias cantik di atas pinggan. Macam di hotel seratus bintang pula.  Dia melihat pula stik daging abangnya, semua sama. Saiz sama, susunan sayuran kecil-kecil pun sama, rumput di atas daging pun sama, semua samalah. Macam clone. Sebijik. Seperti kilang keluarkan produk sahaja.

HEARNE CYRENEWhere stories live. Discover now