79

17.9K 707 142
                                    

ORKED memandang pantulan tubuh genitnya yang mengenakan baju kurung bunga-bunga berwarna ungu cair digandingkan bersama selendang kapas berwarna putih di cermin bersaiz besar di dalam bilik air. Setelah hampir dua minggu dia ditahan wad, akhirnya doktor yang merawatnya mengatakan dia sudah bisa pulang ke rumah.

Sudah semestinya dia teruja.

Dia ingin melihat bagaimana keadaan rumah yang didudukinya. Mana tahu memorinya bisa dipulihkan?

Bunyi ketukan menyedarkan Orked dari lamunan panjang. Kakinya diatur mendekati daun pintu bilik air dengan berhati-hati memandangkan kakinya masih belum kuat seperti manusia normal.

Terbuka sahaja daun pintu bilik airnya, kornea matanya dijamahkan dengan Mattheo yang sedang menyandarkan tubuhnya ke dinding sambil kedua tangannya dibawa memeluk tubuh. Saat ekor matanya menangkap bayangan tubuh isterinya, serta-merta anak mata kelabunya mengarah ke arah isterinya.

Jelas sinar kerisauan di dalam sepasang anak mata kelabu tersebut.

"Sayang... Kenapa lama sangat dalam bilik air tu? Risau abang dibuatnya. Abang takut sayang terjatuh ke tergelincir ke terpengsan ke?" Sempat diperiksa tubuh genit yang sudah bertukar pakaian tersebut.

Orked mengeluh sebelum bersuara membalas.

"Tapi ada nampak ke saya terjatuh, tergelincir dan terpengsan dekat sini, Mattheo Dimitri Knight?" Kadang-kadang dia sendiri merasakan hairan dengan sikap overprotective milik lelaki itu. Dia bukan buat apa-apa pun, dia hanya sekadar menukar pakaiannya tetapi lelaki itu beriak seakan-akan sesuatu yang buruk sudah berlaku kepadanya.

Mattheo menggeleng bersama sengihan di bibir merah delimanya.

"Jadi, kenapa awak nak panik sangat? Sekali-sekala awak kenalah percayakan saya. Saya bukan budak kecil tau, awak nak perhatikan setiap masa." Bebel Orked panjang lebar. Mattheo sekadar mendengar tanpa niat mencelah, sekali-sekali kepalanya dianggukkan seakan mengerti.

"Awak ni bertingkah macam saya ni tak pandai jaga diri sendiri." Tambahnya lagi, kakinya sudah menapak menuju ke katilnya semula. Wajahnya jelas terlihat sedang kesal dengan lelaki berdarah Rusia tersebut.

Mattheo sekadar mengikutinya dari belakang tanpa menjawab bebelan isterinya.

Orked pantas memusingkan tubuhnya mengadap Mattheo saat lelaki itu hanya diam tidak membalas. Selalunya ada sahaja jawapan yang akan lelaki itu berikan kepadanya.

"Kenapa diam? Saya tengah membebel ni," kepalanya terpaksa mendongak memandang ke arah lelaki tinggi lampai tersebut. Sempat kedua belah tangannya dibawa memeluk tubuh.

"Abang suka dengar sayang membebel. Nampak comellah pula. Jadi, abang tak naklah menyampuk. Nanti sayang berhenti membebel, tak dapat abang nak tengok kecomelan sayang." Balasnya tenang bersama senyuman yang masih lebar terlakar di bibir merahnya.

Jawapan Mattheo membuatkan Orked bertambah kesal.

Dia sedang serius, boleh pula lelaki itu bergurau dengannya?

"Mattheo Dimitri Knight!"

"Iya sayang?" Lembut sahaja suara garau itu membalas seruan nama panjangnya. Sejak kebelakangan ini, dia semakin suka jika nama panjangnya diseru Orked. Rasa seakan berbunga-bunga sahaja di hatinya. Sebelum ini, belum pernah ada orang yang berani menyeru nama panjangnya tanpa ada sebab tetapi bila Orked menyerunya, rasa seakan dia mahu sahaja merakam suara milik wanita jelita itu lalu dimainkan kembali berulang kali bila-bila masa sahaja yang dia mahukan.

Orked mengetap bibir kesal.

Lagi dia serius, lagi Mattheo mengambil sambil lewa sahaja ucapannya.

"Sayang tahu tak, lagi sayang marah macam ini. Lagi sayang nampak cantik tau. Kejelitaan yang sayang miliki semakin menyerlah." Jaraknya dengan sang isteri dirapatkan sebelum pipi Orked dielus kasih. Anak mata kelabu miliknya merenung dalam anak mata milik Orked. Dalam sehinggakan riak wajah Orked yang tadi kelihatan marah perlahan-lahan diganti dengan wajahnya yang terlihat gelisah.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 29 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MRS MATTHEO KNIGHTWhere stories live. Discover now