57

8.3K 620 39
                                    

JARI-JEMARI yang baru sahaja hendak bersatu dengan daun pintu tersebut terjeda saat telinganya menangkap alunan suara merdu yang sayup-sayup terdengar dari balik pintu tersebut. Meskipun hatinya tidak mengetahui apa yang wanita itu sedang bacakan tetapi hatinya benar-benar terusik. Tubuh Mikayla mematung dengan sendirinya.

Entah mengapa alunan suara merdu tersebut seakan mendamaikan jiwanya. Belum pernah Mikayla merasakan perasaan sedamai ini dalam kehidupannya selama 25 tahun ini. Tanpa disedari, tubirnya bertakung dengan sendirinya. Bila-bila masa sahaja takungan cecair hangat itu akan pecah dan membanjiri kedua belah pipinya.

Mikayla sekadar diam di hadapan pintu tersebut, menghayati setiap bait alunan merdu dari balik daun pintu kakak iparnya. Bacaan-bacaan surah yang sedang dialunkan wanita itu terdengar begitu fasih di lidahnya seakan sudah terbiasa menuturkannya. Berbeza dengannya, dia langsung tidak memahami tulisan-tulisan arab tersebut.

Seketika Mikayla dipalu rasa malu. Malunya dia kepada Tuhan, malunya dia pada kakak iparnya sendiri. Darjatnya terlalu rendah. Hinanya dia sebagai seorang muslim kerana hanya bergelar islam pada kad pengenalan.

Cecair hangat terasa merembes keluar membasahi kedua belah pipinya namun tiada pula esakan yang keluar dari bibir merah jambu tersebut.

Lama Mikayla duduk di hadapan bilik Orked sehingga wanita itu selesai menghabiskan satu surah di dalam Al-Quran tersebut. Saat suara alunan itu sudah berhenti, Mikayla pantas bangkit. Sisa baki air matanya dihapuskan, selama dia mendengar suara merdu Orked yang mengagungkan ayat suci Al-Quran. Dia sudah membuat satu keputusan muktamad.

Dia ingin berubah. Dia tidak mahu lagi hidup dalam keadaan sebegini. Hebat di mata dunia namun keji di mata Pencipta. Kalau dahulu, dia terlalu mengejar dunia tetapi sekarang sejak kehadiran Orked. Dia mahu mengenal apa itu syurga. Dia ingin mengenal apa itu Tuhan, apa itu Al-Quran, apa itu aurat dan dia ingin mengenal apa itu islam yang sebenarnya. Dia ingin kembali ke fitrah yang asal.

Dia mahu kembali pulang kepada Tuhan yang sedang merindukan dirinya.

Daun pintu diketuk perlahan. Tidak sampai sesaat, muncul Orked yang terlihat mengenakan telekung berwarna putih. Wajah jelita itu pantas memberikannya senyuman manis saat pandangan mereka bersua.

"Kayla.. jemputlah masuk," pelawa Orked mesra. Diberikan ruang untuk gadis berambut pirang itu menapak masuk. Dengan kalimah basmalah, telekung yang menutup kepalanya dilepaskan. Terlihat jelas rambut yang diikat sanggul.

"Duduklah Kayla.. kenapa Kayla datang ke bilik saya? Kayla nak apa-apa ke?" Soal Orked sambil tangannya lincah melipat telekung bersama sejadah lalu diletakkan ke dalam almari pakaiannya semula.

"Yang akak baca tadi tu... apa? Kayla suka. Rasa dia buat Kayla tenang." Soalan Mikayla membuatkan langkah Orked yang sedang menapak menujunya terjeda sejenak sebelum wanita itu mencarik senyuman manis.

"Yang saya baca tadi.. namanya Al-Quran. Syukur Alhamdulilah kalau Kayla suka dengan kalam Allah." Lembut nada suara itu membalas. Mikayla terangguk-angguk tanda mengerti.

"Selama Kayla hidup, Kayla tahu surah Al-Fatihah je. Itupun Kayla tak hafal." Dahulu selepas kematian adiknya, dia ada cuba untuk belajar surah tersebut. Namun, selepas itu, dia gagal untuk terus berubah. Dia kembali menjadi dirinya asal. Leka dengan dunia.

"Kayla malu dengan akak. Masa akak baca Al-Quran tadi, suara akak lancar sangat. Seakan-akan lidah kak Eloise dah terbiasa sangat membacanya." Bicara Mikayla, diselitkan pujian buat kakak iparnya. Dia benar-benar takjub dengan Orked. Wanita itu benar-benar merupakan seorang muslimah yang sejati.

"Alhamdulilah Allah masih mengizinkan saya untuk membaca dan mengalunkan ayat-ayat sucinya." Orked merendah diri. Dia tidak mahu membiasakan dirinya merasakan hebat. Tidak mahu mendidik rasa sombong di dalam hatinya. Penyakit sombong ini adalah salah satu penyakit yang berbahaya bagi hati kerana jika manusia sudah terkena maka rasa sombong dan takbur akan sentiasa bermaharajalela di hati.

MRS MATTHEO KNIGHTWhere stories live. Discover now