31

8.4K 458 71
                                    

PUAN SRI MELUR segera mengangkat punggung selepas sahaja sesi pertemuan untuk program yang diikutinya tamat. Sempat keluhan perlahan dihela sebelum kaki diatur ingin keluar dari dewan tersebut, sudah hampir tiga hari dia mengikuti program tersebut namun baginya seakan tiada tanda dapat membantu dirinya untuk melepaskan kepergian anaknya dengan ikhlas.

"You," satu suara menegur membuatkan Puan Sri Melur tersedar dari dunianya sendiri, pantas tubuhnya dibalik mengadap si pemanggil. Terlihat wajah jelita yang menegurnya beberapa hari lalu, segera dihadiahkan senyuman tipis buat wanita elegan yang sedang memandang ke arahnya.

"Ingat lagi tak I? I ada tegur you beberapa hari lepas." Soalnya selepas kedudukan mereka dirapatkan.

Puan Sri Melur menjatuhkan kepala sekali.

"Saya ingat lagi." Wanita itu mencarik senyuman lebar.

"Baguslah you ingat lagi. Hari itu I lupa nak perkenalkan diri dengan you, nama I Amaya and you?" Tangan dihulurkan ke hadapan Puan Sri Melur.

"Melur,"

"Menariknya nama you, pertama kali I jumpa orang nama bunga macam ni. Sekarang ni zaman moden, susah jumpa nama klasik macam ni." Pujinya mesra, meskipun wajah itu terlihat pucat namun terlihat jelita saat mengukirkan senyuman.

"Terima kasih, nama puan sama sedap didengari." Puji Puan Sri Melur juga. Entah mengapa rasa selesa bertandang tatkala berbual dengan wanita di hadapannya ini sedangkan mereka bukan saling mengenali. Sekadar bertegur di hari pertama dia menjejakkan kaki di dewan ini.

"Panggil I Amaya je Melur. Eh mari duduk dulu nak? Lenguh kaki kalau kita berdiri di sini." Lengan Puan Sri Melur ditarik merapati salah satu kerusi plastik yang berada di situ.

"Kalau you tak keberatan, boleh ke I nak tahu kenapa you datang ke program ni?" Soalan Datin Amaya membuatkan Puan Sri Melur terdiam, wajahnya sudah berubah suram.

"Kalau you berat lagi nak cerita jangan risau. Kalau berkaitan dengan anak, nasib kita sama. Anak I meninggal dunia beberapa bulan lalu tapi I still tak boleh lupakan dia." Tubir mata wanita di hadapannya sudah berair, terlihat wanita itu berusaha keras air matanya dari mengalir. Puan Sri Melur yang bagai memahami perasaan wanita itu segera memegang tangan Datin Amaya bagai menyalurkan kekuatan.

Nasib mereka berdua sama.

Sama-sama kehilangan anak.

Sunyi sepi memenuhi suasana, Puan Sri Melur sekadar menahan sebak sambil memberikan kekuatan kepada Datin Amaya. Mereka sedang saling berusaha keras menahan air mata masing-masing dari mengalir.

Datin Amaya membalas kembali pegangan Puan Sri Melur. Anak mata mereka yang saling berpandangan bagai berbicara antara satu sama lain sebelum mereka sama-sama mengalirkan air mata. Tidak perlu berbicara kerana mereka bagai sudah memahami isi hati masing-masing.

ARYAN dibantu papah oleh Aiman ke dalam rumah agam selepas sahaja Jefri menghantar lelaki itu di hadapan pintu gerbang utama. Selepas sahaja ditahan wad selama beberapa hari, lelaki itu dibenarkan pulang.

Francis sudah berkeras bahawa Aryan tidak perlu berkerja buat sementara waktu namun lelaki itu tetap mahu berkerja. Akhirnya, Francis sekadar akur dengan syarat Aryan tidak bisa mengeluh sakit ketika menjalankan tugas.

"Francis dah bagi kau berehat dekat rumah, nak juga datang kerja. Degil kau ni." Bebel Aiman sambil membantu lelaki itu melabuhkan punggung di kerusi. Aryan sekadar menggeleng sambil matanya memerhatikan ke arah dapur, berita mengenai Orked langsung tidak diketahui olehnya sama ada wanita itu selamat atau tidak melarikan diri. Namun, sunyi sepi di bahagian dapur membuatkan dia yakin bahawa wanita itu tiada di sana.

MRS MATTHEO KNIGHTWhere stories live. Discover now