18

9.3K 434 28
                                    

ORKED membalut tubuh mengunakan selimut tebal, air matanya tidak berhenti mengalir dari dia mulai menyedarkan diri beberapa minit yang lalu. Kejadian malam tadi berulang-ulang kali bermain di fikirannya membuatkan dia meratapi nasibnya yang malang.

Tubuh yang sedang tertidur pulas di sisinya tidak berani dipandang. Dia terlalu trauma dengan lelaki itu, lelaki itu terlalu menakutkan dirinya.

Kenapa dia harus dilayan sebegini? Kenapa dia harus menerima layanan sebegini? Kenapa dia dilayan tidak ubah dari seorang pelacur?

Esakan yang kuat kedengaran membuatkan Mattheo mendengus kasar. Telinga digosok sebelum dipaksa tubuhnya bangkit. Wajah diraup sebelum Orked yang sudah mengigil ketakutan dipandang. Wanita itu kelihatan mengecilkan tubuhnya di sebalik selimut tebal yang dipakai.

"Pagi-pagi dah memekak? Memang kerja kau ni siang malam menangis je ke? Bisinglah!" Suara Mattheo melengking kuat di dalam bilik tidur tersebut. Terhinjut bahu Orked tatkala ditengking sebegitu. Tangannya semakin mengigil hebat.

"A-ampunkan saya encik." Tersekat-sekat nada Orked bersuara. Terlalu takut sehinggakan dia tidak berani hendak menatap wajah lelaki yang sedang merenungnya tajam tika ini.

Mattheo merengus kasar.

Bathrobe di atas lantai digapai sebelum disarungkan ke tubuh. Kotak rokok jenama Treasurer Aluminium Gold diambil sebelum sepuntung rokok diletak ke bibirnya. Orked yang masih berkelubung di dalam selimut dipandang sekilas sebelum hujung rokoknya dibakar dengan pemetik api.

Kepulan asap berwarna putih dilepaskan ke udara. Memang sudah menjadi rutin bagi Mattheo untuk menghisap rokok setiap kali bangkit dari tidur. Baginya, rokok mampu membuatkan paginya terasa lebih baik. Meskipun begitu, dia bukanlah perokok tegar. Dia cuma memerlukan rokok bagi rutin pagi serta di saat dia terasa stress sahaja. Selain dari itu, dia tidak akan menyentuh rokok.

Setelah beberapa minit berlalu, puntung rokok yang sudah separuh terbakar dimatikan di bekas abu rokok. Kakinya merapati almari yang meletakkan baju mandinya lalu satu bathrobe kepunyaan diambil. Langkah diatur menuju Orked lalu dicampak bathrobe yang dipegang di hadapan wanita itu.

"Pakai," singkat sahaja arahannya.

Orked lambat-lambat mengambil bathrobe tersebut. Lama dia merenung pakaian yang dipegangnya membuatkan Mattheo sudah merengus kesal.

"Apa lembab sangat kau ni? Faham tak pakai?" Selimut yang membaluti tubuh tanpa seurat benang milik Orked ditarik sehingga terlihat sedikit dadanya. Orked pantas menutup kembali tubuhnya.

"B-boleh encik pusing? S-saya─" Mattheo berdecit sinis.

"Aku dah tengok kau luar dan dalam. Apa kau nak malukan lagi? Ke kau takut nak tunjuk sebab kau takut aku nak satu round lagi dengan kau? Kalau kau nak aku layan kau, aku tak masalah. Aku okey je." Rambut pendek Orked dibelai membuatkan tubuh Orked bergetar ketakutan. Laju dia menggeleng.

Meskipun merasakan maruahnya seakan sudah diperlekehkan oleh lelaki, Orked terpaksa menyarungkan tubuhnya yang tidak tertutup dengan sehelai benang dengan bathrobe yang diberikan Mattheo di hadapan lelaki itu. Mattheo mencarik senyuman puas. Puas dapat melayan Orked seakan-akan perempuan murahan. Dia ingin Orked sedar tempat wanita itu di kakinya. Murah!

"Good."

Pipi Orked dibelai perlahan sebelum lengan wanita itu ditarik kasar lalu dipaksa bangkit.

"Ikut aku,"

"Aku ada tugas baru untuk kau dalam rumah aku sekarang ini." Dibawa Orked menuruni tangga sehingga ke tingkat bawah lalu menuju dapur. Beberapa orang suruhan Mattheo sudah beratur bersedia untuk menunggu arahan dari lelaki itu memandangkan sudah terbiasa dengan rutin mereka setiap kali Mattheo tidur di rumah agam tersebut.

MRS MATTHEO KNIGHTWhere stories live. Discover now