6

7.8K 427 15
                                    

ORKED membuka perlahan kelopak matanya di saat terasa cahaya matahari mengenai tubuhnya, kelopak mata digosok perlahan bagi menjelaskan pandangan matanya. Perlahan-lahan rasa sakit akibat libasan lelaki itu mulai terasa di tubuhnya, Orked pantas melihat lengannya yang sudah berbirat meninggalkan banyak kesan lebam berwarna ungu. Rasa sakitnya tidak usah ditanya, hampir sahaja dia mengalirkan air mata saat menyentuh perlahan kesam lebam tersebut.

Orked berusaha bangun dari pembaringan. Dia tidak tahu sekarang ini sudah pukul berapa memandangkan di bilik tersebut, tiada langsung jam di dinding. Di tambah lagi, bilik tersebut kelihatan seakan bilik yang sudah lama ditinggalkan tanpa dibersih kerana penuh dengan kotoran dan sampah di merata-rata tempat. Tidak cukup sekadar sampah, lumut yang berada di setiap penjuru membuatkan lagi Orked yakin dengan andaiannya sendiri.

Decitan kedengaran di saat Orked cuba mengerakkan kakinya. Hanya sakit yang Orked rasakan saat ini. Air matanya mengalir sedikit di saat kakinya dipaksakan lurus ke hadapan.

"Ya Allah... sakit." Ucapnya perlahan. Seluar slack yang dipakainya ditarik perlahan-lahan ke atas untuk memeriksa kakinya. Saat seluar ditarik ke atas, kulit betisnya terlihat sedikit koyak bersama kesan darah yang sudah mengering. Orked cuba menyentuh namun hanya sakit yang dia perolehi. Terlihat kesan lebam-lebam juga di bahagian betis berserta buku lalinya.

Pedih dan perit bersatu. Tubir matanya berair menahan sakit.

Orked tidak mengerti kenapa lelaki itu harus memperlakukannya dirinya sebegini? Seumur hidupnya dia langsung tidak pernah menganiayai hidup orang lain jadi tidak mungkin dia pernah menyakitkan adik lelaki itu seperti yang diperkatakan.

Orked cuba bangkit, tangannya berpaut pada dinding lalu tubuhnya dipaksa bangun meskipun rasa sakit sedang menjerut dirinya saat ini. Dia teringat bahawa sejak semalam lagi, dirinya langsung tidak menunaikan kewajipan. Sudah banyak waktu yang ditinggalkan.

Rantai yang mengikat kaki Orked membataskan pergerakan gadis itu. Daun pintu terlihat masih jauh dari kedudukannya.

"Sesiapa yang ada dekat luar sana.. boleh tolong berikan saya telekung saya? S-saya perlukan untuk solat." Tekak yang terasa kering menyukarkan Orked untuk bersuara kuat.

Sunyi sepi.

Orked tidak mahu mengalah.

"Saya perlukan telekung untuk solat. Boleh hulurkan telekung saya.. sesiapa di luar sana," kali ini suaranya dipaksakan sedikit lantang dari sebelumnya.

THUMP!

Satu hentakan kuat pada pintu bilik menyentakkan Orked. Hampir sahaja gugur jantungnya kerana bunyi kuat tersebut.

"Diam! Tak payah nak solat sangat! Tak perlu nak tunjuk beriman sangat." Herdik seseorang kasar dari balik pintu, sempat sindiran diberikan kepada Orked.

"T-tapi saya dah tinggalkan banyak waktu. Nanti Tuhan m-murka. Tolong encik di luar sana.. beri saya telekung sahaja. Saya janji saya takkan menganggu encik lagi." Rayu Orked, di antara kemurkaan manusia dan Tuhan penciptanya, dia lebih takut akan kemurkaan penciptanya. Selama hidupnya, tidak pernah sekali pun dia meninggalkan solat fardu. Hanya sekali ini sahaja, dia sudah khilaf. Jadi, dia harus menqadakan segera semua waktu yang sudah ditinggalkan.

"DIAMLAH SIAL! JANGAN NAK MEMEKAK PETANG-PETANG NI." Jerkah lelaki itu dari balik pintu. Suaranya bertambah mengerikan dari sebelumnya.

"Encik─"

POM!

Daun pintu dibuka kasar, lelaki berambut perang itu segera merapati Orked lalu batang cota yang dipegangnya diangkat lalu dihayunkan ke kaki Orked sehingga gadis itu terjatuh kembali ke atas lantai. Orked menjerit kesakitan, air mata kembali mengalir deras. Pandangan lelaki itu sudah berubah tajam, wajahnya bengis.

MRS MATTHEO KNIGHTWhere stories live. Discover now