71

11.2K 831 143
                                    

MIKAYLA tidak berhenti berpusing di hadapan ruangan ICU, kuku digigit perlahan. Jauh di dalam sudut hati, Mikayla tidak berhenti mendoakan kesejahteraan kakak iparnya yang sedang bertarung nyawa di ruangan ICU tersebut.

Semasa dia sedang berbincang dengan Erik, tiba-tiba sahaja panggilan dari Casandra masuk. Awalnya dia mengira mengapa doktor private abangnya itu menelefonnya, rupanya wanita itu ingin mengkhabarkan berita mengenai kemalangan Orked. Untungnya, Orked membawa sekali bersamanya kad yang diberikan Casandra kepadanya. Jadi, orang-orang ramai yang berada di sana mengambil kad tersebut dan menelefon Casandra.

Casandra berulang-ulang kali cuba menelefon Mattheo tetapi panggilannya hanya masuk ke bahagian peti suara. Jadi, Casandra putuskan untuk menelefon adik lelaki itu pula. Seusai itu, Mikayla segera bergegas mendatangi hospital wanita itu selepas panggilan mereka diputuskan.

Kemunculan Dato Matthew bersama Datin Amaya segera membuatkan Mikayla berkejar mendapatkan kedua orang tuanya. Air matanya sudah mengalir deras membasahi kedua pipinya. Wajah papanya jelas tampak terkejut dengan berita yang dikhabarkan Mikayla.

Manakala raut wajah Datin Amaya tampak seakan bingung dan keliru.

"Papa,"

Teresak-esak Mikayla di dalam dakapan papanya.

"Keadaan Eloise macam mana? Ada doktor cakap apa-apa?" Soal Dato Matthew, nada suaranya jelas terdengar khuatir dan gelisah. Hati tuanya tidak keruan memikirkan keadaan menantunya tika ini.

"Takde pa, Kayla tak tahu." Air matanya semakin deras mengalir, Dato Matthew tidak kunjung berhenti mengosok belakang anak gadisnya agar Mikayla sedikit tenang.

"Kamu dah bagitahu abang kamu? Dia tahu tak perkara ni?" Soal Dato Matthew lagi.

"Kayla dah usaha call abang dari tadi tapi semuanya masuk voice mail. Kayla call pejabat pun tiada yang angkat." Balasnya lagi, sudah berulang kali jarinya menekan nombor abangnya tapi langsung tiada yang berjawab. Dia tidak tahu kemana abangnya pergi. Jarang sekali abangnya hendak menolak panggilannya. Jadi, dia tidak tahu mengapa ketika ada urusan mustahak macam ini, Mattheo tidak memunculkan diri.

"Kenapalah Theo ni selalu sangat sibuk masa ada urusan penting?" Gumam Dato Matthew perlahan, pelipisnya diurut perlahan. Kepala otaknya stressnya memikirkan pelbagai perkara dalam satu masa yang sama.

"Kayla takut apa-apa jadi pada kak Eloise, papa. Kayla takut. Kayla taknak kehilangan orang yang Kayla sayang lagi, Kayla taknak." Berselang-seli bicaranya bersama esakan, sudah basah baju kemeja yang dipakai papanya dengan air matanya. Kejadian yang menimpa Orked mengingatkan kembali traumanya kehilangan adik lelakinya.

Dia tidak mahu menghadapi satu lagi kematian.

Berulang-ulang kali doa dipanjatkan kepada Maha Esa agar menyelamatkan kakak iparnya. Cukuplah dia merasa kehilangan sekali.

"Doakan yang baik-baik untuk Eloise, Kayla. Papa yakin menantu papa akan baik-baik sahaja. Allah pasti akan selamatkan Eloise, papa yakin." Ujarnya yakin, entah mengapa hati tuanya tiba-tiba sahaja berasa yakin dengan sang Pencipta.

Mikayla terangguk-angguk kecil.

"Aaminn, papa. Semoga Allah mendengar doa kita untuk selamatkan kak Eloise. I don't want to lose her. She's part of our family. I can't bear losing another family member." Dato Matthew mengangguk membenarkan, dia juga tidak sanggup kehilangan ahli keluarga yang lainnya. Cukuplah, anak bongsunya memilih untuk meninggalkan mereka. Jangan pula menantunya kerana dia baru sahaja hendak melihat anak sulungnya mengecapi bahagia yang selama ini dia cari.

Datin Amaya melabuhkan punggung ke atas kerusi panjang milik hospital. Kukunya digigit perlahan, otaknya sebenarnya masih terkejut dengan kejadian yang baru menimpa Orked. Rasanya seakan baru tadi, wanita itu melayannya dengan baik tiba-tiba sahaja sekarang Orked dikhabarkan kemalangan dan sedang dirawat di ruangan ICU.

MRS MATTHEO KNIGHTWhere stories live. Discover now