29

8.7K 499 96
                                    

ORKED berhenti berlari tatkala dadanya sudah terasa sesak, batang pokok dipegang bagi menahan dirinya yang sudah kekurangan tenaga. Wajahnya yang sudah basah dengan peluh dilap mengunakan hujung baju lengan t-shirt yang dipakainya, termengah-mengah dia sendiri di dalam hutan tebal tersebut.

Oksigen diambil sebanyak mungkin bagi memberikannya tenaga untuk menyambung lariannya kembali sebentar lagi.

Dia tidak tahu sudah berapa lama dia berlari di dalam hutan tebal tersebut. Lampu yang dicakapkan oleh Aryan tidak dijumpai langsung sejak tadi. Lampu hatta jalan raya sekalipun. Yang menyaji di kornea matanya cumalah hutan yang bagai tiada penghujung.

Tatkala terasa tubuhnya terlalu lelah, Orked segera menyandarkan badannya ke batang pokok yang besar tersebut. Udara disedut sepuas mungkin bagi melegakan rasa penat yang menguasai dirinya tika ini.

Meskipun dia masih tidak menjumpai lagi jalan keluar tetapi dia yakin, dia akan pulang bertemu dengan keluarganya malam ini. Orked tidak sabar hendak memeluk kedua orang tuanya, rasa bahagia kembali mengulit sekeping hatinya yang sudah lama tidak merasakan bahagia selama beberapa bulan ini.

"Orked, keluar." Kedengaran dari jauh suara orang yang menyeru namanya membuatkan dada Orked berombak kencang kembali. Pantas dia bangkit dan menyembunyikan dirinya di balik pohon yang megah berdiri tersebut.

Rasa teruja diganti dengan rasa takut semula. Seluruh tubuhnya mengigil dengan sendiri.

"Kalau kau keluar, aku janji aku takkan apa-apa kau kan." Suara itu kedengaran lagi. Orked pantas menekup mulutnya bagi menghalang dari mengeluarkan sebarang bunyi. Jari-jemari Orked kembali terasa sejuk.

Dia takut.

Linangan air mata mulai mengalir perlahan. Orked tidak mahu, dia tidak mahu kembali ke neraka itu semula. Kepala digeleng perlahan bersama esakan yang ditahan.

"Orked,"

"Orked, keluar sekarang. Kau tahu kau takkan boleh lari kan?" Kedengaran namanya diseru dari seluruh sisi membuatkan tubuhnya semakin mengeletar hebat.

"Orked." Suara yang kedengaran dekat dengannya membuatkan Orked memutuskan untuk pergi dari situ. Dengan berhati-hati Orked mengintai dari balik pohon, mencuba melihat di mana sosok yang berada dekat dengannya. Kelihatan lelaki yang begitu Orked kenali membuatkan wanita itu kembali bersembunyi di balik pohon besar tersebut.

Air matanya semakin deras.

"Berhenti main sorok-sorok, Orked. Kita berdua tahu, kau takkan terlepas dari tuan." Ujar lelaki itu lagi membuatkan Orked semakin ketakutan. Jari-jemari ikut mengigil hebat seperti tubuhnya.

Tanpa berfikir panjang, Orked segera melarikan diri. Namun, dia tersilap langkah sehingga terpijak ranting. Sunyi sepi hutan tersebut membuatkan bunyi ranting patah tersebut kedengaran kuat. Orked tersentak, dia sudah melakukan kesilapan besar.

Lelaki itu sudah menyeringai sinis. Kepalanya segera dipusing ke arah bunyi ranting tersebut.

"Dia arah sana, cepat kejar! Jangan bagi dia terlepas. Kalau dia terlepas, peluru ni akan jadi makanan korang semua." Jerit Luth kuat, mengarahkan semua anak buahnya segera mengejar Orked. Manakala Orked segera menyambung langkah, tidak dipedulikan kakinya yang memijak kawasan yang terasa tajam sehingga membuatkan tapak kakinya terasa perit.

Yang dia tahu, dia ingin melepaskan diri dari orang suruhan Mattheo saat ini.

"Kejar dia," Luth bersuara keras lagi.

Kesemua semakin melajukan pergerakan mereka sehingga batang tubuh Orked terlihat di dalam kegelapan malam tersebut. Luth sudah mencarik senyuman sinis.

MRS MATTHEO KNIGHTWhere stories live. Discover now