33

8.8K 460 47
                                    

GARI yang digunakan untuk mengunci pergelangan tangan Orked segera dilepaskan mengunakan kunci yang dibawa bersamanya sebelum tulang punggung dilabuhkan ke birai katil bersaiz king tersebut. Wanita yang sedang menunduk memandang ke bawah dipandang bersama seringai sinis sebelum tangannya bergerak menolak dagu Orked ke atas, dipaksa Orked menatap wajahnya.

Dia suka melihat wajah Orked yang ketakutan setiap kali mereka bersua muka.

Lama dia merenung segenap wajah jelita tersebut sebelum satu beg kertas diangkat lalu diletakkan ke hadapan Orked.

Orked sekadar merenung beg tersebut tanpa mengusik sedikit pun.

"Jangan takut Eloise, aku tak letak bom dalam tu. Sebab kalau aku nak bunuh kau, aku takkan guna cara tu. Aku suka guna cara yang perlahan-lahan tapi menyakitkan. So, jangan risau. Tengoklah isi dalam beg tu," arahnya dengan nada tenang namun terdengar keras di halwa telinga Orked.

Perlahan-lahan Orked mengambil beg kertas di hadapannya sebelum isi beg diperiksa.

Namun, dia tersentak tatkala tangannya mengeluarkan satu helai gaun berwarna hitam yang begitu menjolok mata baginya. Mattheo sudah berpeluk tubuh sambil tersenyum sinis melihat Orked yang masih merenung gaun tersebut.

"Malam esok, aku nak kau bersiap pakai gaun ni." Arah Mattheo membuatkan Orked pantas memandang ke arah Mattheo. Tidak mungkin dia akan menyarungkan pakaian tidak cukup kain sebegitu pada tubuhnya. Melihatnya sahaja sudah membuatkan bulu roma Orked berdiri sendiri.

"T-tapi encik baju ni t-terlalu seksi," suara Orked sedikit kedengaran serak memandangkan dia jarang minum air kebelakangan ini. Di tambah lagi, dia banyak berdiam diri membuatkan dia jarang mengeluarkan suara.

Mattheo berdecit sinis.

"Kenapa? Kau tak biasa pakai seksi?" Soal Mattheo membuatkan Orked mengangguk lambat. Anggukan wanita itu mengundang tawa sinis dari Mattheo.

"So, kau nak cakap kau ni perempuan baik, tak pernah tayang aurat dekat orang?" Soal lagi namun lebih kepada menyindir. Rasa meluat mengulit sekeping hatinya melihat Orked yang sedang berlakon seakan-akan wanita paling suci.

Orked terdiam, rasa hatinya bagai disiat-siat tatkala disindir sebegitu. Dia mungkin bukan perempuan yang baik di mata manusia tetapi dia sangat menjaga aurat. Cuma sekarang ini, dia terkongkong. Dipaksa membuka aurat yang dijaga dengan baik selama 20 tahun.

"Dengar sini," dagu Orked sekali lagi ditolak sehingga wanita itu mendongak memandangnya. Terlihat tubir mata Orked sudah berair bertentangan dengan anak matanya.

"Aku tak peduli kau nak cakap seksi ke apa ke. Yang aku tahu esok kau bersiap pakai baju ni, faham tak?" Keras sahaja nadanya bersuara membuatkan Orked lambat-lambat mengangguk akur.

"Dan berhentilah menangis, rimaslah aku dengar. Setiap hari, kau asyik menangis je. Tak bosan ke," suara Mattheo jelas kedengaran kuat, rasa telinganya panas kerana setiap hari mendengar tangisan Orked.

Orked tidak dapat menahan air matanya akhir membiarkan mengalir membasahi kedua belah pipinya.

"Berhenti menangis Eloise, kalau tak sakit aku kerjakan." Jari telunjuk tepat diarah di hadapan Orked membuatkan Orked pantas menghapuskan air mata dengan kadar segera. Esakan cuba dikawal dari terdengar.

Mattheo merengus perlahan sebelum tangannya membelai rambut Orked perlahan.

"Kan bagus, tak menangis macam ni. Kalau tak, bingit telinga aku ni dengar." Suaranya kembali berubah lembut, anak matanya meliar memandang wajah Orked yang masih terlihat ada sedikit sisa air matanya.

Jauh di sudut hati, dia memuji kecantikan yang dimiliki Orked. Baru dia tahu mengapa Mikhael jatuh sayang kepada wanita di hadapannya ini kerana wajahnya yang begitu rupawan. Hidung yang mancung, bulu mata yang lentik, bibir mungil berwarna merah jambu pucat yang kelihatan manis meskipun tanpa sebarang gincu. Orked memiliki wajah yang sempurna walau tidak mengenakan sebarang solekan.

MRS MATTHEO KNIGHTWhere stories live. Discover now